Nisfu Syaaban - Masa Pertukaran Lembaran Catatan Amal Setiap Hamba
Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Semoga ini akan membantu memahamkan kita tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Tarikh malam Nisfu Syaaban 2013 di Malaysia mengikut kalendar islam. Nisfu Syaaban merupakan pertengahan bulan atau 15 Syaaban dalam kalendAr Hijrah. Dalam Kaledar islam, 10 Jun 2013 merupakan bermulanya awal bulan Syaaban iaitu 1 Syaaban. Oleh itu, pada 15 hari dalam bulan Syaaban, 24 Jun adalah Nisfu Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1434H. Manakala malam Nisfu Syaaban pada 23 Jun selepas waktu Maghrib. Tarikh Penting Bulan Syaaban 2013 1 Syaaban 1434H : 10 Jun 2013 15 Syaaban 1434H : 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban) Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013 : sebaik sahaja lepas waktu Ma...