Catatan

Perimgatan Untuk Hati Yang Selalu Alpa

B uat renungan:  Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur  di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan per.ut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya. Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ. Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.  Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri. "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." ...

Yana Samsudin Pula Berhijrah

Imej
Jika baru-baru ini, Hanez Suraya mengambil keputusan untuk berhijab selepas dia pulang dari Mekah bersama suami dan anak tirinya, terkini Yana Samsudin pula tampil berhijab.   Yana tampil dengan imej baru itu melalui rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang disiarkan secara langsung. Malah penghijrahan Yana itu disahkan sendiri oleh suaminya Fadzil Zahari. Jom tengok gambar yang dikongsikan oleh Yana melalui laman Instagram yang mendapat respon baik daripada peminatnya. Klik gambar untuk size besar Read more:   http://www.myartis.com/2015/04/4-gambar-lepas-hanez-suraya-kini-yana.html#ixzz3YkCmf8I7

10 Makanan Paling Menggemukkan Di Malaysia

Imej
Ramai orang suka makan. Setiap orang sukakan makanan. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk? 1. Nasi Lemak Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak(mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak? 2. Roti Canai Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Lari 10 km dulu baru boleh makan lebih sikit!:) 3. Nasi...

Bahaya Mengungkit-ngungkit

Mengungkit-ungkit Pemberian Menghapuskan Pahala.Dan Akan Mendapat Dosa. Apakah hukumnya jika seseorang telah memberikan bantuan kepada seseorang kemudian dia mengungkit-ungkitkan pemberiannya kerana orang tersebut tidak dapat membantunya ketika dia pula susah? Jawapan : Salah satu perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah SWT adalah mengungkit-ungkitkan pemberian yang kita telah berikan. Mengungkit-ungkit akan menghapuskan pahala di atas amal soleh yang kita berikan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Tidak akan masuk syurga orang yang memperdaya, orang yang kikir, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.” (Hadis Riwayat Ahmad) Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan tidak akan masuk syurga iaitu : Golongan Pertama : Suka memperdaya orang lain (menipu) Golongan Kedua : Orang yang kikir (bakhil) Golongan Ketiga : Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian. Suka mengungkit-ungkit (pemberiannya) : Firman Allah yang bermaksud,"Hai oran...

Mudahnya Menjemput Rezeki

Imej
Assalamualaikum w.b.t . Semoga memberi menafaat kpd kita.. Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.  Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih "Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki"yg dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN. Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.  Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak usaha untuk menjemput rezeki. 1. Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah tmbh rakaat..makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi a...

Ada yang Kita Suka Tapi Mungkin Disisi Allah Sebaliknya

Imej
Bayangkan. Kita ada anak kecil. Umur 3 tahun. Satu hari. Kita tengah masak di dapur. Si anak ternampak pisau. Merengek-rengek dia menangis. Nakkan pisau jadi mainan. Agak-agak kita bagi? Tentu lah tidak, kan.6f Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak? Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan. Walaupun di mata anak. Pisau itu 'menyeronokkan' Tapi kita lebih tahu. Ia merbahaya untuk anak kita. Kita lebih tahu. Anak tidak tahu. Begitu juga. Kita dengan Allah. Kita 'merengek' nakkan sesuatu. Tetapi Allah tidak izinkan. Adakah Allah tidak sayangkan kita? Bahkan, kerana sayanglah. Kemahuan kita tidak diturutkan. Malah diganti dengan yang lebih baik. Kerana apa yang kita mahukan itu. Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita. Tapi tidak pada pengetahuan Allah. Allah lebih tahu. Kita tidak tahu. Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt.  SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati...

Latar Belakang Menantu Sultan Brunei Yang Ramai Tidak Tahu

Imej
Pada minggu lalu, Brunei menjadi perhatian antarabangsa apabila salah seorang anak kepada Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah iaitu Pengiran Abdul Malik telah melangsungkan perkahwinannya secara gilang gemilang. Pasangannya, Dayangku Raabi’atul Adawiyah binti Pengiran Haji Bolkiah turut menjadi perbualan ramai apabila tampil mempersona dengan persalinan mewah termasuk sepatu bertatah berlian dan perhiasan dari emas serta permata. Namun, selain dari kecantikkannya, tak ramai yang tahu bahawa Rabiaatul pernah menyertai pertandingan ratu cantik muslimah dan dinobatkan sebagai qariah terbaik dunia. Menurut laporan, pada tahun 2013, Adawiyah pernah menyertai pertandingan ‘Miss World Muslimah’ dan berjaya merangkul gelaran ‘The Best Muslimah Al-Quran Recital’ setelah berjaya memperdengarkan bacaannya dengan lancar. Ia turut diakui sendiri oleh suaminya, Pengiran Abdul Malik dalam satu luahannya terhadap Adawiyah. Jelasnya lanjut, isterinya itu sememangnya memi...