Catatan

Amaran Untuk Keluarga Abuya - Beratnya Tanggung Jawab!!!

Bacalah tulisan Puteri Abuya mengenai keluarga Abuya! Anda akan makin kenal siapa Abuya!! SILA KLIK UNTUK SUMBER. Tulisannya ditujukan kepada para remaja. Jadi, bahasanya bahasa remaja... Sukar juga kita yang tua-tua ni nak faham lenggok bahasanya. Pak Lang tak edit.   Orang selalu cakap,"untung kalian jadi anak-anak Abuya. Kami pun nak menumpang sama". Lalu ramailah anak-anak dara yang berlumba-lumba baiki diri dan bersopan santun sambil berharap mudah-mudahan dapat jadi menantu Abuya. Mak ayah pun 'rekomen'lah anak-anak gadis mereka untuk mengambil berkat - berharap anaknya menjadi sebahagian keluarga Abuya. Eh? Anak gadis je ke? Ye.. Kaum lelaki jarang didengar merasa teringin jadi keluarga mungkin sebab depa memang dah boleh salam Abuya. Begitulah kisahnya. Tahukah anda? Amboi dah macam rancangan pengetahuan am! Keberuntungan menjadi keluarga Abuya itu sebenarnya datang bersama tanggungjawab yang besar. Samada keluarga yang darah daging mahupun yang mendat...

Kabinet Najib Bakal Tersungkur?

Berikut satu artikel menarik dari blog shahbudindotcom . SILA KLIK UNTUK SUMBER ASAL Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat terus memperhebatkan tekanan menolak keputusan piliharaya lalu dengan siri perhimpunan aman diteruskan lagi ke beberapa negeri, kabinet yang dibentuk Najib turut mulai bergelora. Bermula dengan Joseph Salang Gandum dari Parti Rakyat Sarawak atau PRS menolak perlantikannya sebagai timbalan menteri, majlis tertinggi parti itu juga membuat keputusan terbaru iaitu menolak sebarang jawatan yang ditawarkan Najib. Ini bermakna, seorang lagi Ahli Parlimen PRS, Joseph Entulu yang sebelum ini dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, turut dianggap menolak perlantikan itu berasaskan keputusan yang dibuat oleh PRS itu. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Presiden PRS James Masing berkata, majoriti pimpinan tertinggi parti menolak perlantikan yang dibuat oleh Najib kerana berasa dianaktirikan dari segi pembahagian kerusi kabinet berasaskan sumb...

Kisah Imam Ahmad Ibnu Hambal Dan Kelebihan Istighfar

Kisah2 Istighfar – Hasan Al-Basri Al-Qurtubi riwayatkan cerita dari Ibnu Shabih. Pada suatu hari ada seorang datang mengadu kepasa Hasan al-Basri tentang masa kemarau. Hasan berkata kepadanya “Beristighfarlah kepada Allah” Ada pula lelaki lain mengadu akan kemiskinannya. Beliau juga berkata “Beristighfarlah kepada Allah” Ada pula lelaki lain berkata "Doakanlah supaya Allah memberikan ku anak.” Beliau berkata “Beristighfarlah kepada Allah”. Datang lagi lelaki lain yang mengadu tentang kebunnya yang kekeringan. Beliau berkata “Beristighfarlah kepada Allah”. Ar-Rabi berkata kepada Hasan “Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua membaca intighfar” Hasan jawab “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman: “Aku katakan kepada mereka, “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan...

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Imej
Dalam dunia yang sudah rosak, ramai umat Islam sudah tidak memahami kehebatan dan keagungan Islam. Hati yang sudah lalai dengan Tuhan menjadikan mereka hidup dalam runtunan nafsu, syaitan dan yahudi. Kelalaian hati ini sentiasa meningkat dan terus meningkat. Tiada usaha untuk menarik hati agar kembali khusyuk kepada Tuhan. Ramai yang menolak hal-hal yang bersifat rohaniah, pelik dan ajaib. Sedangkan perkara sedemikian merupakan asas kepercayaan dalam Islam. Bukankah Tuhan itu maha ghaib dan maha pelik? Tuhan tidak boleh diakal-akalkan. Begitu juga sistem pentadbiran Tuhan mengemudi seluruh alam dengan kuasa dan ilmuNya yang Maha luas. Manusia tidak akan mampu menjangkau apa yang wujud di sebalik segala sesuatu. Cuma kadang-kadang Tuhan tunjukkan apa yang menjadi rahsia bagi sesuatu kejadian agar dijadikan iktibar oleh mereka yang ikhlas mencari kebenaran. Jadi belajarlah mengkaji apa yang tersirat di sebalik setiap kejadian. Bersangka baiklah dengan Tuhan atas apa jua yang ditimpakann...

