Catatan

KEM MOTIVASI ALA MADRASAH NOVEMBER 2015!!!!

LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS mempunyai kepakaran menyelesaikan masalah ibubapa yang mempunyai anak-anak tidak mendengar cakap, malas dan tidak fokus. Apa yang terjadi ketika ini, ibubapa hanya mampu menangis, sedih dan kecewa melihatkan anak-anak di depan mata mereka berubah sedikit demi sedikit menjadi anak yang hilang potensi diri, bermasalah dan terlibat dengan pelbagai gejala negatif.  LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS tampil menawarkan usaha ikhtiar mengubah anak-anak agar sedar tentang potensi diri, bersikap serius mengenai solat 5 waktu, cintakan ilmu, menyayangi ibubapa dan guru-guru, berakhlak mulia serta memulakan usaha membaiki / meningkatkan diri menjadi anak / remaja yang menyejukkan hati ibubapa / guru!!  LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS menawarkan: KEM MOTIVASI ALA MADRASAH NOVEMBER 2015!!!! (Tempat Terhad - Daftar segera untuk masa depan anak anda!!) Moto Kem ini ialah "Sebaik-baik bekalan ialah rasa takutkan Allah!!"   Ianya Menarik, Berilmu, Ceria Dan M...

Apa Yang Berlaku Bila Selalu Ingat Mati?

Imej
Mereka yang sering memikirkan tentang mati akan mula membuat perubahan pada hidupnya dengan mengutamakan yang lebih utama. Mereka yang sering memikirkan mati juga akan menjadi lebih sihat dari segi fizikalnya.  Walaupun kita sekadar mengingati mati dalam keadaan separa sedar, ia mampu membuatkan perubahan positif pada diri kita dan mendidik sifat ingin membantu orang lain. Antara cara menimbulkan perasaan ingat mati secara separa sedar adalah dengan berjalan di kawasan perkuburan, menziarahi orang mati, mengiringi jenazah, menguruskan jenazah dan lain-lain seumpama dengannya. Ringkasnya hasil yang positif dari mengingati mati itu menolak persepsi masa lalu bahawa mereka yang ingat mati akan menjadi tidak produktif dan membunuh cita-cita.  Berapa kali kita ingat mati dalam satu hari? Apakah bagus bagi seseorang yang sentiasa mengingati mati. Adakah orang yang sentiasa ingat mati akan menjadi tidak produktif dan mula berteleku di tikar sembahyang menunggu s...

Hadis Qudsi Yang Sangat Menggetar Jiwa

SubhanAllah... best petikan ini... Saya telah membaca hadis ini maka mengalirlah kedua air mata, memohon kepada Rabbi agar dpt disampaikan perkara ini kepada semua yg saya sayangi.  Hadis kudsi yang menggetarkan segenap tubuh serta menunjukkan kebesaran Sang Pencipta. Allah swt berfirman : Wahai anak adam .. Aku jadikan engkau dalam perut ibumu, dan aku tutup wajahmu dengan penutup supaya tak lemas/ terhidu engkau dalam rahim. Dan Aku jadikan engkau tenang dilindungi disebalik rahim ibumu. Aku cukupkan bagi engkau makanmu. Dan Aku jadikan di samping kanan dan kirimu tempat berpaut. Di kananmu hati (liver) dan di kirimu hempedu (spleen) ibumu. Setelah itu, Aku ajarkan engkau utk tetap dan duduk di dalam badan ibumu. Adakah yang lain selain dariKu yang mampu menjadikannya sedemikian?? Setelah berakhir penciptaanmu dan disempurnakan kejadian mu, aku arahkan kerajaanKu dengan penuh kasih dan sayang utk mengeluarkanmu dari rahim, maka dikeluarkanlah dirimu. Tiada bagimu gigi utk menguny...

