Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel FARDHU AIN - FEKAH

Cara Membasuh Kemaluan Lelaki Dan Wanita

Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan benar. Bersih belum bererti benar. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima. Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api neraka hanya karena tidak benar dalam mencuci kemaluannya. Sayidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba2 tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu. Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba2 berkata: ”Apakah salahku? Karena aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang menyepelekan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil....

Najis Yang Dimaafkan Tidak Menjejaskan Sembahyang

Seseorang yang hendak mendirikan sembahyang hendaklah terlebih dahulu memastikan dirinya, pakaiannya serta tempatnya bersembahyang itu suci daripada najis. Jika terdapat najis pada perkara-perkara yang disebutkan itu, maka hendaklah ianya dibersihkan terlebih dahulu sehingga tempat yang terkena najis itu menjadi suci.  Salah satu daripada syarat sah sembahyang itu ialah suci tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang daripada najis yang tidak dimaafkan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan!” (Surah al-Muddatstsir: 4) Syarat suci daripada najis ketika di dalam sembahyang adalah juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, Rasulullah saw bersabda yang berm aksud: “Jika datang darah haid maka tinggalkanlah sembahyang, dan jika telah berlalu haidh itu maka bersihkanlah (darah) dari dirimu dan kerjakanlah sembahyang.” (Hadis riwayat al-Bukhari) Daripada ayat dan hadis di atas, jelas...

Hukum Wanita Hamil Dan Mengandung - Kena QADA Dan BAYAR FIDYAH?

Imej
Ulama-ulama hadis yg alim dan warak meriwayatkan secara jujur persoalan ini: Pandangan Ibn Abbas RA bahawa wanita hamil dan mengandung boleh berbuka puasa sekiranya mereka takut kebinasaan pada anak-anak meraka, namun mereka kena QADA dan BAYAR FIDYAH.  Berkata ulama hadith, al-Sykh al-Allamah Abi al-tayyib Muhammad Syamsul Haq al-Azim Abadi RH dalam kitabnya Aun Al-Ma'bud ketika ...mensyarahkn Sunan Abi Daud 4/405:  قال الخطابي مذهب بن عَبَّاسٍ فِي هَذَا أَنَّ الرُّخْصَةَ مُثْبَتَةٌ لِلْحُبْلَى وَالْمُرْضِعِ إِذَا خَافَتَا عَلَى أَوْلَادِهِمَا وَقَدْ نُسِخَتْ فِي الشَّيْخِ الْكَبِيرِ الَّذِي يُطِيقُ الصَّوْمَ فَلَيْسَ لَهُ أَنْ يُفْطِرَ وَيَفْدِيَ إِلَّا أَنَّ الْحَامِلَ وَالْمُرْضِعَ وَإِنْ كَانَتِ الرُّخْصَةُ قَائِمَةً لَهُمَا فَإِنَّهُ يَلْزَمُهُمَا الْقَضَاءُ مَعَ الْإِطْعَامِ وَإِنَّمَا لَزِمَهُمَا الْإِطْعَامُ مَعَ الْقَضَاءِ لِأَنَّهُمَا يُفْطِرَانِ مِنْ أَجْلِ غَيْرِهِمَا شَفَقَةً عَلَى الْوَلَدِ وَإِبْقَاءً عَلَيْهِ  Berkata al-Khattabi:...

Hukum Korek Telinga Atau Hidung Ketika Sedang Berpuasa

Perbuatan mengorek telinga atau hidung dalam keadaan berpuasa perlu ditinjau sama ada sampai atau tidak perbuatan itu pada rongga dalam. Jika sampai ke rongga dalam, maka batal puasanya. Dan jika perbuatan mengorek itu tidak sampai ke rongga dalam, maka tidak batal puasanya. Disyaratkan juga perbuatan mengorek telinga itu bukan dalam keadaan sedar atau sengaja. Jika dalam keadaan sedar atau sengaja, maka batal puasanya. Ini sepertimana yang telah dijelaskan oleh para ulama’ yang muktabar. Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibary berkata di dalam kitabnya, Fath al-Mu’in: (و) يفطر (بدخول عين) وإن قلت إلى ما يسمى (جوفا): أي جوف من مر Ertinya: Batal puasa disebabkan masuknya benda ‘ain (yang jelas, dapat dilihat) sekalipun hanya sedikit ke dalam (bahagian) yang disebut Jauf; rongga dalam. Syeikh Taqiyuddin Abu Bakar Al-Husaini juga berkata perkara yang sama di dalam kitabnya, Kifayatul Akhyar (Hlm. 286, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut):  واعلم أنه لا بد للصا...