Catatan

Bagaimana Seorang Remaja Yahudi Memeluk Islam

Imej
“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan.. Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba. Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad? Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. D...

Pendedahan Bekas Pegawai Agama Anwar Buat Dr Sidek Baba Sedar

Imej
(Paparan ini di tulis-siar pada April 2013 di blog INI ) Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata beliau agak terkejut dengan pendedahan seorang mufti yang pernah menjadi pegawai agama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir dalam pertemuan tertutup di rumahnya kira-kira pertengahan tahun lalu. “Di antaranya yang saya tanya adalah seorang mufti, yang pernah menjadi penasihat agama Datuk Seri Anwar. Beliau datang ke rumah saya dalam pertemuan tertutup rakan-rakan saya dalam ABIM dan simpatisme ABIM. “Siapa Anwar sebenarnya..saya agak terkejut. Jadi, saya tidak kutip pandangan-pandangan daripada orang biasa berkenaan Datuk Seri Anwar. Beliau penasihat agama Datuk Seri Anwar Ibrahim.” Beliau tidak menyatakan siapakah mufti yang juga bekas penasihat agama Anwar itu serta butiran pendedahan yang didedahkan kepadanya, namun difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dr Sidek yang bekas Setiausaha Agung ABIM t...

Maaf! Ini Kisah Remaja Baru Kahwin! Cuba Jangan Ketawa!!

Imej
Aku baru kawin & duduk dgn bini aku bdua. Aku ni ada tabiat suke mkn telo rebus. x tau la nape, sedap agaknye. Sejak aku kawin tabiat tu kurang sket sbb bini aku msak sedap2 tp dh lame gak la aku x pekena telo rbus ni. So, citernya bulan lps balik dr keje, kete aku rosak, aku cal bini aku n ckp aku balik lmbt sbb kena menapak. Sbb lapar sgt,masa otw tu, aku singgah kedai mkn.. ada telo rebus! apelagi..........., aku mkn nasi dgn telo rebus lah n order lg wat ratah. Sbelum balik aku bgkus lak, wat mkn smbil bjalan balik. kenyang yg amat, mklumla bls dendam sbb lama xmkn. Buke je pintu rmh, bini aku ckp "abg, ada 'surprise'.." smbil sengih2 dia tutup mata aku n ikat ngn kain hitam n pimpin aku ke meja makan. Aku pn duduk, dia siap pesan jgn try2 nk buka ikatan. Aku nk gi toilet sbb perut start buat hal, tp mls nk spoilkan 'surprise' bini. Aku pn tahan je le dulu.. Tetiba fon bini aku berbunyi, dia angkat n gi jauh dr meja. Aku agakl...

Dalam Masa 5 Tahun Sebagai MB, Apa Jasa Tan Sri Khalid?

Imej
   Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rizab simpanan Selangor kini melebihi RM3.3 bilion dengan nilai pelaburan lebih RM60 bilion sejak beliau menjadi Menteri Besar pada Mac 2008. Katanya, ia adalah hasil daripada tatakelola kerajaan yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab dan berintegriti, lapor Selangor Kini. Khalid berkata hasilnya banyak peluang pekerjaan dapat disediakan bagi belia dan golongan menganggur dengan infrastruktur di bandar dan di desa ditambah baik atau dinaik taraf. “Bekalan air bersih yang sentiasa diselenggara dan diberi percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan, ratusan juta ringgit disalurkan bagi kemajuan pendidikan di Unisel dan Kuis, di sekolah agama rakyat, kelas fardu ain dan al-Quran dan institusi tahfiz. “Tidak dilupakan, RM10 juta disalurkan saban tahun kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil,” katanya dalam ucapan perpisahan sebagai Menteri Besar. Abdul Khalid berkata hampir empat juta rakyat menikma...

Khalid Ibrahim Yang Dikagumi..

Imej
Abdul Khalid bersalaman dengan kakitangannya pada Sambutan Perpisahan Menteri Besar Ke-14 di Bangunan Kerajaan Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Isnin. 
- fotoBERNAMA  "SAYA berkhidmat lebih 30 tahun di Selangor, bawah beberapa menteri besar, saya tak pernah lihat majlis perpisahan sebegini," kata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang merasa bertuah dapat bekerja bersama Khalid. Beliau juga meluahkan kekaguman beliau melihat sambutan majlis perpisahan ini. Pada hari terakhirnya sebagai menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap menunjukkan beliau lebih banyak bekerja dari berpolitik. Bersama dalam majlis yang dimeriahkan lebih 200 kakitangan kerajaan negeri, Khalid menasihatkan mereka supaya bekerja keras tanpa memperdulikan drama orang politik. "Biarkan orang politik berperang. Biarlah ahli politik berlakon dan berdrama. Kita terus kerja. "Biar drama mereka jadi lawak jenaka yang akan d...

Azmin MB Baru Restu PKR, PAS Ucap Tahniah.

Imej
  KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, berkuatkuasa esok. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumkan perkara itu dalam surat pemberitahuan pelantikan kepada Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, hari ini. Salinan surat berkenaan diedarkan kepada pihak media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi. Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta pengurniaan surat cara pelantikan menteri besar akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok.  Azmin kemudiannya memberitahu pemberita bahawa pelantikannya sebagai menteri besar Selangor mendapat restu sebulat suara parti. Ini sekaligus melabuhkan tabir krisis pelantikan menteri besar Selangor. Azmin mengesahkan kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Tr...

Sah!! Azmin Ali Akan Mengangkat Sumpah Sebagai MB Selangor Yang Baharu

Imej
           Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut sumber, surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani sudah diterima Azmin. Azmin dikatakan sudah mengunjungi ibunya memohon restu sekaligus mengadakan kenduri kesyukuran di atas pengakhiran 'drama krisis Menteri besar' yang memihak padanya. Hari ini, 23 September, sekali lagi sejarah baru negeri Selangor akan. Sejauh mana Azmin selaku Menteri Besar yang baharu mampu meneruskan kecemerlangan Tan Sri Khalid. Rakyat pasti akan menjadikan prestasi Tan Sri Khalid sebagai kayu ukur keupayaan Azmin.  Di satu sudut yang lain, bagaimanakah rentak kepimpinan seorang menteri besar yang dilihat akan dibayangi secara langsung oleh mentornya - Penasihat ...