Catatan

Datuk Ustaz Haji Abu Bakar Chik Meninggal Dunia

Imej
KREDIT SUMBER; MALAYSIAKINI   23 Jun 2014 Kereta terbakar, Abu Bakar Chik meninggal dunia Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dilapor meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh Raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi. Beliau, 64, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya Hasmizi Hasan, 18, cedera, lapor portal berita PAS, Harakahdaily.   Portal itu melaporkan kereta yang dinaiki Abu Bakar melanggar sebuah van yang dinaiki enam penumpang. Laporan itu juga menyebut, sejurus selepas Abu Bakar yang juga pengerusi lajnah Pendidikan PAS Pusat dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki mereka itu terbakar. Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan. Bekas exco kerajaan negeri Terengganu itu meninggal seorang isteri Toh Puan Zaitun Salleh dan lapan Orang - lima lelaki dan tiga perempua...

OKU Dikurung! Apa Teguran Wardina?

Imej
  Selebriti, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot  Selebriti terkenal, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot - melalui laman Instagramnya, berkata penemuan remaja lelaki OKU yang dikurung dan diabaikan ibu bapanya berpunca daripada kegagalan mendapatkan bantuan yang sepatutnya ekoran kelemahan polisi dalam memberi peruntukan kepada golongan tersebut. "Ini berlaku salah satunya berpunca daripada ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan," katanya dipetik daripada laman Instagram. Wardina yang merupakan salah seorang Ahli Majlis Perpaduan Nasional (MPKN) turut membandingkan peruntukan dan keistimewaan diberikan negara “kafir” kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU berbanding Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam. "Ya, itu negara kafir. Anak istimewa dan OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah. “Saya mahu bandingkan ba...

Ngeri! Ular Senduk Naik Kereta (Video)

Imej
Awas! jangan biarkan tingkap kereta anda terbuka walau pun kecil, terutama jika anda meletak kereta di bawah pkok atau pun ketika melalui jalan yang mempunyai pokok-pokok yang rimbun di kiri kanan jalan. Ini kerana seorang pemandu teksi di Bangkok menerima penumpang yang tidak disangka-sangka baru-baru ini. Ia adalah seekor ular senduk panjang yang terjatuh di atas teksinya sebelum menjulur turun ke cermin sisi bahagian pemandu. Kemungkinan besar, ular itu terjatuh dari mana-mana dahan pokok yang dilalui teksi tersebut. Ular itu kelihatan berhempas pulas untuk terus melilit dirinya pada kereta dan berada di kedudukan sangat hampir dengan pemandu. Mujurlah, cermin tingkapnya ditutup rapat. Ular itu kemudiannya menjulur ke cermin depan sebelum hilang dari pandangan. Bayangkan jika cermin tingkap bahagian pemandu terbuka ketika kejadian, tentu ular itu sudah berada di dalam teksi dan mematuk pemandunya…memang menakutkan kejadian ini…beringat-ingat sebelum kena. LIHAT VIDEO   ...

Kecurian Ketika Di Masjid Makin Menjadi-jadi

Imej
KALAU dulu-dulu, kes hilang selipar atau kasut selepas solat Jumaat adalah sesuatu yang biasa didengar. Pada waktu itu, mungkin ramai yang bersangka baik dengan menganggap ada insan yang tertukar selipar sewaktu mahu pulang. Namun, sekarang senarionya cukup berbeza. Solat Jumaat ternyata menjadi kesempatan oleh para penyamun untuk melakukan kerja keji mereka termasuklah memecahkan tingkap kenderaan bagi mengambil barang berharga di dalam kereta yang diletakkan di luar masjid. Terbaru, menerusi gambar yang dikongsi di Facebook Nescafeais.com, seorang warga emas mengalami nasib malang apabila kesemua tayar keretanya dicuri sewaktu sedang menunaikan ibadah solat. Ternyata pencuri tersebut mengambil kesempatan sewaktu semua jemaah berada di dalam masjid dan keadaan di kawasan tempat letak kereta juga sunyi. Mungkinkah selepas ini sukarelawan atau polis perlu bertugas menjaga kawasan letak kereta masjid setiap kali solat Jumaat bagi menghalang jenayah sebegini daripada terus berleluasa? ...

Rahsia Segitiga Bermuda Dibongkar Jin Islam!!

Imej
Perhatian : Maklumat dalam artikel ini adakalanya diluar kotak pemikiran biasa para pembaca. Jika mana-mana bahagian dalam artikel ini mengganggu ketenteraman, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan. JIN ISLAM BONGKAR RAHSIA SEGITIGA BERMUDA | Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua Malaikat beriman kepada Allah SWT, sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah SWT dan sebahagian yang ingkar. Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki pelbagai bangsa, puak dan keturunan. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran yang sama seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain Raja. dari sini terbentuklah Daerah, pentadbiran seterusnya adalah Negeri, dan terakhir menjadi Negara. Bukti kepada pernyataan diatas adalah berdasarkan: "Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api” (Surah ar-rahman : ayat 15) "Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (...

MH370 - Kehilangan Yang Disengajakan?

Imej
MH370 : KEHILANGAN KAPAL YANG DISENGAJAKAN | Kehilangan MH370 ‘disengajakan’, wujud ‘perkiraan’ (perancangan), kata juruterbang veteran‎. Dalam satu teori konspirasi terbaru mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, juruterbang komersial veteran dan wartawan penyiasat melihat insiden berkenaan merupakan tindakan yang “disengajakan” dan dalam “perkiraan, (perancangan)” lapor akhbar. The Huffington Post UK melaporkan, juruterbang komersial veteran, Ewan Wilson dan wartawan penyiasat Geoff Taylor menghabiskan masa selama berbulan-bulan menganalisis data saat akhir pesawat sebelum hilang bersama 239 penumpangnya. Mereka membuat kesimpulan, misteri kehilangan pesawat dan kegagalan sistem penjejaknya hanya boleh berlaku dengan tindakan yang disengajakan. Wilson, sebelum ini pernah bekerja dengan dua syarikat penerbangan turut berlepas ke Malaysia untuk menemuramah penyiasat dan saudara mara juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah. Mereka yang berasal dari New Zealand turut m...

Ibu Remaja OKU Dikecam Dalam FB

Imej
PETALING JAYA: Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah akaun Facebook yang dipercayai milik ibu mangsa dikongsi secara meluas di Internet. Akaun Facebook yang dipercayai milik ibu kepada remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah. Akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Imashima Lola’ dengan gambar profil ‘selfie’ wanita memakai tudung merah itu mula dikongsi di laman sosial sejak petang Ahad dengan pelbagai komen negatif. Antara komen pengguna Facebook di akaun milik wanita yang dipercayai ibu kepada Muhammad Firdaus Dullah. Kebanyakannya mengecam wanita berkenaan kerana berkelakuan tidak berperikemanusiaan terhadap anaknya sendiri dengan mengurung dan membiarkan remaja OKU itu hidup menderita bergelumang dengan tanah dan najis. Hasil pemeriksaan di akaun berkenaan juga mendapati terdapat beberapa keping gambar yang dipercayai mirip wajah mangsa, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui Jabatan Imigr...