Bolehkah Membayangkan Wajah Guru?
Ini masalah yang mudah dan jelas kerana ianya adalah pegangan ulama ahli sunnah wal jamaah. Perbahasan mengenai hal ini seperti berikut: Prof. Dr. H. Saidi Syeikh Kadirun Yahya menegaskan tentang perlunya menghadirkan mursyid ketika berzikir kerana sebagai imam rohani, syeikh dapat membantu dalam khusyuk berzikir dan beribadat. Sesungguhnya menghadirkan (menyertakan) Syeikh Mursyid dalam berzikir dan beribadat terdapat dalam kebanyakan disiplin zikir tarikat-tarikat yang masyhur. Hal ini bertepatan dengan maksud hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidina Umar bin Khattab, bahawa satu ketika Saiyidina Umar telah meminta izin kepada Nabi SAW untuk melaksanakan ibadat umrah, maka Nabi bersabda, “Wahai Umar, ikut sertakan aku - hadirkan aku, pada waktu engkau berdo’a nanti, dan jangan engkau lupakan aku”. Hadis ini adalah hadis hasan sahih. (Riwayat Abu Daud dan Turmuzi). Demikian pula menurut riwayat Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Ali r.a. menyampaikan kepada R...