Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel NEGARA MALAYSIA BARU

Pemimpin Mesti Menaungi Rakyat, Membela Dan Memberi Keadilan Sepenuhnya Untuk Setiap Kelompok Yang Ada Di Dalam Negara.

Paparan berikut adalah tulisan seorang pengamat politik tanah air. Pak Lang paparkan untuk renungan para ahli politik. Rakyat sedang menilai setiap parti dan kelompok yang ada. Tuhan yang maha kuasa pastilah mempunyai perencanaanNya untuk menaikkan setiap pemimpin yang baik bagi negara bertuah ini. Siapa sahaja mampu berusaha tetapi di akhirnya adalah ketentuan Tuhan.  Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang baru mendapat mandat menguasai kerajaan Malaysia diharapkan benar-benar menjadi pemimpin negara berjiwa besar - mampu melayani kehendak semua golongan rakyat di bawah pentadbirannya. Pak Lang sedang mengkaji episod seterusnya perjalanan kepimpinan beliau. Bacalah dulu tulisan berikut. Waktu dan zaman berubah. Ia juga membawa perubahan kepada keadaan sesebuah negara termasuk politiknya sendiri. Negara kita tidak terkecuali dari melalui perubahan ini. Tidak mungkin keadaan sekarang mampu memberikan satu kerajaan yang benar-benar stabil dan berkesan.  Ba...