Catatan

Tidur Dalam Kereta Boleh Menempah Maut

BERIKUT catatan yang bermanfaat untuk semua; Siapa yang tulis tak pasti: Apa jadi pun, jangan la tidur dalam kereta masa kereta tgh idle/tak bergerak sebab ianya boleh membunuh. Dah banyak kes sebelum orang mati sebab tidur dalam kereta, tapi masih ramai yang buat jugak. Macam baru-baru ni area rumah aku black out. Aku tengok ramai orang keluar rumah, start enjin, duduk dalam kereta sebab konon-kononnya panas takde kipas dalam rumah. Alahai, panas ape la sangat. Lain kali standby satu kipas jepun. Paling senang amik suratkhabar buat kipas. Sama juga kat RnR highway especially waktu malam. Aku tengok ramai yang tido dalam kereta sambil engine dan aircond on. Tidur dalam kereta bahaya kalau: 1. Engine on, aircond on, tingkap fully tutup. 2. Engine off, aircond off, tingkap fully tutup. Bila engine on dan kereta idle dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas CO daripada ekzos boleh masuk ke dalam cabin penumpang. Ada dua cara CO membunuh, pertama ianya ak...

Terkejut Apabila Mengetahui Lelaki Yang Tolong Bayarkan Barang Keperluannya Telah ...........

Imej
Oleh Aimi Nordin.  Siapa yang tak gelabah apabila dah sampai kaunter pembayaran baru perasan dompet tertinggal di rumah. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita Jamie-Lynne Knighten apabila kad debitnya tertinggal di rumah dan jumlah yang perlu dibayar adalah RM 616.43. Barisan sudah semakin panjang, dan dia terpaksa batalkan pembeliannya ataupun minta juruwang simpankan dulu barang-barang tersebut sementara dia pulang ke rumah untuk mengambil kad debit tersebut. Walau bagaimanapun, seorang lagi pelanggan di situ melihat kesukarannya dan tanpa berfikir panjang, Matthew Jackson menawarkan diri untuk membayar. Matthew : Boleh saya bayarkan barangan awak ? Knighten keberatan untuk menerima kerana barang-barangnya banyak dan harganya juga mahal. Tetapi Matthew tetap berkeras ingin membayar dan tidak mengharapkan sebarang balasan. Hanya meminta Knighten buat perkara yang sama untuk orang yang memerlukan nanti. Matthew memberitahu Knighten yang dia bekerja d...

Jangan Keliru Tentang Kedudukan Nabi Sebelum Diutus Menjadi Rasul!!

Kebingungan dan kecelaruan fikiran umat Islam mengenai Rasulullah sebelum dilantik menjadi Rasul terbit daripada salah faham terhadap firman Allah: Apabila Dia mendapati engkau sesat, lalu Dia mengurniakan engkau hidayah petunjuk. (al-Dhuha: 7) Melafazkan ungkapan Rasulullah tidak beragama sebelum usia 40 tahun adalah satu penyimpangan yang nyata. Jika berkata demikian, seolah-olah kita membuka ruang kepada masyarakat umum menilai baginda dengan akal cetek dan andaian semata-mata. Barangkali ungkapan tidak beragama itu ada yang tersasar memaksudkannya sebagai atheis atau tidak menganut agama yang benar iaitu seorang musyrik.  Apabila kita menyatakan bahawa baginda tidak beragama sebelum dilantik menjadi nabi, itu akan membawa maksud baginda terdedah melakukan apa sahaja perbuatan maksiat yang mencacatkan maruah dan meruntuhkan moral kerana tiada pegangan yang menjadi benteng daripada melakukan perkara yang keji dan garis panduan bagi membezakan antara dosa dan pahala. Me...

Was-Was Dalam Ibadah

Seseorang yang terhinggap penyakit  waswas , pasti sangat tersiksa, kerana sebenarnya dia mengalami halusinasi, merasa terjadi sesuatu yang menimpa dirinya padahal tidak terjadi. Penyakit ini merata walaupun ianya tak dihebohkan. Walapu.   Umumnya was-was ini terkena pada individu yang mahu lakukan ibadah di tahap yang paling sempurna.   Keghairahan mahu buat yang sempurna terutama dalam ibadah diambil kesempatan oleh syaitan untuk mengganggunya dengan was- was.  Isunya pelbagai. Ikut di sudut mana individu berkenaan mahu serius. Maka di sudut itulah syaitan menyuntik rasa tak puas dan rasa tak sempurna dalam ibadah yang dilakukan.  Suntikan syaitan ini jadi semakin kuat bila individu berkenaan mula mahu mengikut hujjah syaitan. Mulalah was-was terjadi. Sekali terjadi, ianya akan berulang dan berulang dan berulang tak habis-habis!!  Terkadang lepas waktu solat, dia merasa dirinya kentut, seolah-olah ada perasaan keluar angin dari duburnya. Atau ada juga yan...

Ubati Penyakit Was-Was Dengan Ilmu Dan Keyakinan Kepada Allah!!!

 Seringkali kita bertemu dengan mereka yang terperangkap dengan was-was syaitan. Ianya berbagsi bentuk. Malah boleh dikatakan melucukan. Kita bersimpati dengan mereka. Bagi Pak Lang yg pernah mengalaminya - kasihilah mereka. Tolong dan bantu mereka untuk kembali menjadi manusia muslim yang normal!!! Jadi mari kita fahami  apakah sebenarnya was-was itu?  Was-was adalah bisikan syaitan, dia berharap dengan bisikan tersebut orang jadi malas melakukan ibadah atau malah justeru meninggalkannya. Ibnu Abbas RA berkata: “ Was-was adalah penyakit orang mukmin.” Maka, dari ucapan beliau kita boleh menyimpulkan 2 hal: 1-       Hanya orang mukmin yang akan terkena penyakit ini, maka jika anda mulai diganggu dengan bisikan-bisikan tersebut jangan larut dalam kesedihan apalagi putus asa. Justeru boleh bersyukur sebab ertinya anda adalah seorang mukmin. Kerana tentunya orang yang tidak ada iman di hatinya tidak akan peduli terhadap keabsahan ibadah apalagi kesem...

Kenapa Memberi Lebih Membahagiakan?

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul : "Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut...jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! Hehe...". Guru yang alim dan bijak itu menjawab : "Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamukan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang itu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun itu?" Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut. Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon. Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40an, bajunya basah dengan peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barang...

Madu Kelulut Hutan Dan Madu Tualang Hutan

KHASIAT MADU KELULUT HUTAN Menyihatkan Jantung, hati dan buah pinggang Menjaga kulit muka, bintik bintik hitam, jerawat, awet muda Menambahkan daya ketahanan tubuh badan Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Menguatkan Minda dan kecerdasan kanak-kanak Memulihkan batuk, cirit birit, lelah, luka dan parut. Baik untuk wanita mengandung dan selepas bersallin.  Mengurangkan kesakitan bila datang sengugut/haid Menginbangi kandungan lemak dan perlihara jantung Menstabilkan kandungan gula dalam darah Memudahkan proses penghadaman dan lawas Buang Air Bantu mengeluarkan Racun tubuh khas untuk para petani Untuk Penyakit Alser dan barah Sebagai pengganti syrup, gula, MSG (Penyedap rasa) Membantu tidur malam lebih awal dan nyaman Bantu mengurangi alergi tertentu Mencegah kerosakkan dan keguguran Rambut Bantu tumbesaran janin (fizikal,mental dan spiriptual) Mencegah tersumbatnya pembuluh darah penyebab utama stroke dan serangan jantung Mujarab bagi untuk demam tifoid Antioksidan Memelihara k...