Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENGURUSAN SAMPAH

Sejarah Penghasilan Dan Pengurusan Sisa Buangan Serta Sampah

Imej
Oleh: Bin Muhammad بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Setiap dari kita adalah penyumbang kepada penghasilan sisa buangan serta sampah di muka bumi ini. Oleh itu perlunya satu sistem dan peraturan yang perlu dilakukan serta dipatuhi agar sisa buangan dan sampah ini tidak membawa kemudaratan dan kesengsaraan kepada kehidupan manusia dan semua hidupan lain di muka bumi ini. Kali ini kita lihat bagaimana evolusi atau sejarah bagaimana penghasilan dan pengurusan sisa buangan serta sampah ini bermula dan berkembang. Evolusi Dan SejarahEvolusi pengurusan sampah bergantung kepada perubahan masa dan juga beberapa faktor. Perkara-perkara yang mempengaruhi pengurusan sampah ialah penempatan penduduk tersebut, hak atau tanggungjawab ke atas sisa buangan, (individu terhadap kerajaan, monopoli terhadap saingan pasaran) dan juga tanggapan individu terhadap sisa buangan tersebut (sisa buangan terhadap sumber). Ternyat...

Pulau Tempat Buangan Sampah Sarap Menjadi Tempat Tercantik Dan Terindah

Imej
Di Malaysia masalah penimbunan sampah sarap semakin kronik sehingga menyebabkan orang ramai marah. Di Selayang ada sebuah landfill yang kalau hujan sahaja semerbaklah bau sampah penghuni yang duduk berdekatan. Pernah keluar TV3 lengkap dengan laporan Karam Singh Walia tetapi sehingga kini masalah belum selesai. Hari ini mari lihat bagaimana Singapura menguruskan sisa pejal mereka. Pulau Semakau ialah pulau sampah yang kini ditambak menggunakan sisa sampah dari pulau ini sendiri. Pulau Semakau pada asalnya ialah sebuah perkampungan nelayan dan menjadi syurga pemancing. Ia dibuka pada tahun 1999 sebagai satu-satunya tempat pelupusan sampah pejal negara ini. Debu dari sampah yang dibakar dari empat pusat pembakaran sampah Singapura dibawa ke Pulau Semakau pada waktu malam untuk dijadikan bahan tambakan. Jika dilihat dari udara ada terdapat kolam-kolam air yang menanti untuk diisikan oleh debu-debu sampah ini. Tak perlu import tanah dari Johor untuk menambak!  Walaupun ianya han...