Kisah Iktibar Yang Menggugah Jiwa - Menitiskan Air Mata

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar. Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut. Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu, "Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?" Mereka berkata: "Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina." Sultan bertanya kepada beberapa...

Kenapa lelaki Perlu Bersimpati Terhadap Wanita?

Imej
Kita bersimpati dengan kaum wanita. Banyak hal yang mencabar berkaitan dengan nafsu, akal dan ehwal fizikal mereka. Mereka diciptakan Allah dengan penampilan lemah lembut dan bersahaja. Anehnya kerana di sebalik itu, wanita juga mempunyai kekuatan luar biasa. Bayangkan proses melahirkan anak pun sudah cukup membuktikan hal ini.  Wanita yang ditinggalkan suami masih sanggup menanggung dan membesarkan anak-anak dengan kudrat tulang empat kerat. Gigih dan penyabarnya mereka sudah diakui oleh semua. Jiwa yang kuat dalam menghadapi ujian atau kesulitan hidup menjadikan mereka gagah menongkah derita.  Dalam pada itu, wanita - secara semula jadi berperanan hamil dan melahirkan anak. Maka dalam banyak hal terdedah dengan risiko kesihatan yang lemah, jatuh sakit atau tidak sihat. Penjagaan kesihatan terutama selepas bersalin memang sangat penting diberi perhatian. Tidaklah boleh dilakukan sambil lewa. Para ibu tradisional sangat serius menjaga dan merawat diri sendiri. ianya ...

Antara Madu Asli Dan Tiruan

Imej
Madu lebah merupakan makanan tambahan yang wajar menjadi amalan seisi keluarga. Bukan mudah mengumpulkan nektar madu dari berjuta bungaan. Semuanya dilakukan sang lebah yang Allah ciptakan untuk menghasilkan madu. Madu hanya untuk pengubatan dan penyembuhan bagi manusia. Pengalaman Pak Lang, madu asli tidak digemari lalat. Kerap kali tumpahan madu atau lelehan madu asli tidak dikerumuni semut sedangkan jika madu yang bercampur gula, pasti ada semut yang menghurungi bahkan masuk ke dalam botol berkenaan.  Soalnya - Bagaimanakah kita ingin mengetahui bahawa satu-satu madu itu 100% madu asli atau telah dicampur atau memang bukan asli? Madu tiruan adalah bermaksud sama ada madu asli dicampurkan dengan ”gula” - peratusan kebiasaan 30% madu asli dan 70% gula. Gula ini boleh jadi , glukosa, dextrosa , molasses (produk dari pemprosesan dari tebu,anggur atau bit gula), sirap jagung , sirap gula , invert sugar (campuran glukosa dan fruktosa), tepung , kanji atau mana-mana prod...

Doktor Lelaki Di Bilik Bersalin - Apa Yang Mereka Lakukan?

Imej
Apa yang masyarakat perlu tahu tentang isu doktor lelaki di wad bersalin: 1) Subjek Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) merupakan subjek wajib dalam bidang Perubatan. Bagi pelajar perubatan di seluruh dunia (bukan sahaja di Malaysia), bidang O&G adalah subjek besar yang wajib dipelajari. Ia memakan masa sebulan atau lebih, bergantung kepada universiti. Kenapa subjek ini wajib dipelajari? Ini kerana bidang O&G adalah salah satu asas yang perlu dikuasai oleh seorang doktor. Mudah kata, jika doktor tidak menguasai bidang ini, dia tidak layak bergelar doktor. Bagi melengkapkan pelajar perubatan dengan ilmu ini, dia akan didedahkan dengan pelbagai rawatan dan pengurusan pesakit, antaranya termasuklah cara-cara memeriksa ibu mengandung, melihat atau mengendalikan wanita bersalin, melihat kaedah calitan Pap (Pap smear) pada serviks, melihat pembedahan “Caesarean section” dan lain-lain lagi. Jika dia tidak didedahkan dengan perkara-perkara ini, pengetahuannya akan ter...