Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SYURGA

Surat Kepada Syurga - Bacalah Kerana Inilah Juga Hasrat Kita Semua

Imej
Wahai Syurga, Malunya aku setiap kali memberi salam  di akhir sembahyang.  Diriku malu sendiri di atas permohonanku  kepada Allah untuk mendapatkanmu.  Sedangkan aku sangat tahu dan sedar  bahawa diriku amatlah tidak layak.    Mana mungkin orang sejahat aku bisa memasukimu?  Mana mungkin diri yang masih diselaputi dosa dan noda ini  boleh duduk-duduk di dalammu.  Sedangkan dosa-dosaku yang menggunung tinggi itu  entah bilakan terampun!  Taubatku masih penuh kepura-puraan.  Walau sudah ku usahakan bertaubat atas taubatku yang palsu… Wahai Jannatul Firdaus, Khabarnya kau hanya menerima orang–orang  yang memiliki hati yang selamat dan sejahtera,  sedangkan hatiku amat kotor, penuh dengan karat-karat mazmumah.   Pemarah, pemalas, ujub, ego, bangga diri, cinta dunia, takut mati,  masih bersarang dalam hatiku ini.  Entah bilakan terubat, aku pun tidak pasti...