Social Icons

Jumaat, 2 Jun 2017

***Perkampungan Nabi Ayub*** - Dari Blog AnjangMuor

SILA BERKUNJNUNG KE BLOG ANJANGMUOR

Salam Ramadhan.
Awal pagi ni En Rosli, Rizal dan Abil baru sampai dari Mesir. Pegi kejap je ada misi. Dato’ Lokman Hakim dan Tuan Hj Salleh pun baru sampai dari Saudi, membawa bermacam-macam berita dan perkembangan. 

Kali ni anjang nak cerita ziarah kami ke perkampungan Nabi Ayub. Jaraknya dari Sanliurfa lebih kurang 100km, dek kerana keletihan, duduk-duduk dalam kenderaan, tak sempat menghayati keindahan pemandangan dah tertidur. Sebenarnya negara Turki sangat indah. Tanahnya subur. Sepanjang perjalanan dari airport Sanliurfa ke hotel ketika sampai tempoh hari memang indah. Antara tanaman di sini ialah gandum, bunga matahari, epal, aprikot, badam, beri dll. Musim panasnya tak berapa panas, alhamdulillah.

Sampai di tempat yg dinamakan Perkampungan Nabi Ayub kami dibawa ke makam Nabi Ayub. Terletak di kawasan perkuburan lama dan baharu. Alhamdulillah, Makam Nabi Ayub terpelihara kerana ada penjaganya dan ada bangunan khas. Itulah kemuliaan seorang Nabi, mulia ketika hidup dan sesudah wafat. Kalaulah para syuhada’ pun tidak mati, betapalah para aulia’. Mereka lebih aula tidak mati. Maksudnya mati yang terus tiada hubungan dengan dunia. Sedangkan yang mati jasad. Roh tetap kekal. 

Di sinilah bersemadinya jasad Nabi Ayub AS

Cuba baca kitab ‘Risalah Tauhid’, ada sepuluh benda yang kekal aradhi. Ertinya tak hancur luluh, hilang, habis tetapi tetap ada. Tetap kekal cuma aradhi/mendatang. Bukan macam Allah, kekalnya hakiki. Kekal yg selain Allah kekal aradhi. Allah yang jadikan ia kekal. Jadi dalam aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, roh itu sifatnya kekal. Roh itu yang akan ditanya dan dipertanggung jawabkan atas segala perbuatannya di dunia. Roh cuma bertukar alam. 

Dari alam roh ke alam janin. Dalam kandungan ibu. Bila lahir, pindah ke alam dunia. Setelah melalui zaman bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua ia akan mati. Berpindah ke alam barzah. Malah tidak semua melalui zaman tersebut. Ada yang mati sewaktu muda. Lepas alam akhirat ada mahsyar, hisab, sirat, syurga, neraka. Kesimpulannya roh tidak mati, malah roh para Anbia’ boleh membantu kita dengan izin Allah. Sebab itu kita menziarahi makam para Anbiya’, Aulia’ dan sahabat. Berdoa dengan keberkatan mereka, moga hajat-hajat kita dikabulkan.

Di makam Nabi Ayub AS, kami masuk dan duduk mengelilingi makam. Harumnya sama dengan makam orang-orang Tuhan di Jordan dan lain-lain. Bahagialah para kekasih Allah di alam sana. Malah kami yg berziarah pun terasa bahagia. Tenang, hiba, terasa ingin berlama-lama bermunajat. Bertambah bahagia bila penjaga makam sudi membuka pintu kecil di tepi makam, untuk kami jengukkan kepala ke dalamnya. Terasa lebih kuat bau makamnya yang harum. Menurut penjaga makam, jasad Nabi Ayub AS berada 3 meter dari aras kubur yang kami lihat di lobang tersebut tetapi harumannya tetap kuat kami hidu. Moga kami jadi orang yg sabar seperti Nabi Ayub AS.

