Catatan

Cara Kreatif Jika Ingin Bertemu Hantu Bila Menginap Di Hotel-hotel

Imej
Ramai yang takut hantu. Minta simpang Malaikat 44 kata mereka. Hakikatnya hantu itu makhluk halus dari kalangan jin. Macam-macam jenis dan nama mereka. Ada yang mengganggu, ada yang selamba sahaja.  Kalau ada yang minat dan suka hendak bertemu dengan hantu, cubalah cari hotel-hotel yang mempunyai ciri berikut. Baca paparan di bawah yang telah dipaparkan di blog JomJalan . Anda boleh membaca banyak lagi artikel menarik di blog itu DI SINI Hampir semua hotel di dunia ini berhantu. Tetapi beberapa cara mengurangkan peluang anda berjumpa dengan makhluk ini. Bukan apa. Seperti anda, makhluk ini juga perlu katil untuk berbaring, cermin untuk bersolek dan sambungan internet untuk emel. Kalau dulu mereka cuma mengetuk bilik, kini mereka sudah pandai mendail telefon anda pada waktu malam. Apabila anda datang ke bilik mereka dengan 3 anak yang asyik bergaduh, anda yang sebenarnya mengganggu mereka. Gunakan 5 tip hotel di bawah untuk mengurangkan peluang diganggu di hotel sewakt...

Kenapa Huruf Pada Papan Kekunci (Keyboard) Tidak Teratur?

Imej
Papan kekunci atau “keyboard” adalah tidak asing lagi sejak komputer telah diperkenalkan. Kalau dulu mungkin hanya di pejabat-pejabat, tetapi kini samada di universiti, di sekolah dan juga di rumah, papan kekunci amat diperlukan. Malah, di setiap telefon juga perlukan papan kekunci. Tetapi, kenapa ya? susunan huruf-huruf pada papan kekunci disusun tidak teratur sedemikian rupa? Papan kekunci muncul pertama kalinya masih dalam bentuk mesin taip pada tahun 1868. Ia diperkenalkan oleh Christopher Latham Sholes. Mesin taip ini masih diperingkat asas, masih menggunakan tangkai-tangkai besi untuk mencetak huruf pada kertas putih. Ketika ia mula dicipta, susunannya masih mengikut turutan abjad ABCD. Ia memudahkan pengguna mencari huruf dan mengeja. Kerana terlalu mudah, para pengguna sangat cekap menggunakannya. Tetapi, itu bukanlah sesuatu yang bagus kerana tangkai-tangkai besi untuk mencetak huruf seringkali tersangkut antara satu dan lain kerana bergerakan yang sa...

Mengejutkan!! Ayam Goreng Yang Dipesan, Tikus Goreng Yang Dapat!!

Imej
Walaupun kes ini berlaku di Amerika Syarikat, KFC Malaysia juga mungkin terkena tempiasnya. Apa yang penting, semua pemilik restoren di negara kita perlu bertanggung jawab. Pastikan semakan hidangan dibuat sebelum menghidangkannya kepada pelanggan. Tetapi berapa ramai pekerja yang mempunyai jiwa yang peka. Bukan mudah pula melatih mereka jadi orang yang sensitif dengan apa yang mahu dihidangkan kepada pelanggan.  Isu yang berlegar di sekitar makanan di restoran terlalu banyak. Pengguna sahaja yang menanggung risiko. Lihatlah gambar di bawah!! Kalau diperhatikan - tidak mungkin daging ayam ada 'ekor' CALIFORNIA - Seorang pelanggan restoran makanan segera popular, Kentucky Fried Chicken (KFC) terkejut menemui makanan yang dipesannya itu merupakan seekor tikus goreng. Devorise Dixon, memuat naik video dan gambar penemuan yang mengejut itu di laman Facebook dan kini telah tersebar di seluruh dunia sehingga menimbulkan perasaan panik terhadap pelanggan restoran itu. ...

Bandar 'Orang Putih' Tapi Ada Wanita Melayu Jadi Pemandu Bas - Perth, Australia.

Imej
Siapa yang pernah ke Perth Australia akan melihat keunikan bandaraya yang merupakan  ibunegeri kepada Australia Barat ini. Mengikut WIKIMAPIA - statistik bancian penduduk pada tahun 2006, Bandaraya Perth, adalah bandaraya terbesar yang terdapat di negeri Australia Barat dengan bilangan penduduknya yang mencapai 1,507,900.  Bandaraya Perth juga merupakan tempat kediaman kepada tiga perempat daripada keseluruhan penduduk Australia Barat. Ianya antara kawasan perbandaran keempat terpadat Australia. Perth yang mengalami kadar pertumbuhan pesat iaitu pada kadar 2% diasaskan pada 11 Jun 1829 oleh Kapten James Stirling.  Pada mulanya bandaraya ini dijadikan pusat politik untuk penduduk bebas Koloni Sungai Swan. Bermula dari situ Perth menjadi pusat pentadbiran untuk kerajaan Australia Barat sehinggalah ke hari ini. Perth [kawasan metropolitan] adalah terletak di Barat Daya benua Australia iaitu di antara Lautan Hindi [pada sebelah kiri] dengan cerun pantai rendah yang...

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Anda Patut Tahu

Imej
Pak Lang baru dimaklumkan oleh seorang penulis / pemilik blog berikut mengenai blog beliau iaitu jomjalan.com . Menarik sangat blognya. Pak Lang pun ada cita-cita hendak memaparkan cerita atau bahan seperti yang beliau titipkan. Sangat memberi informasi dan kreatif dalam membuka bicara yang mendorong kita klik pada tulisannya.  Pak Lang menghargai keterbukaan beliau membenarkan Pak Lang mengambil dan memaparkan perkongsian beliau untuk dimuatkan di dalam blog suaramuhajirin313 ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati beliau dan kita semua.  Paparan berikut dengan tajuk di atas diambil dari blog beliau. Boleh baca macam-macam perkara yang beliau tuliskan dalam blognya. Alhamdulillah Pak Lang bersyukur kerana Pak Lang dapat rasakan baru bertemu kenalan baru - kenalan alam maya.. Semoga Allah izinkan bertemu dengannya nanti. Anda minum air dari gelas bilik hotel? Eiii … Pengotornya ! Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau...

Rupa-rupa Sudah Puluhan Kali Sabah Kena Gempa Bumi

Imej
Map data ©2015 AutoNavi, Google Imagery ©2015 TerraMetrics Terms of Use Map Satellite a day ago   6.0 magnitude , 10 km depth   Ranau ,  Sabah ,  Malaysia 3 months ago   5.6 magnitude , 24 km depth   Jolo ,  Sulu ,  Philippines 5 months ago   5.5 magnitude , 11 km depth   Sitangkai ,  Tawitawi ,  Philippines 7 months ago   4.4 magnitude , 43 km depth   Tarakan ,  Kalimantan Timur ,  Indonesia 7 months ago   4.6 magnitude , 14 km depth   Kudat ,  Sabah ,  Malaysia about a year ago   4.7 magnitude , 17 km depth   Ranau ,  Sabah ,  Malaysia 2 years ag...