Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KELUHAN RAKYAT

Aduhai Para Pemimpin!! Bertanggungjawablah Dengan Amanah Kepimpinan Yang Tuhan Anugerahkan!!

Setiap kali memandu di sekitar Lembah Klang, Pak Lang sentiasa merasa sayu di hati. Deretan kenderaan yang 'macet' atau jem sepanjang jalan sangat mengharukan hati. Pak Lang bayangkan warga kota setiap hari melalui situasi yang sama. Mereka menempuhnya bertahun-tahun - melalui jalan yang sama setiap hari. Keluar sebaik solat Subuh juga menempuh macet, pulangnya selepas maghrib pun tetap juga macet. Jika hari hujan, alamat bergandalah masa yang diperlukan menempuh kesesakan sebelum sampai ke rumah. Keluar rumah di awal pagi tidak sempat bersama anak-anak, pulangnya juga anak-anak sudah tidur pula. Itulah nasib warga kota.   Tentulah sangat menyulitkan dan menyusahkan. Deritanya jiwa menanggung itu semua. Secara saikologi situasi ini sangat mendatangkan tekanan perasaan pada semua yang terlibat. Tidak banyak, sedikit pasti ada 'stress' yang dijana daripada keadaan sebegini. Hati yang tidak tenteram, pulang ke rumah bergaduh atau bermasam muka pula suami iste...