Social Icons

Isnin, 16 Jun 2014

Kisah Mengucup Hajar Aswad Kena Bayar SR400.00

Ramai orang berkeinginan untuk mengucup hajar aswad (batu hitam) apabila berada di Masjidil Haram yang mana ia merupakan salah satu permata dari syurga. Pada asalnya hajar aswad berwarna putih, tetapi oleh kerana dosa-dosa bani Adam yang mengucupnya maka warnanya bertukar menjadi hitam.

Tidak puas rasanya kalau tidak dapat mengucup hajar aswad. Namun, oleh kerana semua orang cuba untuk mengucupnya, maka keadaan di situ sungguh padat dan bersesak-sesak dan berebut-rebut. Entri kali ini ialah kisah berkenaan dengan sepupu saya (gambar di bawah) yang cuba mengucup hajar aswad.

Tatkala dia dan isterinya sedang duduk di Masjidil Haram sambil berzikir dan berdoa, dia telah dihampiri oleh seorang pemuda Indonesia. Pemuda tersebut bertanyakan sama ada sepupu saya sudah dapat mengucup hajar aswad atau belum. Setelah diberitahu beliau belum lagi dapat mengucup hajar aswad, pemuda tersebut menyatakan kesudiannya untuk membantu sepupu saya mengucup hajar aswad. 
Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, tanpa berfikir panjang sepupu saya telah bersetuju untuk menerima 'pertolongan' tersebut. Lantas pemuda tersebut memimpin tangan sepupu saya menuju ke arah hajar aswad. Maka muncullah 3 atau 4 orang lagi pemuda Indonesia membuat barricade serta merempuh, membuka lorong dan menghadang jemaah-jemmah lain bagi memudahkan sepupu saya dan isterinya mengucup hajar aswad.

Setelah usai mengucup hajar aswad, pemuda tersebut telah meminta upah sebanyak SR400/= daripada sepupu saya. Alangkah terkejutnya dia, sebab pada sangkaannya pemuda tersebut benar-benar ikhlas mahu menolongnya. Mahu tidak mahu terpaksalah sepupu saya menghulurkan SR400/= kepada pemuda tersebut. Namun tercapai jugalah hasrat sepupu saya suami isteri untuk mengucup hajar aswad.


Sepupu saya


Keadaan Bersesak-Sesak Untuk Mengucup Hajar Aswad
http://msaadhamid.blogspot.com/2010/05/panduan-umrah-31-mengucup-hajar-aswad.html

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text