Catatan

Kisah Benar - Azab Anak Derhaka Menempuh Sakaratul Maut

Imej
Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu. “Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.” Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya...

Betulkah Kita Wajib Mempunyai Rasa Hamba Di Hati

Rasa hamba? Macam baru dengar saja istilah ni!!  Nak rasa kat mana? Macamana nak buat rasa-rasa ni? Kenapa kena ada rasa hamba?  Kenapa hendak hinakan diri pulak? Bukankah Allah telah muliakan anak Adam? Kena hinakan diri sendiri?  Macam hamba abdi ke? Ya demikianlah persoalan bagi sebahagian orang yang jahil. Tidak tahu tapi tak mahu belajar! Tak reti tetapi sombong nak mengaku. Islam ini agama dari Allah yang disampaikan kepada kita oleh seorang Rasul yang luar biasa peribadinya. Rasul ini mengajar kita supaya kekal mempunyai rasa hati seorang hamba yang hina. Rasul tak ajar kita sombong dan ego. Rasul mengajak kita kepada merendah diri, mengaku kita bersalah dan rasakan kita hina kerana pada diri masing-masing ada tempelan dosa yang menjijikkan. Tetapi hari ini tidak ramai yang tahu nak mengajar cara menghina diri depan Allah dan merendah diri di depan sesama manusia. Hanya Rasul dan para kekasih Allah sahaja yang tahu melakukan teknik membina rasa ...

Kisah Kak Lina Peniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Jana Pendapatan RM3500 Sebulan

Imej
Pada asalnya wanita yang dikenali sebagai Kak Lina ini hanya bekerja makan gaji tetapi mengambil keputusan berani hanya menjual nasi lemak ditepi jalan. Seorang wanita yang tinggal berdekatan dengan tempat perniagaan Kak Lina ini berkongsi kisah bagaimana dia boleh menjana pendapat sehingga RM3500 sebulan! Alahai, yang peliknya ia bukan masakan daripada air tangan Kak Lina sendiri. Nak tahu macam mana? Jom kita ikuti kisah ini. Hanya Bekerja 5 Jam Sehari KISAH KAK LINA. Berpendapatan RM3500 sebulan tanpa masak nasi lemak! Hanya bekerja 5 jam sehari. Kak lina berniaga nasi lemak di depan rumah saya hampir 5 tahun lalu. Dia pernah bekerja makan gaji tetapi sekarang dia mengambil keputusan berani menjual nasi di tepi jalan. Yang bestnya, nasi lemak dan segala mala lauk yang diniagakan adalah bukan dimasak sendiri. Rupa rupanya, dia mengambil semua dari kakaknya yang mempunyai warung nasi lemak. Kuih muih diambil daripada homebaker. Siapa kata na...

Tan Sri Muhyiddin Punyai Harga Diri Yang Tebal

Imej
PERGHH…..!!! HARGA DIRI TAN SRI MUHYIDDIN TEBAL TIDAK BAKAR KELAMBU KERANA MARAH PADA NYAMUK PAK NIL Kuala Lumpur Selebriti Datuk Aznil Nawawi memuji sikap yang ditonjolkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tenang dan tidak berdendam walaupun digugurkan dari Kabinet. Aznil berkata, sikap positif yang ditunjukan Muhyiddin itu telah mengangkat darjatnya dari Pemimpin yang digugurkan kepada Pemimpin yang dihormati Kalau bukan calang-calang pemimpin, dendam amarah pasti dibakar terutama ketika mengetahui sokongannya kuat ketika ini, katanya menerusi laman sosial Instagram. Aznil yang lebih mesra dipanggil Pak Nil juga memuji sikap Muhyiddin yang masih lagi tebal dengan harga diri. Tabik pada TSMY kerana ketika manusia mula lupa peradaban, beliau masih tebal dengan harga diri. TSMY tidak membakar kelambu hanya kerana marah pada nyamuk sebab kebakaran kelambu boleh marak sehingga membakar rumah. TSMY, anda tak kalah bila mengalah. All...

Gempar!! Gambar Terbaru MH370 Dikesan Satelit Terapung Di Lautan

Imej
MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-13 pada Khamis, menyaksikan pelbagai pihak tampil dengan teori dan gambar kononnya yang diperoleh menerusi rakaman satelit menunjukkan lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan hilang.  Terbaharu, satu lagi imej dimuat naik dengan mendakwa bayangan dalam air yang dirakam oleh satelit merupakan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.  Berbeza dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui.  Pesawat tersebut kini didakwa berada di dalam lautan di Selat Melaka iaitu lokasi terakhir penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dikesan radar tentera.  Bagaimanapun tiada pihak yang tampil membuat pengesahan mengenai ketulenan gambar tersebut. SUMBER:

8 Prinsip Kejayaan Steve Jobs

Imej
Orang luar biasa ada ciri luar biasa. Orang biasa hanya ada yang biasa-biasa.  MOTIVASI : 8 PRINSIP KEJAYAAN STEVE JOBS,PENGASAS JENAMA SMARTPHONE APPLE INC Azlan Rumadi Steven Paul "Steve" Jobs merupakan anatara nama yang menjadi inspirasi dunia pada masa sekarang.Beliau ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat juga merupakan pengasas, pengerusi , dan juga bekas CEO kepada Syarikat Pengeluar smartphone yang mempunyai empayar yang besar di dunia APPLE INC. Steve Jobsjuga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau juga merupakan penerbit eksekutif dalam filem Toy Story Pada 5 Oktober 2011 kita dikejutkan dengan berita pemergiannya.Pemergiannya merupakan kehilangan besar dalam pemain peranan industri teknologi gadjet yang sangat berpengaruh. Steve Jobs banyak menjadi inpirasi kepada ramai...

Sedekah Dari Usahawan

Imej
Salam sejahtera... Pada artikel ini dikongsikan hasil nukilan seorang usahawan yang menggunakan media internet sebagai landasan utamanya untuk menjalankan perniagaan. Beliau (gambar di atas) ialah bernama Eruwan Gerry Norsen. Beliau terkenal dalam bidang penulisan, motivasi dan usahawan lelongan online. Berikut adalah hasil penulisan beliau berdasarkan tajuk di atas : Pemberian sedekah merupakan satu amal ibadah yang dituntut di dalam Islam. Pahala yang diberikan Allah S.W.T amat besar sekiranya kita mampu memberikan sedekah dengan hati yang ikhlas, lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Ganjaran perbuatan sedekah yang ditawarkan pada bulan mulia ini hanya Allah S.W.T yang mengetahui nilainya. Di dalam ruangan artikel pada kali ini, saya ingin mengambil peluang untuk berkongsi cara bagaimana anda boleh memasukkan elemen sedekah di dalam bisnes internet seharian anda. Mari kita mulakan... 1. Sedekah Barang Fizikal Sekiranya anda merup...