Catatan

Pandangan Allah Atau Pandangan Manusia?

Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar dengan membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai memandunya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keldai tersebut.  Waktu manusia melihat keadaan tersebut, maka mereka berkata, "Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki." Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan manakala anaknya di belakang.  Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata, "Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat mati)." Luqman pun turun dari keldai dan anaknya sajalah yang berada di atas keldai itu. Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula, "Wah! Orang tua berjalan kaki dan puteranya memandu keldai."  Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh m...

Beruntunglah Orang-Orang Yang Dagang....

Imej
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Islam dimulai sebagai suatu (agama) yang asing dan Islam akan menyusut lagi (kembali) sebagai (agama) yang asing sama seperti waktu awal, dan Islam akan kembali terpusat diantara dua masjid (Mekah dan Madinah) sama seperti ular yang merayap kembali ke lubangnya (sarangnya). Agama Islam pada awalnya adalah asing, hanya Nabi Muhammad s.a.w. seorang sahaja, hinggalah ianya tersebar ke serata dunia. Ia bermula daripada kota suci Mekah dan Madinah dan akhirnya ia kembali ke sana juga. Islam juga akan menjadi kembali menjadi asing dan pada masa ini orang yang menjaga, memeliharanya, mentaatinya dan memperjuangkannya akan kelihatan asing (pelik). Namun mereka yang pelik inilah yang berbahagia lagi beruntung. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Isla...

Kisah Mualaf Dan Daging Babi

Imej
Pengalaman Dan Coretan Aliya (Mualaf) "Babi sedapkah?" "Apa rasanya?" "Mengapa orang Cina suka makan daging babi?" Apabila saya menceritakan kepada suami cara memasak 'Tao-Yu Bak' (Daging Babi masak kicap), resipi yang diwarisi daripada nenek saya, wajahnya akan berubah, geli gelaman dan loya. Biasalah orang Melayu, dibesarkan dari kecil untuk membenci babi. Tapi bagi saya yang hidup makan daging babi selama lebih 3 dekad, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sudah tahu tekstur daging itu, dan sudah boleh bezakannya daripada daging ayam serta lembu. Setiap kali juga, apabila ditujukan soalan tentang pemakanan daging ini oleh mereka yang baru memeluk Islam kepada mereka yang lahir Islam, kebiasaannya akan disuruh elak. Haram makan makanan tidak halal. Dosa besar. Tapi bagaimana nak elak makan sekiranya mualaf itu masih tinggal dan bergantung kepada keluarganya yang bukan Islam, serta sudah menjadi kebiasaan makan bersama?...

Sejarah Yang Perlu Kita Tahu - Kejatuhan Empayar Islam Di Andalus

Imej
Kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai kota Andalus pada tahun 711M sehingga ke tampuk kerajaan “Nasriyyah” atau “Bani Ahmar” yang mengakhirinya pada tahun 1492M, pernah melakarkan catatan pemerintahan Islam yang hebat. Tempoh tersebut hampir mencapai lapan abad! 800 tahun, suatu jarak yang seharusnya menjadi renungan buat masyarakat Islam di seluruh dunia. Tempoh tersebut membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalus. Ketika itulah dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang megah dengan munculnya tokoh-tokoh Islam kawakan seperti Ibn Hazm (994M-1064M), Ibn Rushd (1126M-1198M), Ibn Bajjah (1082-1138M), Ibn Zuhr (1091-1162M) dan ramai lagi. Termasuklah golongan elit Kristian yang dipimpin oleh filosof terkenal Thomas Aquinas (1225M-1274M) dan Maimonides (1135M-1205M), seorang ahli teologi yang pernah terkenal di Andalus ketika pemerintahan Islam, sedangkan beliau berbangsa Yahudi. Kejaya...

Erti Kemanusiaan Diterjemahkan Oleh Pengurusan Pasaraya TESCO

Imej

Teladan Bersedekah Tak Kira Pada Siapa - Manusia Atau Haiwan

Kisah mennyentuh hati.. • Never underestimate  Allahs mercy and power: # Jgn diperkecilkan kuasa Allah swt: #Ibu seorang pemuda dirawat di hospital. وأدخلت للعناية المركزه  #Ibunya dirawat di ICU. وفي يوم من الأيام صارحه الأطباء #Bbrp hari kemudian doktor berterus terang  بأن حال والدته ميؤوس منها وأنها في أي لحظة تفارق الحياة  #Keadaan ibumu tiada harapan semboh dan boleh meninggal dunia bila2 masa. وخرج من عند أمه هائما على وجهه  #Pemuda itu meninggalkan hospital dgn hati yg sedih mengenang sakit ibunya. وفي طريق عودته لزيارة والدته #Dlm perjalanan utk melawat ibunya sekali lg وقف في محطة البنزين  #Pemuda itu berhenti di stesen minyak  وهو ينتظر العامل ليضع البنزين في سيارته  #Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak رأى تحت قطعة كرتون قطة قد ولدت قططا صغاراً  #Pemuda itu terpandang seekor kucing bersama anaknya berteduh dibawah...

Inilah Akibat Tidak Beriman - Hidup Hilang Pedoman!! Kecewa Dijodohkan Dengan Wanita Kurang Cantik, Lelaki Ini Terjun ke Sungai

Imej
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” ( Bukhari Muslim) Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain. Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan. Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu. Photo: Copyright Thinkstockphotos.com Bagi sesiapa yang ingin menikah, te...