Siapakah Gerangan Orang Dalam Gambar Ini?
Inilah Sultan Kelantan.. Sultan Muhammad V sedang santap bersama rakyat di atas tangga masjid. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.. Selamb anya Tuanku Sultan Kelantan, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli jemaah masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga jemaah masjid di sebelah asyik melihat kehairanan. Inilah pemimpin atau pembesar yang mampu menaungi rakyat. Rakyat akan yakin dan memberi sepenuh hati padanya..... Dari masa ke semasa, Pak Lang suka menyiarkan gambar atau bahan yang sebegini. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada para pemimpin dan pembesar negara supaya hidup sederhana dan merendah diri. "Ular menyusur akar takkan hilang bisanya." Rakyat tahu niat di hati pemimpin. Ramai pemimpin yang berpura-pura menjenguk rakyat, memberi bantuan dan bertanya khabar. Rakyat yang terlibat tahu sangat mereka datang untuk mencari nama dan ada kepentingan peribadi. Walaupun ada yang ikhlas, yang berniat serong juga ramai. Liha...