Catatan

Keberkatan Tetamu Yang Ramai Tak Sedar

Tetamu Membawa Berkat Ada seorang lelaki yang senang kedatangan tamu. Namun isterinya menunjukkan sikap sebaliknya. Setiapkali ia membawa tamu ke rumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik. Orang itu mengeluhkan keadaan ini kepada Rasulullah saw. Mendengar itu,  Rasulullah saw bersabda, "Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah saw dan beberapa orang sahabatnya akan bertamu ke rumah kita." Rasulullah saw berpesan kepada orang itu, "Katakan kepada isterimu supaya ia memerhatikan tamu pada saat keluar rumah." Isteri laki-laki itu melakukan apa yang diperintahkan Rasulullah saw. Pada saat tamu masuk, ia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak dan pada saat keluar mereka membawa keluar ular dan kala jengking yang begitu banyak. Rasulullah saw bersabda,  "Kedatangan tamu  ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana." Dengan m...

Pulau Pisang Adalah Sah Milik Malaysia - Pastikan Tidak Terlepas Ke Tangan Negara Lain

Imej
BARU-BARU ini, Malaysia digegarkan dengan isu sem­padan negara yang bolos dan tidak dikawal rapi. Bagaimana pula dengan pulau-pulau di perairan ki­ta? Adakah pulau-pulau ini di bawah pengawasan kita sepenuhnya? Pulau Pisang adalah sebuah pulau kecil di pantai barat daya Johor yang dikelilingi perairan Selat Melaka. Terdapat sebuah rumah api yang dibina di atas pulau yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Pontian Kecil dan lima kilometer dari Benut ini. Sehingga kini, rumah api ini diselenggara oleh Lembaga Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura. Terdapat keresahan bahawa sekiranya keadaan ini berlarutan, mungkinkah Pulau Pisang akan menjadi Pedra Branca kedua? Selat Melaka antara laluan per­kapalan tersibuk di dunia. Bagi me­mastikan kelancaran pelayaran, pihak British telah membina sebuah rumah api di puncak Pulau Pisang pada 1914. Selama lebih seabad, rumah api Pulau Pisang berfungsi sebagai instrumen bantuan pelayaran bagi kapal-kapal yang menuju ke arah bukaan barat...

NASA Jumpa Makhluk Bawah Tanah, Adakah Itu Yakjuj dan Makjuj?

Imej
WASHINGTON: Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam .. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka B...

LAGU HARI RAYA

Imej

Ramadhan Telah Berlalu

Imej
Ya Allah… Tuhan telah sering kuterdengar Tentang kebesaran bulan ramadhan Di dalam Al-Qur’an dan sabda junjungan Hanya aku yang sering melupakannya Di bulan yang mulia ini Laut pengampunanMu tiada bertepi Rahmat dan nikmatMu tiada terbilang Syurga terbuka dengan seluasnya Tuhan kusedari kelemahan diri ini Yang tidak istiqamah dalam beribadah Ramadhan berlalu ibadah pun berulangan Begitulah diriku yang sering kelalaian Semoga di ramadhan kali ini Dapat kuperbaiki kelemahan diri Akan kucoba mendidik nafsuku Agar subur kehambaanku terhadapMu Lailatul qadar pasti menjelma Buat mereka yang menunggunya Para malaikat merendahkan sayapnya Meratakan meski untuk semua Bimbinglah aku menuju jalanMu Tingkatkan iman dan ketaqwaanku Agar baktiku tetap padaMu Biarpun ramadhan telah berlalu

Apek Ini Hanya Naik MRT, Berpakain Seperti Biasa Sehingga Sebuah Akhbar Dedahkan Identitinya

Imej
APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura. Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya. ‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan. Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura. Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura. Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat. Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat. Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumba...

Puasa Untuk Allah

Dari Abu Hurairah r.h., Rasulullah s.a.w. bersabda : Semua amalan Anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku (sendiri yang) akan membalasnya.  Mengapa disebut “puasa itu untuk-ku” sedangkan Alah swt tidak berhajat (perlu) dan tidak pula mengambil sebarang faedah daripada amalan-amalan kita? Allah swt bukannya akan menjadi lebih berkuasa atau lebih besar disebabkan kita berpuasa. Puasa itu untuk-Ku” Hakikatnya, semua amalan adalah untuk faedah kita sendiri, Allah tidak mengambil sebarang faedah pun dari amalan kita samada amalan yang wajib atau yang sunat. Disebut puasa itu untuk-Ku” kerana, puasa adalah merupakan satu ibadah yang tersembunyi dan tiada pengecaman, sehinggakan seseorang itu boleh berpura-pura berpuasa ketika berada di hadapan orang, atau boleh juga tidak berpuasa ketika bersendirian, tiada siapa yang boleh mengecamnya.  Bagi ibadat lain ada pengecamannya, seseorang yang sedang rukuk atau sujud boleh dicam, seh...