Catatan

Apa-apa Penyakit Pun Rawat Dulu Dengan Cara Ini

Untuk renungan.....perkongsian bersama..... Amalan ini dilakukan oleh 1 keluarga sejak sekian lama. Bila mana saja kami sakit, Perkara yg pertama kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari Allah. Insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang Allah. Kalau tak sembuh, pergi pada cara kedua iaitu baca Al-Fatihah 7 kali, tiup pada air dan minum. Alhamdulillah kami akan sihat. Tapi kalau kami tidak sembuh juga, kami akan pergi pada cara yg ketiga iaitu bersedekah. Bersedekah dengan niat pahalanya dijadikan asbab penyembuh sakit tu. Insyaallah akan sembuh. Kalau tidak sembuh, kami akan pergi pada cara yg keempat iaitu solat taubat dan istighfar. Sebab Nabi bgtau sakit ini salah satu asbab pengampunan dosa. Jadi kena banyak istighfar dan taubat. Kalau tak sembuh juga, baru pergi pada cara yg kelima iaitu makan madu dan habbatussauda. Dan yg keenam iaitu tumbuhan dari bumi seperti bawang putih, zaitun, halia dsb.. Dan alhamdulillah, ...

Guru Meninggal Ketika Dendangkan Lagu Sempena Sambutan Hari guru

KARAK – Kemeriahan sambutan Hari Guru semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak berubah menjadi sedih apabila seorang guru meninggal dunia ketika mendendangkan sebuah lagu di hadapan murid-murid. Cinta Kristal nyanyian Rahim Mahroof, itulah dendangan terakhir yang dibawa seorang guru yang bernama Norilhal Ali Ilhal yang secara tiba-tiba rebah ke lantai dan disahkan telah meninggal dunia semasa beliau dibawa ke klinik berdekatan. Seorang sahabat yang juga merupakan guru di SMK Karak yang enggan dikenali berkata dirinya tidak menyangka Allahyarham pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya dan kehilangannya amat dirasai oleh guru-guru serta murid-murid di sekolah tersebut. Menurutnya, persembahan itu merupakan nyanyian pertama dan terakhir dipersembahkan di khalayak ramai. “Semalam saya melihat Cikgu Norilhal begitu gembira dan seronok menyambut Hari Guru. Paling saya tidak boleh lupa gelagat dirinya bermain dalam acara sukaneka. “Paling mengejutkan apab...

Pesawat Egypt Air Hilang Di Laut Mediterranean

Imej
Satu lagi pesawat komersil hilang dari radar. Sebelum ini MH370 Penerbangan Malaysia hilang tanpa diketahui hingga hari ini. Mal Pesawat Egypt Air yang membawa 69 penumpang berlepas pada jam 11 malam dari Paris menuju Kaherah. Pesawat ini terbang pada ketinggian 37,000 kaki dan tidak dapat dikesan dalam radar pada jam 2.45 pagi (waktu tempatan) pada jarak 400 km dari Kaherah. Hingga pagi ini belum dapat dipastikan apa yang berlaku.  EgyptAir has confirmed that Flight 804, traveling from Paris to Cairo, has disappeared. 59 passengers and 10 crew members were report

Kisah Tuntutan 'Faraid' Yang Tidak Berhati Perut

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila - al Maraaya, tv alhijrah). Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri. Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya.. Apab...

Sayyidah Khadijah Menguji Jibril

Imej
Sayyidah Khadijah merupakan isteri Rasulullah saw yang pertama . Sayyidah Khadijah mempunyai tempat yang istimewa di hati Rasulullah saw.  Sayyidah Khadijah berkata kepada Rasulullah saw :"Dapatkah Rasulullah memberitahu atau mengkhabarkan kepadaku apabila Jibrail datang nanti?"  Jawab Rasulullah saw :"Boleh"  Apabila Jibrail datang bertemu Rasulullah. Rasulullah saw pun memberitahu kepada Sayyidah Khadijah. Lalu Sayyidah Khadijah meminta Rasulullah saw duduk di peha kanannya. Lalu permintaan itu dituruti oleh Rasulullah saw. Lalu Sayyidah Khadijah bertanya lagi adakah Rasulullah saw masih dapat melihat Jibrail.  Maka Rasulullah saw menjawab :"Ya" .  Kemudian , Sayyidah Khadijah meminta Rasulullah saw duduk di peha kirinya pula. Lalu permintaan itu dituruti oleh Rasulullah saw. Lalu Sayyidah Khadijah bertanya lagi adakah Rasulullah saw masih dapat melihat Jibrail. Maka Rasulullah saw menjawab :"Ya" .  Kemudiannya, Sa...

Karamah Ummu Aiman - Ibu Angkat Baginda Nabi SAW

Imej
Gambar hiasan  Barakah adalah seorang gadis yang berasal dari Habsyah (Ethiopia). Pada asalnya Barakah merupakan seorang hamba yang didagangkan atau dijual di pasar. Namun, beliau diselamatkan atau telah dibeli oleh bapa Rasullulah saw iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib. Barakah telah diberikan gelaran sebagai "Ummu Aiman".  Berikutan pemergian Abdullah, bapa Rasullulah saw atas urusan perniagaan Barakah menjadi pembantu peribadi kepada isteri Abdullah,iaitu bonda Rasullulah saw iaitu Aminah binti Wahab. Apabila Aminah melahirkan Baginda Rasullulah saw, Barakah bertindak sebagai pengasuh dan penjaga kepada Rasullulah.  Setelah Aminah meninggal dunia, Barakah bersama-sama Rasullulah saw menetap di rumah Abdul Muttalib. Setelah baginda bernikah dengan Khadijah binti Khuwalid , Barakah turut mengikuti Rasullulah menetap di rumah Baginda. Hasil usaha Rasullulah bersama Siti Khadijah binti Khuwailid Barakah dinikahkan dengan anak angkat baginda Zaid bin Haritha...

Tidak Akan Masuk Neraka....

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."  Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."  Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."  Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritak...