Catatan

Dahsyatnya Orang-Orang Tuhan!! Hidup Dalam Kemiskinan Ketika Dunia Dan Kekayaan Terjelepak Di Tangan Mereka!!

Orang-orang pilihan Tuhan tidak takut dengan kemiskinan. Bahkan dalam kemiskinan itu pun mereka mampu membela dan menaungi orang lain. Mereka masih dapat membantu orang yang susah dan menderita. Berapa ramai di kalangan mereka yang tidak tidur malam demi membantu dan berkhidmat pada orang lain. Inilah nilai mereka sebagai orang-orang pilihan Tuhan. Adalah suatu yang pelik- menurut pandangan orang-orang kafir, bilamana Tuhan membiarkan para pejuangnya hidup dalam kemiskinan. Mereka malah mengejek-ngejek umat Islam, Inilah yang dinyatakan  Allah di dalam Al-Quran; "Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: Sesungguhnya Allah itu miskin sedangkan kami kaya'. Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka):` Rasakanlah olehmu azab yang membakar." Ibnu Ishak dan Ibnu Abu Hatim mengatakan bahawa sebab turun ayat ini ialah hadis dari Ibnu Abbas kat...

Kisah Sedih : Hargai Pengorbanan Ibu Bapa

Imej
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, “Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, “Nak beli untuk anak ke?”, “Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung belajar – laptop yang mana yang ok?”. Aku mempromosi barang seperti biasa – aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. “Kalau nak yang bagus mahal pakcik – tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung – seribu seratus lebih je…”. Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut “Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni…” – pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku bekerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan – aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya – perempuan. “Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?”, “Yang nie Samsung hari tu, tapi yang nie stok baru – harga...

Kisah Wanita Mengumpat Yang Sukar DiKafankan

Imej
Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan. Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi Dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela ...

Cerita Sepasang Remaja Di Malam Pertama Pengantin Baru 2013

Imej
Banyak juga cerita yang Pak Lang dengar tentang remaja yang soleh (yang baik, warak dan beriman). Kisah mereka ini agak lucu. Maklumlah remaja yang tidak terdedah dengan maksiaat atau mungkar. Mereka jadi manusia yang tidak pandai dalam hal berkaitan seks atau hubungan suami isteri. Eloklah begitu! Cuma ibu bapa pasangan pengantin sebegini kenalah pandai memahamkan mereka agar bahtera rumah tangga yang dilayari dapat dimulakan dengan penuh indah dan bahagia. Sememangnya tidaklah dinafikan - terutama dalam jemaah islam - adanya remaja yang begitu bersemangat mentaati perintah Allah. Meraka sangat serius dalam menghayati syariat Allah. Jadilah mereka orang yang warak - yang sangat menjaga halal haram dalam segenap sudut kehidupan atau pergaulan. Bila tiba masanya untuk mereka berkahwin, mereka akan pastikan calon isterinya atau suaminya adalah sealiran dengan jemaah yang diyakininya.  Mereka tidak terlibat sama sekali dalam pergaulan bebas, berfoya-foya dan sebagainya. H...

10 Perkara Kenapa Pengantin Baru bercerai - Tips Dan Panduan Untuk Pengantin Remaja

Melihat kepada statistik perceraian di kalangan pengantin baru, ianya terjadi dengan punca yang berbagai-bagai. Asas puncanya hanya satu iaitu soal iman dan rasa hati dengan Tuhan. Jika hati sudah tidak terhubung dengan Tuhan  yang maha kuasa, apakah lagi unsur yang mampu melawan bujukan nafsu dan syaitan.  Penguasaan nafsu, iblis, syaitan dan juga usaha musuh islam seperti yahudi akan menjadikan remaja makin jauh tersasar. Semakin banyak zina dan maksiat berlaku, semakin galaklah musuh-musuh Islam merencanakan pelbagai program untuk melipatgandakan lagi kerosakan sosial remaja kita. Semakin bertambahnya anak-anak zina di tengah masyarakat, semakin kukuhlah keupayaan mereka mengkucarkacirkan sistem sosial umat Islam.   Musuh-musuh Islam akan sentiasa memastikan kerosakan berganda berlaku. Media massa dan ruang siber menjadi medan 'perang' terhadapa umat Islam yang semakin dahsyat. Remaja Islam semakin sukarlah untuk dipulihkan. Ianya umpama terperosok ke lubang y...

Cuti Sekolah Sudah Bermula - Banyaknya Kenduri Kahwin Dan Cepatnya Mereka bercerai!!

Sekarang sudah mula cuti sekolah. Maka bermulalah pesta kenduri kawin di seluruh negara. Seolah-olah satu perlumbaan atau 'musabaqah' bilamana ada ibubapa berhempas pulas memastikan perkahwinan anak mereka dipuji orang. Apatah lagi kalau dapat disiarkan dalam akhbar atau media elektronik. Paling tdak diriuh-rendahkan di dalam facebook sesama keluarga dan kenalan. Rasa bangga, seronok dan puas hati berlebih-lebih membuak di dalam jiwa masing-masing. Tidaklah dinafikan ada yang berniat jujur untuk maraikan perkahwinan anak seadanya - mengelak dari membazir, bangga diri dan menempa kemurkaan Tuhan. Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah saw. Ianya ajaran yang mudah dan ringkas. Itulah sunnah dan ibadah yang sangat bermakna. Bukankah ibadah itu adalah perlaksanaan lahir dan penghayatan rasa hati terhadap Allah dan Rasul? Menyambut menantu sepatutnya penuh dengan rasa hati yang sangat cemas, bimbang dan penuh munajat ke hadhrat Allah swt.  Apa yang sangat diperlukan dalam m...

Ucapan Puan Ibu Hatijah Aam Di Majlis Perasmian Pejabat GISB HOLDINGS Sdn Bhd Pada 10 Muharam1435H

Menelusuri perintah Allah dan RasulNya atas nama Islam, rupa-rupanya adalah satu perjuangan yang wajib atau tidak boleh tidak oleh orang Islam! Maknanya orang Islam yang tidak memperjuangkan Al-Quran dan Hadis untuk membuatkan Allah dan Rasul ditakuti dan dirindui diseluruh dunia ialah orang-orang yang berdosa! Haram hukumnya! Mengapa? Sebab mengucap dua kalimah syahadah itu bermakna kita mengatakan kepada Allah dan RasulNya bahawa kita sedang  terlalu takut dan rindu pada keduanya! Maka kita pun tidak mampu lagi melupakan mereka! Kita pasti taat setaat-taatnya dan sentiasa terkenang-kenangkan kedua-duanya. Allah dan Rasul di hati bukan dimulut! Macamlah hati kita begitu mendalam rasanya kepada kedua ibubapa, anak-anak, isteri-isteri dan suami! Maka dengan Allah dan Rasul lebih-lebih lagilah! Rasa cinta begitu mencengkam di dada terhadap Tuhan dan Nabi yang kita yakini itu! Sungguh Allah dan Rasul itu pun sangat-sangatlah cinta dan rindukan kita pula! Keduanya tidak pernah tidak ...