Ustazah Mashitah Bersalam Dengan Pak Lah

Imej
Pak Lang senyum seorang diri tengok gambar berikut. Pak Lang terjumpa dari blog yang bernama lianglahad!! Ustazah Masyitah yang anti poligami dan anti Ummu Jah ini sudah mula senyap dari persada media. Perhatikanlah!! KLIK UNTUK SUMBER GAMBAR USTAZAH MASHITAH IBRAHIM SENTUH DAN CIUM TANGAN LELAKI BUKAN MUHRIM TERSEBAR!! “Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Riwayat At-Thabrani) Itu adalah hadith Nabi Muhammad SAW...Dan sepatutnya seseorang seperti ustazah kita ini, Mashitah Ibrahim tahu berkenaan dengan hadith tersebut..  Gambar Ustazah Mashitah Ibrahim mencium tangan Pak Lah kini sudah tersebar luas di internet..   Demikianlah betapa orang agama tunduk pada pemimpin...

Kisah Blogger Dayan Dayak Mengalami Mimpi Pelik

Paparan berikut Pak Lang ambil dari Blog cerobohlagi oleh Blogger Dayan Dayak. SILA KLIK . Menariknya paparannya kali ini ialah bercerita mengenai pengalamannya sendiri. Bacalah!! Nanti anak cucu semua akan faham! Gini ceritanya: Lepas aku post cerita2 mengenai Ummu Jah yang ditangkap di Makkah tu, aku tutup pc dan berehat la atas kerusi panjang di rumah aku. Sambil baring2, angan2, letak tangan atas kepala, maka aku pun seolah-olah terlelap. Dan, masa inilah 'AKU TERBANGUN' dan terus DIDUDUKKAN. Dan di sebelah aku adalah AxxxA. Dia siap senyum kat aku. Aku ingat dia akan marah kat aku pasal aku tulis kisah Ummu Jah ditangkap di Makkah. Tapi dia hanya pandang aku dan senyum. Aku kenal sangat orang ni. Wajah dia bersih, baunya harum. Dia kata "antum usah bimbang, usah takut. Jika dah takdir Allah, maka akan berlaku juga". Sebenarnya aku pun tak faham apa maksudnya. Aku diam saja, terpinga-pinga. Dia terus kata lagi "xxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxx xx...

Sampai masa Raja-Raja Melayu Mencari Penyelesaian

Dalam menjenguk cerita di sebalik PRU 13, Pak Lang terjumpa artikel bertajuk seperti di atas. Elok kita renungi bersama. Untuk lihat sumber asal: SILA KLIK Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam tadi sangat berjaya. Jumlah kehadiran tidak kurang daripada 80,000 orang dan ini bukannya satu isu kecil yang boleh ditangani dengan mudah. Jika dibayangkan jumlah yang sebegini, sesiapa pun tidak boleh menafikan keresahan orang ramai terhadap tuduhan ‘massive fraud’ yang berlaku di dalam PRU 13 yang baru selesai itu. Dalam situasi ini semua pihak wajar mengatasi isu kebangkitan ini dengan kaedah yang benar-benar diterima oleh semua pihak dengan baik. Tolong jangan perbesarkan isu seperti isu berulangnya insiden 13 Mei. Situasi sekarang tidak akan membawa kepada insiden 13 Mei kerana ia bukan pertentangan di antara kaum. Ia adalah pertentangan di antara pihak rakyat di bawah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dengan pihak BN yang juga dari berbil...