Catatan

Cerita Benar - Wanita Mengahwini Lima Lelaki

Imej
Pak Lang paparkan kejadian benar di India - Wanita bersuami lima beradik . Ini hanya untuk iktibar betapa rosaknya manusia jika akal dan nafsu dituruti. ....Anaknya ada 5 ayah!!! Untuk lihat sumber asal paparan ini:   SILA KLIK DI SINI India – Seorang pengantin perempuan untuk lima pengantin lelaki. Tentu pelikkan? Tambah pelik apabila semua pengantin lelaki adalah adik beradik. Namun bagi Rajo Verma, 21, ia bukan sesuatu yang pelik malah dia menerima perkara berkenaan dengan tangan terbuka, selaras dengan adat yang diamalkan di tempat tinggalnya. Dia kini menetap di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik bersama semua suami itu.Rajo akan tidur dengan mereka mengikut giliran. Dia kini mempunyai seorang anak lelaki berusia18 bulan, namun Rajo sendiri tidak mengetahui siapa bapa kepada anak-anaknya itu. “Pada mulanya saya merasa sedikit pelik namun ia menjadi kebiasaan. Tidak ada pilih kasih terhadap semua suami saya. “Kami tida...

Kisah Benar - Isteri Derhaka Yang Menderita Sakit Pelik Lagi Busuk

Imej
Pak Lang paparkan juga satu kisah benar mengenai seorang isteri derhaka.... Semoga menjadi iktibar..... Kisah ini Pak Lang dapatkan dari laman http://www.fuh.my. SILA KLIK DI SINI Gambar Hiasan 

Gambar Gajah-gajah Mati Diracun Di Sabah

Imej
Pak Lang ada cerita orang sufi tentang gajah. Nantikan kisahnya. Sebelum itu elok lihat gambar-gambar gajah mati di racun.. (Dari blog Pen Patah) DI SINI Gambar yang menyedihkan menunjukkan seekor anak gajah yang cuba mengejutkan ibunya yang telah mati. 10 ekor gajah gajah pygmy yang diancam kepupusan telah ditemui mati di Hutan Simpan Gunung Rafa di Sabah dalam masa 2 minggu. Gajah-gajah ini dipercayai telah diracun.

Harga Sebuah Kereta Dan Nilai Seorang Anak

Pak Lang paparkan satu kisah yang diambil dari blog wirajiwa . Carilah apa hikmah dan pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini. Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran... ... Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul especially pada anak2 yg masih kecil dan taktau apa2 lagi tu. Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik, mungkin dah sampai masa untuk badan2 kebajikan educate org M'sia untuk praktikkan konsep "time out" jika anak2 buat salah.

Subhanallah! Kisah Benar Al-Quran Terbang Di Mekah

Imej
Pak Lang paparkan kisah benar yang diambil dari blog Amekaw   K etika jemaah di Mekah sedang khusyu’ melakukan ibadah, tiba-tiba dikatakan terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat di Kaabah. Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Suatu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.

Ramai Wanita Masuk Neraka Kerana Derhaka Dengan Suami

Seorang ibu separuh umur mendatangi Pak Lang ketika selesai majlis tahlil yang diadakan di (model) Perkampungan Rasulullah iaitu di Chalet Nur Muhammad Mekah. Di satu ruang yang agak selesa, si ibu bercerita, "Ustaz! Saya ada seorang kawan yang meminta tanyakan satu masalah dia kepada Ustaz . " "Masalah apa? C eritalah! Kalau mampu saya jawab, saya akan jelaskan." Ibu ini memandang orang yang lalu lalang di sekitar kami dan memperlahankan suaranya, "Kawan saya ni sangat sedih sebab dia rasa bersalah dengan suaminya. Tadi Ustaz cakap tentang dosa para isteri yang tidak pedulikan suami, dia terasa dirinya sangat bersalah dengan suaminya. Malangnya dia tidak dapat meminta ampun kerana si suami sudah meninggal dunia."

Hukum Menyembelih Aqiqah

Ada jemaah umrah yang bertanyakan hukum buat aqiqah anak atau cucu. Berikut dipaparkan maklumat berkenaan. Ada yang tidak pasti dua ekor atau seekor bagi anak perempuan. Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah: Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.