Social Icons

Ahad, 3 Februari 2013

Kisah Si Tempang Dan Si Buta

Dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir ada dibawa satu cerita......

Ceritanya ialah berkenaan bagaimana pemimpin dan rakyat di bawa di hadapan ALLAH untuk dihitung amalannya, maka di saat mereka telah diputuskan masuk neraka, rakyatpun menyalahkan pemimpin kerana menyesatkan mereka, pemimpin membela diri bahawa mereka bukan menyuruh rakyat mengikut mereka. Kedua-dua pihakpun bertengkaran di hadapan ALLAH......salah menyalah antara satu sama lain.

Bagi menyelesaikan pertengkaran mereka itu, ALlah menyuruh Malaikat menyelesaikannya. Lalu Malaikat itupun bercerita kepada pemimpin dan rakyat, bahawa ada seorang buta yang masuk dalam satu kebun bukan miliknya, si buta itu tercium bau buah-buahan yang sedang masak dan berusaha mengambil tetapi tidak mampu, tidak berapa lama masuk pula ke dalam kebun itu seorang yang tempang kakinya. Kata si tempang "hai buta! kenapa kau tak ambil buah-buah yang sedap ni?", kata si buta "kan aku ni buta manalah nak nampak!" Kalau macam tu, aku naik atas bahu engkau dan petik buahnya, kerana mata aku tak buta, tak berapa lama buah-buah yang ranum telah mereka kecapi keenakannya, sedang kebun itu adalah kebun orang, bukan milik mereka berdua.

Malaikat bertanya kepada pemimpin dan rakyat "dalam kes ini, siapakah yang salah? si buat atau si tempang?" spontan pemimpin dan rakyat menjawab "kedua-duanyalah yang salah!!!, jadi kata Malaikat kamu pemimpin salah, dan kamu rakyat pun salah juga, jadinya kamu semua masuk neraka.


Persoalannya - apakah dosa kedua-duanya? Fikirkanlah!!


1 ulasan:

  1. kenapa kisah nie macam tak menarik dan menbosankan pula karangan nya macam ada yg tak kena

    BalasPadam

 

Sample text

Sample Text

Sample Text