Catatan

Taufan Sandy Musnahkan 250,000 Kenderaan Bermotor - Kuasa Tuhan Akan Jatuhkan Amerika

Imej
Tuhan boleh lakukan apa saja kepada musuh-musuhNya. Tuhan ada cara menundukkan mereka. Walaupun mereka mendabik dada sebagai polis dunia - rakus berbuat sewenang-wenangnya - tapi kuasa Tuhan membuktikan Amerika cukup lemah bagi menahan sedikit goncangan Tuhan. Inilah akibatnya.  Gambar yang di bawah ini hanya satu bentuk kehancuran mereka. hanya kenderaan. Bayangkan kerosakan dan kemusnahan lain yang cuba disembunyikan oleh ego mereka! Terima kasih pada blog PenPatah! Taufan Sandy yang melanda New York Oktober lalu mengakibatkan kerosakan bernilai USD 63 Billion. Antara yang musnah ialah lebih dari 230 000 kenderaan bermotor. Gambar di bawah ialah gambar 15000 kenderaan yang rosak akibat Sandy dan sedang menanti waktu untuk dilupuskan.  Kenderaan ini diletakkan di lapangan terbang Calverton di Long Island. Seperti yang anda boleh lihat, kesemua landasan lapangan terbang serta kawasan lapang sekelilingnya dipenuhi dengan kenderaan beroda. Mungkin ada diant...

Kisah Sedih - Dakwah Rasulullah Saw Ke Taif

Usaha dakwah Rasulullah saw mengajak penduduk Mekah kepada aqidah dan ajaran Islam sudah maksima. Boleh dikatakan semua penduduk Mekah sudah di dekati dan diberi peluang mendengar seruan Baginda. Rasulullah saw dan para sahabat mendekati mereka dengan membacakan Al-Quran, berhujjah atau diperlihatkan mukjizat - bukti kebenaran Baginda saw sebagai seorang Rasul.  Seterusnya Rasulullah Saw mengalihkan tumpuan dakwahnya kepada kabilah-kabilah dari luar Mekah. Rasulullah berharap akan memperolehi penyokong-penyokong perjuangan dari luar Mekah. Maka, Rasulullah saw. mengambil keputusan untuk berdakwah di Taif kerana Taif paling berdekatan dengan Mekah. Jaraknya hanya 80km. Taif terletak di  bahagian tenggara Mekah. Kabilah Tsaqif menghuni Taif sejak beberapa lama.  Baginda mengharapkan agar Bani Tsaqif dapat menerima seruan dakwah dan membantu Baginda kerana kedudukan B ani Tsaqif yang paling hampir dengan kota Mekah. Selain daripada itu, Ba ginda juga mempunyai hub...

Kisah Uwais Al-Qarni - Terkenal Di Langit Sedangkan Di Bumi, Dia Disangka Orang Tidak Siuman

Setiap orang yang hidup di atas muka bumi adalah ciptaan Tuhan yang unik. Rahsia setiap orang ada di sisi Tuhan Yang Esa. Dia Maha Mengetahui. Tidak semua orang yang mampu memahami mengikut kehendak Tuhan. Pandangan manusia terhadap manusia yang lain mempunyai tafsiran, sangkaan dan penilaian yang berbeda. Ada manusia yang ketika di dunia, dia disanjung, dipuji dan dipuja sedangkan di sisi tuhan rupa-rupanya dialah manusia yang dilaknat Tuhan, Sebaliknya ada pula yang dikeji, dicaci nista di dunia tetapi pada Tuhan, merekalah para kekasihNya yang pilihan. Hakikatnya Islam mengajar untuk bersangka baik dengan sesama manusia. Walaupun seseorang itu kafir, bersangka baiklah moga-moga dia beriman satu masa nanti. Inilah sunnah Baginda Nabi saw. Ketika Baginda berlindung di balik bukit Taif setelah dibaling dengan batu oleh kaum Bani Thaqif,  Allah telah menghantar malaikat Jibril dan malaikat penjaga bukit-bukau dan gunung-ganang. Kata Jibril: "Wahai Rasulullah, Allah t...

Alam Haiwan - Teknik Penyamaran

Imej
Alam haiwan ialah alam yang brutal. Yang kuat akan membunuh atau memakan mangsa yang lemah. Setiap binatang mempunyai mangsanya yang tersendiri dan pada masa sama dia juga mempunyai pemangsa yang sentiasa mengintai peluang mendapatkannya. Tuhan bekalkan keistimewaan setiap binatang dalam melindungi diri dari musuh atau mengendap mangsa mereka.  Caranya ialah dengan menggunakan teknik penyamaran semula jadi. Lihatlah gambar-gambar berikut untuk melihat hebatnya cara Tuhan memperlakukan setiap makhlukNya.  Cubalah cari di mana dan bagaimana makhluk-makhluk berikut menyamar!! (Bahan diambil dari PenPatah.blogspot - dari Izismile)

Gambar Air Terjun Menarik Di Dunia

Imej
2,3 hari ini ada kesibukan yang terjadi. Tidak sempat mengemaskini blog setiap hari seperti Pak Lang janjikan. Insya Allah bahan-bahannya tetaplah Pak Lang siapkan cuma tidak sempat dipaparkan kerana perlukan masa untuk mengedit tulisan, semakan maklumat dan sebagainya. Apa-apa pun untuk mengisi paparan blog ini lihatlah gambar-gambar airterjun berikut. Ambilan dari Blog PenPatah. blogspot.  Gambar Air Terjun - 10 Paling Cantik Di Dunia Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai "Honeymoon Capital of the World". Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki. Salah satu air terj...

Air Zam-Zam Air Ajaib Di Dunia

Imej
Pemilik Istana RSA Mekah, Dr Muhanddis Salim merupakan seorang saintis pakar dalam bidang AIR. Seperti termaklum, air lebih mahal di Saudi. Penduduk Mekah mendapatkan air untuk memasak, mandi dan membasuh dengan membelinya dari pembekal.  Setahu Pak Lang, Kota Mekah  tidak ada sistem saluran air terus rumah ke rumah seperti di negara kita. Sejak dulu, penghuni Mekah mendapatkan air melalui pembekal.  Zaman 50an, harga air hanya beberapa rial sahaja untuk sebulan di mana dikatakan para badwi akan menghantarnya ke rumah-rumah setiap hari. Air untuk keperluan harian yang bukan untuk diminum diambil dari sumber lain dan dimasukkan ke dalam tin lalu mengedarkannya - dengan cara memikulnya dari rumah ke rumah!! Jadi istana penginapan kami ini memerlukan air setiap 3 hari  sebanyak 1 lori yang harganya SAR150.00. Jika masa mencuci kolam renang di bahagian bawah, 2,3 lori diperlukan untuk mengisinya. Semua keperluan termasuk menyiram pokok dan membersih sangkar dan kand...