Ikan Air Tawar Diberi Makan Usus Babi Sebelum Dijual??
Ikan Air Tawar Diberi Makan Usus Babi Sebelum Dijual?? (November 16, 2013) RAWANG - Seorang pemilik perusahaan pemprosesan babi tanpa lesen menjadikan organ dalaman babi seperti usus sebagai makanan ternakan ikan air tawar miliknya sebelum dipasarkan, selain memproses daging haiwan itu. Ikan air tawar yang terdiri daripada patin, talapia dan keli itu diternak dengan menggunakan kaedah sangkar di lombong dan kolam berhampiran. Penemuan itu dibuat dalam satu operasi bersepadu yang diketuai Ketua Unit Tindakan Khas Pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), C Paramasivam, di Jalan Kundang, Kampung Sungai Bakau, di sini, semalam. Paramasivam berkata, pengusaha terbabit diberikan notis 30 hari sebelum premisnya dikenakan tindakan meroboh, selain dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan. “Kami akan memohon untuk merobohkan premis ini kerana hanya Yang Dipertua sahaja mempunyai kuasa memberikan arahan itu.Selain men...