Catatan

Kenyataan Penuh Sidang Media Perdana Menteri

Imej
Astro Awani | Kemas kini: Mac 25, 2014 Petang ini saya telah diberikan taklimat oleh wakil daripada Badan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). Mereka memaklumkan kepada saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan perkiraan lanjut ke atas data berkenaan. Menggunakan satu bentuk analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberikan beberapa petunjuk yang lebih jelas mengenai laluan penerbangan pesawat MH370. Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang lokasi pendaratan. Oleh itu dengan perasaan yang amat sedih dan terharu, menurut data terkini yang diperolehi, saya ingin memaklumkan bahawa penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selat...

MH370: Mencabarnya, dasar Lautan Hindi sedalam 10 kali KLCC

Imej
Sumber dari: http://www.astroawani.com - Arfa Yunus | Kemas kini: Mac 22, 2014 KUALA LUMPUR: Cabaran mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini bertambah rumit dengan jangka hayat bateri kotak hitam itu kini hanya mempunyai masa lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk dikesan. Menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Rizal Arshad, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter membuatkan misi mencari menjadi semakin sukar. Beliau membuat perbandingan dimana kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter. “Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter. Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar. “Selain itu cabaran seterusnya ialah mengenal pasti lokasi. Kita tidak tahu dimana lokasinya dan dengan dengan Lautan Hindi yang bersifat dinam...

Lautan Cina Selatan Dan Lautan Hindi Antara Lautan Paling Mengerikan Di Dunia

Cuaca buruk di lautan ini kerap menyebabkan kapal karam, sekalipun sekaliber Titanic VIVAnews - Tim peneliti dari Southampton Solent University, Inggeris, mengungkapkan kecelakaan kapal laut sering disebabkan oleh cuaca buruk yang diakibatkan perubahan iklim. Penelitian itu menemukan beberapa lautan di dunia merupakan pusat bangkai-bangkai kapal laut yang karam karena terjangan cuaca buruk. Dalam rentang tahun 1999 sampai 2011, banyak terjadi kecelakaan di Laut Cina Selatan, sebelah timur Lautan Hindi, Mediteranian timur, Laut Hitam dan di Laut Utara Kepulauan Inggeris, dilansir Discovery News, 11 Juni 2013. "Dalam rentang tahun itu, ada 293 kecelakaan kapal di Laut Cina Selatan dan di sebelah timur Samudera Hindia," kata tim peneliti. Hampir setengah dari kecelakaan itu disebabkan oleh faktor cuaca dan bukan karena tabrakan. Semua kapal rata-rata kandas, bocor, dan akhirnya tenggelam di lautan. Para peneliti memprediksikan penyebab kecelakaan itu adalah akibat dari perub...

6 Kawasan Laut Paling Misteri Di Dunia

Imej
  Kehilangan MH370 yang berakhir di Lautan Hindi menimbulkan persoalan yang berbagai. Antaranya ialah bagaimana mengeluarkan pesawat tersebut dari dasar laut yang mencecah lebih 4km dari pemukaannya? Yang lebih rumit bagaimana mendapatkan kotak hitam yang menjadi sumber utama mendapatkan punca ianya terdampar di perut lautan yang asing itu? Begitu juga dengan perbelanjaan yang akan digunakan bagi meneroka alam bawah air yang begitu misteri. Bacalah sebahagian daripada cerita mengenai lautan misteri di dunia.  1. Segitiga Bermuda Tempat ini merupakan tempat paling banyak disebut jika berkaitan dengan misteri kawasan laut. Tempatnya luas, iaitu jutaan persegi dan melingkungi Kepulauan Bermuda, Puerto Rico, dan Fort Lauderdale. Nama Segitiga Bermuda mula popular ketika satu pasukan tempur yang terdiri drpd lima pengebom torpedo Angkatan Laut, hilang pada 5 Desember 1945. Hingga kini jasad 14 kru pesawat dan bangkai kapalnya tidak ditemui. Menurut laporan, sehingga kin...

Malaysia Menangis - Khabar Sedih Di Akhir Penantian!

Imej
  Seluruh Malaysia terpaku di depan TV pada kira-kira jam 10 malam tadi. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan nada sedih, telah mengesahkan bahawa pesawat MH370 dipercayai terhempas di lokasi terpencil di Lautan Hindi. Semua penumpangnya dipercayai tiada yang selamat.    Pengumuman ini dibuat berdasarkan MH370 itu telah dikesan oleh satelit untuk kali terakhir di selatan Lautan Hindi, berhampiran Perth, Australia dan tidak ada landasan terdekat yang membolehkannya mendarat secara selamat. Pengumuman ini mengakhiri penantian seluruh masyarakat dunia terutama ahli keluarga mangsa selama 17 hari (400 jam). Dalam pengumuman itu, Najib juga memberitahu, waris dan ahli keluarga mangsa sudah pun dimaklumkan mengenainya. Dilaporkan juga bahawa waris-waris mangsa akan diterbangkan ke Perth dalam tempoh terdekat. Setakat malam ini, kebanyakan blog di tanah air - setelah mengetahui pengumuman tersebut - melahirkan rasa sedih dan bersimpati dengan...

Kehilangan MH370 - Teori Lahir Vs Teori Ghaib

Imej
Bacalah sehingga ke bahagian akhir artikel berikut kerana ada teori kemungkinan MH370 berada di alam ghaib. Teori-teori yang berbentuk maklumat lahiriah juga agak berbeza dari pandangan biasa. Jadi bacalah sambil melihat sehari dua lagi apakah yang akan terjadi perkembangan selanjutnya.  Pak Lang tidak mengenali penulis ini - hanya menemui blognya secara kebetulan.  Artikel asal ini dipaparkan pada Jumaat, 14 Mac 2014   MISTERI BIN AJAIB…MAS MH370 STORY--- Dari Blog Military of Malaysia --Teori paling logic dan boleh dipercayai.... NOTA PENULIS : INI ARTIKEL TERAKHIR SAYA KETIKA HANGATNYA ISU MH INI, 1. Saya sudah update blog saya pada 11 Mac, apa yang saya tulis dalam artikel pesawat MH370 sebelum ini memberi manifesasi kepada pembaca bahawa kononnya pesawat telah jatuh sebab ditarik masuk oleh dimesi lain, kalau di baca pada artikel itu, tidak ada satu ayat pun yang merujuk kepada perkara tersebut. 2. Pada perenggan 4, artikel lama tersebut, saya member...

60 Tan Bahan Bakar Di Dalam MH370!!

Imej
Pesawat mampu sampai ke lokasi dua objek Kuala Lumpur: Pakar penerbangan yakin pesawat penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu mampu sampai ke lokasi dua objek terapung dikesan satelit di selatan Lautan Hindi kerana mempunyai simpanan bahan api yang mencukupi. Dengan jangkaan membawa bahan api kira-kira 60 tan, pesawat itu mampu terbang jauh sehingga lapan jam termasuk simpanan minyak tambahan. Berdasarkan lokasi penemuan objek berkenaan yang terletak kira-kira 2,500 kilometer dari Perth, Australia, pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu sudah terbang kira-kira 7,000 kilometer dari kawasan Pulau Perak, iaitu lokasi terakhir pesawat itu dikesan radar tentera. Diandaikan kelajuan maksimum pesawat itu lebih 900 kilometer persegi, pesawat berkenaan mengambil masa hampir lapan jam untuk tiba di lokasi dua objek berkenaan ditemui sebelum kehabisan bahan bakar. JURUTERA pesawat Tentera Udara Diraja Australia melihat kawasan perairan yang menjadi lokasi...