Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BISNES

Berbisnes Dengan Tuhan

Seorang lelaki tua, pakaian lusuhnya menampakkan jelas kefakiran yang dialaminya. Ia memasuki sebuah toko megah untuk membeli selimut. Dia memerlukan 6 helai selimut untuk keluarganya di musim sejuk ini. Tapi wang yang ia miliki hanyalah 100 riyal. Kata pakcik itu "wahai tuan, adakah tuan menjual 6 helai selimut yang berharga 100 riyal?". Pemilik kedai berkata: "Oh ada pakcik, saya ada selimut bagus buatan Turki, harganya juga murah, hanya 20 riyal sehelai. Kalau pakcik beli 5 buah akan mendapat percuma 1 helai." Lega... Terpancar kegembiraan di wajah lelaki tua itu. Segera ia menghulurkan lembaran wang 100 riyal miliknya. Dengan wajah berseri sambil membawa selimut ia berlalu pergi. Teman si pedagang yang sejak tadi duduk memperhatikan ini berkata: "Engkau ini aneh sekali, bukankah kelmarin engkau mengatakan selimut itu jenis selimut termahal di tokomu ini, kalau tidak salah kelmarin engkau menawarkan nya kepadaku seharga 350 riyal sehelainya ?...

Bisnes Besar Lawan Bisnes Kecil

Imej
Pada perkiraan logik, bisnes besar sudah pasti menghasilkan kejayaan yang besar, manakala perniagaan yang kecil, tetap dilihat kecil-kecilan. Namun pada hakikatnya, ia tidak semestinya begitu. Dunia bisnes ini seperti roda.. Dalam dunia bisnes, apa pun boleh berlaku. Bisnes besar ataupun bisnes kecil, ia bergantung kepada sejauh mana kita meraih keuntungan bersih, berapa banyak duit keluar dan sejauh mana kita mampu terus ke hadapan (growth). Apa guna bisnes besar tetapi tidak mampu membayar gaji pekerja dan hutang bertimbun. Negatif… Semakin besar bisnes, maka semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Salah satunya adalah kos-kos melibatkan tenaga kerja. Semakin ramai pekerja, semakin banyak kos untuk bayaran upah ataupun gaji. Manakala bisnes kecil pula, ia mampu berkembang jauh, tetapi akibat tenaga kerja yang terhad, ia juga boleh mengundang kesusahan. Bisnes besar tidak akan menjual satu produk atau satu perkhidmatan sahaja. Ia perlu banyak kerana semakin banyak,...

Resepi Muffin Istimewa Bagi Mereka Yang Mencari Peluang Perniagaan

Imej
Bolehkah kita berniaga muffin (dengan resepi seperti di bawah ini) secara besar-besaran? Cuba cabar diri kita untuk buat yang besar-besar dan luar biasa. Kita boleh jadi orang luar biasa jika kita berfikir, berkeyakinan, berbicara dan bertindak dengan cara orang luar biasa. Tentunya kena belajar!! Cari guru.... Resepi Muffin Vanilla Resepi Muffin Vanilla yang sangat lembab dan mempunyai tekstur yang lembut. Jika anda menggemari muffin vanilla ala Kenny Rogers, anda harus mencuba resepi ini. Pasti menjadi dan resepinya sangat mudah. Resepi ini ditulis oleh: Che' Nom Masa penyediaan: 15 minit  Masa memasak: 20 minit  Keseluruhan: 35 minit  Jumlah Hidangan: 10 cup Bahan-Bahan: 2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour) 3/4 cawan gula castor 1 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil garam 1 cawan susu, full cream Dutch Lady 1 sudu kecil esen vanilla 1 biji telur, saiz besar 1/2 cawan butter, cairkan hirisan ...

RM6,544 Kepada Pekerjanya Yang Mahu Berhenti Kerja Tetapi Ramai Tidak Mahu. Buat Kami Sangat Kagum

Imej
“Jika anda sanggup berhenti kerja pada hari ini, kami akan bayar jumlah masa yang anda telah bekerja dengan kami beserta tambahan RM6,544 sebagai bonus kepada anda!” Itulah yang ditawarkan kepada pekerja baru yang menjalani program latihan selama 4 minggu di Zappos.com iaitu sebuah syarikat besar yang menjual kasut melalui laman web yang beroperasi di Nevada. Pekerja baru ini boleh memilih untuk terus berhenti kerja dalam 4 minggu pertama latihan bekerja dengan bayaran bonus sebanyak USD2,000 iaitu bersamaan RM6,544. Tapi anda pasti tidak akan percaya bila diberitahu oleh CEO Zappos Tony Hsieh bahawa hanya 2% hingga 3% sahaja yang mengambil tawaran tersebut. Baki 97% lagi menolak tawaran tersebut dan memilih untuk bekerja di Zappos. Polisi yang pertama seumpanya ini, mendapat perhatian dari pelbagai pihak dan telah mendapat liputan berita yang sangat meluas dalam dunia perniagaan. Apakah yang membuatkan innovator yang berprofil tinggi seperti Tony Hsieh membua...