Catatan

Bukti Cinta Kepada Allah - Hati Menjadi Gementar Dengan Tuhan, Tenang Dengan Dunia!!

Perkataan cinta adalah perkataan yang menuntut kita melaksanakan perkara yang kita ucapkan. Adakah cukup sekadar kita melafazkan perkataan cinta tanpa menunjukkan bukti kita benar-benar memaksudkannya? Pastinya tidak. Apabila kita melafazkan cinta, maka ia perlu dilaksanakan dengan perbuatan. Sekiranya cinta kepada Allah, maka ia perlu disertai dengan bukti. Lalu bagaimana bukti itu dapat diperlihatkan? "Sentiasa mengingati Allah berbanding mengingati manusia..." Pasangan yang jatuh cinta sentiasa mengingati pasangannya. Hatinya tenteram dan bertaman bunga apabila terfikir mengenai sang kekasih. Begitu juga cinta kepada Allah. Manusia yang jatuh cinta dengan Allah sentiasa mengingati dan merindui Allah. Di dalam Surah Ar Ra'du ayat 28, Allah menjamin kepada manusia yang mengingatinya, "Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...". Ayat ini memberikan kefahaman kepada kita bahawa bila hati kita ingat dan terhubung dengan Allah, hati kita akan men...

Keghairahan Berkempen Dalam Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau - Jangan Sampai Terlupa Sedekahkan Al Fatihah Untuk Roh Ustaz Azizan...

Berbanding banyak pilihanraya kecil sebelum ini, pilihanraya kecil DUN Sungai Limau ini agak pelik dan sedikit luar biasa. Dalam pilihanraya kecil ini, nama Allahyarham Ustaz Azizan Razak, bekas ADUN kawasan itu selama lima penggal dan juga bekas Menteri Menteri Besar Kedah, begitu dijadikan sandaran untuk mendapatkan undi. Jika hanya PAS yang berbuat demikian, tidaklah terasa pelik dan luar biasa kerana Ustaz Azizan memang pemimpin parti itu, tetapi UMNO dan BN juga cuba "tumpang sekaki" mahu menggunakan nama bekas MB Kedah itu. Sebagaimana yang diakui sendiri oleh MB Kedah, Mukhriz Mahathir bahawa beliau bersama calon BN, Ahmad Suhaimi Lazim telah mengunjungi balu Allahyarham untuk memohon restu sebelum namanya diumumkan kepada orangramai pada 21 Oktober lalu. Tidak diragui bahawa barangkali ini pertama kali dalam sejarah UMNO dan BN, mereka memohon restu daripada keluarga pemimpin parti yang bakal dilawan dan dianggap musuhnya dalam pilihanraya. Meskipun kunjungan i...

Kisah Melihat Orang Sakaratul Maut Dan Kesan-kesan Nyawa Dicabut Dari Tubuh!!

Kepada anak cucu dan remaja sekelian! Mati sememangnya ubat mujarab menghilangkan ego atau sombong. Mati juga sangat berkesan melenyapkan rasa bangga diri atau lupa diri. Mati - bagi orang yang mempunyai hati yang celik dan hidup - akan menjadikannya insaf dan bertaubat. Mendidik manusia dengan cerita-cerita kematian boleh mengubah diri seseorang itu menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dalam hidup, Pak Lang diberi peluang oleh Tuhan untuk menyaksikan kematian terutama di kalangan ahli keluarga. Banyak kali juga kesempatan ini berlaku. Pastinya sebagai didikan Tuhan untuk menginsafkan diri. Bukankah sebaik-baik pengajaran dan peringatan itu adalah kematian. (Pak Lang teringat Al-Marhum Abuya ketika mendengar berita tentang kematian seseorang, Al-Marhum akan menyebut Lahumul Fatihah - mengajak semua yang hadir menghadiahkan Al-Fatihah sebelum menadah kedua telapak tangannnya mendoakan simati. Biasanya dengan doa yang agak lama, penuh khusyuk dan pengharapan keampunan Tuhan u...

