Catatan

Hendak Tahu? Kenapa Utusan Malaysia Semakin Dilupakan Orang

Imej
Ledakan teknologi maklumat menjadikan sesuatu yang benar dilihat salah atau suatu yang salah ditonjolkan benar. Kadang-kadang usaha menipu dengan mudah terdedah dan diketahui umum dengan cepat. Dalam banyak hal, apa saja yang berlaku akan dapat diketahui hakikat sebenarnya melalui kecanggihan teknologi maklumat ini.  Masyarakat hari ini sangat sensitif dengan kebenaran dan fakta. Tidak mudah mengelabui masyarakat di era internet ini. Orang-orang tua di kampung pun sudah tahu 'klik' di alam siber. Justeru apabila akhbar harian memaparkan sesuatu tajuk, tidak semuanya diterima sebagai benar. Ada tapisan di minda bawah sedar untuk tidak terus mempercayainya. Keadaan ini berlaku berterusan dan masyarakat akhirnya terbiasa untuk menolak terlebih dahulu apa yang disampaikan oleh akhbar yang sebegini. Malah ramai yang membacanya secara terbalik!! Terbaru Utusan Malaysia tersilap menyangka masyarakat boleh diperbodohkan. Seolah-olah apa saja yang mereka paparkan mampu ditelan...

Ramadhan, Aku Dan Mereka..

Ambilan d ari blog Puteri Abuya..... Bacalah luahan hatinya yang ditulis dalam bahasa santai tapi menyentuh hati! Masuk je bulan Ramadhan ni rasa teringat sangat kat adik-adik yang sedang berpuasa di Eropah sana tu. Penatnya Ya Allah.. Hari tu pernah cuba puasa di sana yang siangnya panjang gila memang sesak nafas. Yang Sofwah dari lepas sahur sampai dekat nak buka dia sibuk kumpul macam-macam makanan untuk berbuka nanti kononnya nak balas dendam sebab puasa panjang sangat. Sofwah memanglah macam tu. Dia boleh kata ujian paling berat kat dunia ni ialah puasa. Tengok air masak pun dah menggigil lutut. Moga-moga Tim, Kakak, Mat dan Ajwad berjaya mengharungi sebulan Ramadhan disana dengan baik. Kesian korang. Dahla takde bazar Ramadhan, Mansaf ke, Qatayef apa lagi tongkeng ayam. Moga Tuhan nilai semua pengorbanan yang dilakukan. Ramadhan setiap tahun nampak macam sama,tapi sebenarnya berbeza. Kenapa berbeza? Sebab kita sentiasa berdoa agar setiap Ramadhan yang Tuhan rezkikan untuk ki...

Rompakan Yang Paling Mengelirukan polis

Imej
Dunia moden hari ini sudah mengubah segala-galanya. Kejahatan mampu disembunyikan. Kebatilan boleh digambarkan sebagai kebenaran. Lihatlah pada penipuan menggunakan topeng seperti di bawah. Bagaimana pun, para pejuang kebenaran di akhir zaman yang dijanjikan pertolongan Tuhan akan pasti terselamat. Tuhan tidak akan biarkan para pejuangnya diperangkap musuh. Akan ada kelepasan dan jalan keluar...Telitilah... Seorang perompak bank kulit putih dikatakan telah menipu polis AS dengan memakai topeng kesan khas seperti dalam lakonan film Hollywood dan sarung tangan, beliau menyamar sebagai seorang lalaki kulit hitam. Menurut laporan polis, Conrad Zdzierak, 30, dikatakan telah menggunakan topeng silikon yang di beli dengan harga £ 450 dalam rentetan enam rompakan berani bank di Ohio. Lima daripada rompakan berlaku pada hari yang sama, 9 April 2010. Polis di Springdale, Ohio mengeluarkan rakaman CCTV dari bank-bank, merayu bantuan orang ramai untuk mencari apa yang mereka percaya ...

Pemimpin Mesti Menaungi Rakyat, Membela Dan Memberi Keadilan Sepenuhnya Untuk Setiap Kelompok Yang Ada Di Dalam Negara.

Paparan berikut adalah tulisan seorang pengamat politik tanah air. Pak Lang paparkan untuk renungan para ahli politik. Rakyat sedang menilai setiap parti dan kelompok yang ada. Tuhan yang maha kuasa pastilah mempunyai perencanaanNya untuk menaikkan setiap pemimpin yang baik bagi negara bertuah ini. Siapa sahaja mampu berusaha tetapi di akhirnya adalah ketentuan Tuhan.  Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang baru mendapat mandat menguasai kerajaan Malaysia diharapkan benar-benar menjadi pemimpin negara berjiwa besar - mampu melayani kehendak semua golongan rakyat di bawah pentadbirannya. Pak Lang sedang mengkaji episod seterusnya perjalanan kepimpinan beliau. Bacalah dulu tulisan berikut. Waktu dan zaman berubah. Ia juga membawa perubahan kepada keadaan sesebuah negara termasuk politiknya sendiri. Negara kita tidak terkecuali dari melalui perubahan ini. Tidak mungkin keadaan sekarang mampu memberikan satu kerajaan yang benar-benar stabil dan berkesan.  Ba...

Perjuangan Pimpinan Dan Negara Islam Perjuangan Sepanjang Hayat

Rakyat Mesir akan berhari raya di Dataran Raba’ah dan beberapa dataran lain di Cairo. Mereka tidak akan kembali ke rumah masing-masing selagi Mursi tidak dikembalikan kuasa yang telah dimandatkan rakyat dalam pilihanraya demokrasi yang pertama dua tahun dahulu. Puluhan juta rakyat telah berkumpul dan berhimpun secara terbuka menuntut Mursi dikembalikan ke Istana Presiden di Ittihadiyyah tanpa syarat. Tiga lagi tuntutan mereka ialah untuk diadakan segera pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang telah dibubarkan. Mereka juga menuntut agar ditubuhkan Jawatankuasa yang diketuai oleh Mursi yang sebelum ini telah disertai oleh semua pihak. Mereka juga mahukan sistem dalam mana penyingkiran Mursi atau mana-mana Presiden hanya di lakukan mengikut Perlembagaan. Di Dataran Raba’ah sahaja lebih dari tiga juta rakyat telah berhimpun dan jutaan telah berhimpun di Dataran-Dataran Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Alemena, Qina, Aswan, Asyat dan Fayoun. Mereka mahu keempat-empa...

Apakah Punca Artis-Artis Wanita Popular Ini Berubah?

Imej
Kini ramai artis wanita bertudung. Ikuti luahan dan pengalaman di antara mereka yang telah berubah ke arah kebaikan... 1. Catriona Ross Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu. Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu. Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.  Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah. Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pin...

Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu

Imej
Dalam kesejukan malam itu..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia. Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam.. Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan? Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke.. Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi? Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ? Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana? Siapa dia Muhammad Al-Fateh? Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat? Hurm.. Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisah benar-benar berlaku.. Bil...