Social Icons

Selasa, 22 Oktober 2013

Cukuplah Kematian Sebagai Peringatan Menginsafkan Kita - Proses Yang Berlaku Pada Tubuh Manusia Ketika Mati Dan Di Dalam Kubur


Kematian pasti terjadi kepada setiap yang bernyawa. Makhluk yang lain tidak ada pertanyaan atau pertanggungjawaban. Hanya manusia yang diberi peluang hidup di dunia dengan segala kenikmatan untuk akhirnya diminta menjawab pertanyaan demi pertanyaan. Ingatan kepada kematian sangatlah mencemaskan kita. 

Siapakah yang sudah bersedia mengadap Tuhan sedangkan diri merasakan dalam keadaan penuh dosa dan derhaka padaNya. Kalaupun kita melakukan ibadah dan kebaikan belum tentu ianya ikhlas kerana Allah. Justeru belum tentu diterima Tuhan. Lebih baik bimbangkan diri takut amalan tertolak daripada merasakan ibadah telah sempurna. 

Kematian tetaplah mendatangi kita. Kita pasti menempuh detik-detik sakaratul maut. Aduh!! Tidak terbayangkan siksaannya. Bagaimana boleh melepasi keadaan yang sangat gawat itu dengan hati meredhai apa yang Tuhan lakukan pada kita dan lidah dapat menyebut syahadat yang mulia? Husnul khatimahkah atau suu ul khatimah? 

Siapakah boleh membantu kita ketika itu? Pertanyaan demi pertanyaan sebegini - sebanyak mana pun kita tidak tahu jawapannya. Kita belum mengalaminya. Allah!! Kita hanya ada panduan atau ilmu dari kitab-kitab serta pesanan guru-guru kita. Itu semuanya memang benar. Semoga kita dapat bersiap sedia seperti yang mereka pesankan pada kita. Walau bagaimanapun kematian tentulah dahsyat yang tidak terbayangkan. Kita hanya tahu bila menempuhnya.

Khabar kematian sepatutnya menginsafkan kita. Alangkah menariknya kehidupan kita bila kita saling ingat mengingatkan tentang kematian. Alangkah meriahnya ruh kita jika kematian selalu menjadi topik perbualan kita sesama kita. Cerita-cerita kematian akan melenyapkan permusuhan dan perbalahan. Kisah kegawatan kematian boleh membina hati untuk saling memaafkan, bertolak ansur dan berkasih sayang. 

Cerita kematian boleh menundukkan isteri agar tidak sombong dengan sisuami. Khabar tentang kematian juga boleh menenangkan hati orang yang resah gelisah dengan cinta dunia dan menyombong diri. Kematian adalah ubat mujarab untuk menghilangkan angan-angan memeluk kesedapan dunia agar kembali ke dunia realiti merenung persiapan diri bertemu Ilahi. Beruntunglah orang yang direzekikan Tuhan dengan selalu mengingati kematian.

Ingatlah 25 tahun selepas kita dikuburkan rangka tubuh kita akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, hanya ada satu tulang yang sangat kecil disebut 'ajbudz dzanab (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari Kiamat.

Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh badan yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Semoga Allah swt. merahmati kita dengan husnul khatimah!!! Kita tidak mampu dan tidak layak!! Hanya rahmatNya sahaja yang dapat menyelamatkan kita...

Renungilah proses tubuh lahir kita apabila menempuh kematian. Di kala ruh di bawa ke langit, jasad lahir menempuh detik demi detik, fasa demi fasa yang semakin jatuh dan jatuh. Kesegaran akan layu. Tubuh yang panas akan sejuk kaku. Tiada apa yang dapat dibuat oleh mereka yang tinggal melainkan segera menguruskan tubuh kita untuk ditanam di dalam kubur. 

Proses awal :
Sebaik jantung berhenti mengepam darah, darah akan termendak ke bahagian paling bawah tubuh. Ia dibantu faktor tarikan graviti. Anggota badan menjadi merah unggu pada bahagian bawah dan pucat memutih bahagian atasnya. Kulit dan otot-otot mulai mengendur dan suhu jasad menurun. Proses fisiologi berhenti bekerja.

Proses pertengahan:
Selepas 2 - 6 jam, otot akan mula mengeras didahului otot mata dan diikuti otot-otot yang lain. Mayat menjadi keras. Mayat juga dilihat melekit, Selepas 2 - 4 hari, otot yang keras mulai mengendur. Mayat mulai berbau busuk. Masa ini minyak wangi ratus2 sudah tidak berguna.

Proses penguraian dan pereputan berlaku.
Bahagian paling awal membusuk dan terurai ialah bahagian perut iaitu usus besar. Warna kehijauan timbul. Ini kerana segala bakteria bersama najis bertindak mereputkan usus besar. Warna kehijauan ini akan merebak ke saluran abdomen, dada dan paha. Seterusnya menjadi gelap kehitaman. Perut mengembung dan pecah (dapatkah dibayangkan???). Mata akan tersembul keluar akibat tekanan gas (tindak balas bakteria dalam usus kecil).

Proses akhir:
Selepas 7 hari kematian, kulit tubuh akan menjadi kemerahan seperti terkena api dan tertanggal dengan mudah.
Selepas 3-4 minggu, kuku, rambut dan gigi akan tanggal satu persatu. Proses pereputan terus berlaku dimana otot-otot terpisah daripada tulang. Ia berlanjutan di mana otot2 dan organ tubuh hancur sedikit demi sedikit.

Ulat dan cacing akan membantu proses pereputan. Cepat atau lambat tubuh mereput akan bergantung pada berbagai faktor. Faktor kimia tanah juga memainkan peranan. Begitu juga suhu.

Setelah 2 tahun, yang tinggal hanya tulang dan untuk menghancurkan tulang memakan masa bertahun2. Inilah proses kita kembali ke tanah...Hanya insan terpilih yang dikehendaki Allah sahaja jasadnya utuh tidak reput. AllahuAkbar..



 
Jasad lahir kita melalui proses pereputan berterusan di dalam kubur sedangkan sebaik jenazah di masukkan ke dalam liang lahad, Malaikat akan mula menyoal dan menyoal... Allah!!
 
Di kuburan pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam ini saling bergelut dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai make up, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, nanti tubuh manusia hanya akan mempunyai satu warna saja.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text