Bagaimana Menghadapi Kematian - Apa Persediaan Dan Tindakan Yang Patut Dilakukan

Bagi orang yang sedang dalam keadaan sakit tenat, ada beberapa tanda yang dapat dikenali sebagai tanda ajalnya sudah hampir. Hukum bagi tanda-tanda ini adalah harus sahaja dan tidak semestinya berlaku kepada semua orang yang sedang tenat. 1) Apabila baring terlentang, tiada lagi ruang di antara pinggang dan tempat baring. Keseluruhan tubuhnya telah lepir dan rapat ke bumi. 2) Tubuhnya akan melurut turun apabila diletak bantal di bawah kepalanya. 3) Jatuh hidungnya. Ertinya batang hidung kelihatan penyek dan turun ke bawah. 4) Keadaan kakinya condong ke bawah semasa baring terlentang. 5) Rasa sejuk yang bermula dari jejari kaki naik ke betis lalu seterusnya rasa sejuk itu naik ke atas paha dan badan. 6) Kaki menjadi bengkak. ** Berikut adalah cara-cara bagi menentukan orang yang sakit tenat itu telah habis nyawanya. 1) Periksa pernafasannya dengan mengunakan cermin. Letakkan cemin kecil di hadapan mulutnya dan perhatikan sekiranya ada wap di atas permukaan cermin itu. Jika tiada wap,...

Kisah Saiyidah Nafisah Dengan Gabenur Yang Zalim - Kesan Hati Yang Gementar Dengan Tuhan!!

Imej
" Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah  jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain  tanpa mengharapkan balasan" - Rabiatul Adawiyah Kisah berikut adalah berkaitan Saiyidatina Nafisah. Untuk pengetahuan, Saidatina Nafisah..Beliau lahir pada rabiulawal 145H di Makkah..Ayahnya Saidina Husain al-Anwar..Merupakan cicit kepada Saidina Hassan..Beliau datang ke Mesir pada malam 27 Ramadhan tahun 193H..Ketinggian ilmu Saidatina Nafisah terserlah apabila ulamak dari segala cabang ilmu datang berjumpa dengannya,termasuk Imam as-Syafi'ie..Beliau tinggal di Mesir selama 6 tahun sahaja..Antara karamah beliau adalah, beliau telah mengorek sendiri liang lahad untuk disemadikan jasadnya selepas meninggal dunia..Beliau sering berpuasa dan berdoa agar Allah mencabut nyawanya dalam keadaan dirinya berpuasa,dan Allah telah mengkabulkan doanya..) Diceritakan bahawa di waktu hidup Sayyidah Nafisah ada se...

Nilai Kebaikan Seorang Majusi - Tingginya Nilai Menolong Orang Susah Dan Anak Yatim Di sisi Tuhan!!

Imej
Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama?" Baginda bersabda: "Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Semasa menunaikan ibadah haji, Abdullah bin Al Mubarak tertidur di Hijir Ismail. Dalam tidurnya dia bermimpi Rasulullah berpesan kepadanya: “ Wahai Abdullah , apabila engkau kembali ke Baghdad , pergilah berjumpa Bahramal Majusi (pemimpin agama Majusi). Sampaikan salamku dan katakan Allah telah redha kepadanya.” Abdullah tersedar dan menyangka mimpi itu daripada syaitan. Namun mimpi itu datang tiga kali berulang-ulang. Maka setelah selesai mengerjakan haji, Abdullah lantas pulang ke Baghdad dan mencari Bahramal Majusi. “Wahai Bahramal Ma...

Apa Sebabnya Kita Disuruh Mengingati Mati?

Al-Nisaii meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w. ”اكثروا ذكر هادم اللذات” Ertinya, “Perbanyakkan ingat terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup(mati)”. Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab, sabda Nabi s.a.w. yang bererti; “Perbanyakkan ingatan terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup (mati)”. Kami bertanya Nabi; wahai Rasul Allah apakah yang dimaksudkan  dengan (هادم اللذات ). Jawab Baginda; iaitu mati. Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya; “Ketika aku duduk bersama dengan Rasul Allah s.a.w. lalu datang seorang leleki dari kalangan al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w., dan terus bertanya baginda: Siapakah orang mukmin yang afdzal? Jawab Baginda: Orang yang lebih baik akhlaknya”. Lelaki tersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang sempurna akalnya? Jawab Baginda: “اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس” Erinya: “Mereka yang...