Batu Sandaran Nabi Ayub AS

Dari makam Nabi Ayub AS kami menuju ke makam Nabi Ilyasak melalui taman-taman yg sedang dibangunkan. Di pertengahan jalan kami dibawa melihat sebutir batu di dalam tembok berpagar. Rupa-rupanya itulah batu yang pernah menjadi tempat bersandar Nabi Ayub. Bahagianya batu yang pernah berkhidmat dengan seorang Rasul. Allah tetap muliakan dengan menjadi kunjungan pemburu berkat.

Perjalanan diteruskan menuju makam Nabi Ilyasak AS. Agak jauh juga. Cuaca agak panas tetapi seluruh anggota rombongan tetap bersungguh-sungguh khasnya Tuan PE yang berkerusi roda. Bukan mudah untuk sampai ke sini. Dah sampai Istanbul pun masih kena ambil flight lagi sebab jaraknya lebih 1000 km dari Istanbul. Malah dah sampai Sanliurfa pun masih kena ambil kenderaan untuk tempuh lagi 100 km untuk sampai ke sini. Tak rugi kerana tempat begini sangat mulia. Lokasi bergelanggangnya para nabi dan Rasul ribuan tahun dahulu. Mengajak manusia menyembah Allah. MengagungkanNya, membesarkanNya, takut padaNya, bimbang denganNya. Tempat yg sangat berkat begini, kita kena ziarahi untuk menguatkan roh kita. 

Kelihatan sepanjang melalui laluan pejalan kaki ke makam, pihak berkuasa Turki sdg membaiki dan menaik tarafkan kawasan itu. InsyaAllah ia kelihatan akan menjadi seperti satu taman yang sangat indah.

Makam Nabi Ilyasak AS

Sampai di makam, bangunan makam sedang di’renovate’. Kami merintih dan mengadu pada Tuhan di situ, mengharap diri-diri ini dipandang Tuhan berkat kekasih-kekasih Allah yg kami ziarahi. Diakhiri dengan doa Tuan Nik Hazani diaminkan kami semua. Moga Allah izinkan kami datang kembali setelah selesai diup grade seluruh kawasan ini.

Pintu Masuk Makam Nabi Ilyasak AS

Dari makam Nabi Ilyasak AS yg sangat mulia, kami menuju ke makam isteri Nabi Ayub AS, Siti Rahmah. Wanita cekal, sabar dan setia bersama suaminya. Sangat luar biasa ketaatannya. Pun begitu tetap dihukum oleh Nabi Ayub AS bila bersalah. Tetapi Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Mungkin kerana kesetiaan Siti Rahmah berkhidmat pada Nabi Ayub AS yang sakit dan disisihkan kaumnya, Allah mengambil kira pengorbanannya. Maka sumpah seorang Nabi pun boleh berubah perlaksanaannya. 

Ibu Zura merintih di makam Siti Rahmah

Asalnya baginda bersumpah ingin memukul isterinya yang lambat datang ketika baginda memerlukannya dengan 100 kali sebat, hikmah Allah berlaku, cukup hanya dengan satu kali pukul dengan seikat 100 helai rumput kering. Ketakwaan seorang Nabi itu, apabila telah bersumpah dengan nama Allah, tetap akan menunaikannya. Isteri yang taat dan sangat bersangka baik dengan suami ini pula sangat redha menerima apa sahaja tanpa sikit pun mempertikaikan. Akhirnya, Allah sendiri memberi jalan keluar. 
من يتق الله يجعل له مخرجا

Terima kasih Tuhan, dengan keberkatan kami diizinkan menziarahi salah seorang wanita yg sangat mulia. Makamnya terjaga di sebuah taman dan sentiasa dikunjungi orang. Anugerahkan isteri-isteri para pejuang darjat kesabaran dan kesetiaan seperti Siti Rahmah berkat bulan Ramadhan yg mulia ini.

Ampun maaf. Setakat itu mampu dikongsikan. Beberapa hari baru habis menulis. Bermula di Turki, di Haramain baru selesai.
Otw Madinah Al Munwwarah

9.57 am, Jun 2, 2017

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text