KISAH SEORANG LELAKI
YANG INGIN MEMUKUL
RASULULLAH S.A.W.
Kisah ini berlaku kepada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.
Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.
Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang
sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil
semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat
rindu setelah agak lama tidak
dapat melihat Rasulullah S.A.W.
Lalu Rasulullah S.A.W. mula
berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua!
Aku ingin tanya pada kamu
semua.... apakah telah aku
sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah
S.W.T. itu adalah Tuhan yang
layak di sembah?"
Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada
kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Persaksikanlah ya Allah!
Sesungguhnya aku telah
sampaikan amanah ini kepada mereka". Kemudian baginda berkata lagi.......dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan
dibenarkan oleh semua para
sahabat.
Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada
kamu semua...... siapakah di
kalangan kamu yang aku ada
hutang dengannya.....sila
bangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam
keadaan ada hutang dengan
manusia".
Ketika itu semua sahabat
diam.............sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami..........sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".
Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama AKASYAH. lalu dia
berkata:
"Ya Rasulullah!
Aku ingin
ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak
perlulah engkau berbuat apa-
apa".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Ceritakanlah wahai Akasyah".
Maka Akasyah pun mula bercerita:
"Aku masih ingat lagi ketika
perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di
sebelah belakang kuda yang
engkau tunggang wahai
Rasulullah".
Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama". Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata:
"Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".
Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu
sebahagian sahabat berteriak
memarahi Akasyah.... "Sesungguhnya engkau
tidak berhati perut wahai
Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!"
Akasyah tidak menghiraukan
semua itu. Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.
Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
"Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?".
Bilal menjawab dengan nada
sedih : "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah".
Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!......ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".
Bilal menjawab:"Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka
berdua".
Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.
Setelah mengambil
cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu bakar
menghalang Akasyah sambil
berkata:
"Wahai Akasyah! kalau kamu
hendak pukul, pukullah aku....... aku orang yang mula-mula
beriman dengan apa yang
Rasulullah S.A.W. samp
aikan.
Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Abu
Bakar!....ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".
Akasyah mara lagi ke
hadapan......lalu bangun pula
Umar menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........
Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka
sakitilah aku dulu....".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan
Akasyah".
Akasyah mara lagi ke
hadapan.......tiba-tiba bangun
pula Ali bin Abu Talib sepupu
Rasulullah S.A.W.
Dia menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! pukullah aku wahai
Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai
Akasyah".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Ali! ini
urusan antara aku dengan
Akasyah" .
Akasyah mara lagi ke
hadapan......tiba-tiba tanpa di
sangka, bangunlah dua orang
cucu kesayangan Rasulullah
S.A.W. iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta.
"Wahai pak cik! pukullah kami
wahai pak cik..........Datuk kami sedang sakit......pukullah kami wahai pak cik.....sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan
Baginda...........pukullah kami
wahai pak cik".
Lalu Rasulullah S.A.W berkata:
"Wahai cucu-cucu kesayanganku!
duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".
Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata:
"Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah
sini".
Rasulullah S.A.W. memang
seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi:
"Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".
Tanpa berlengah, dalam
keadaan lemah......Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh
Baginda yang sungguh indah,
sedang beberapa ketul batu
terikat di perut Baginda.....ini
menandakan Baginda sedang
menahan kelaparan.
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
"Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada
kamu".
Akasyah terus menghampiri
Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.
Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke
arah lain.....dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh
Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampunkanlah
aku......maafkanlah aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya
Rasulullah........sengaja aku
melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu.......kerana
sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan
sesungguhnya aku takut dengan api neraka........maafkanlah aku ya Rasulullah".
Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".
Semua sahabat tidak dapat.
menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat
beramai-ramai memeluk
Rasulullah S.A.W.
MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD SAW...AMIIN.
SEBARKAN WALAU PUN SATU AYAT.
👍👍👍 menangis sambil baca..😭😭😭😭
kisah yg sedih tapi jika di baca berulang kali pun akan tetap mengalir air mata. MasyaAllah...bertapa hebatnya kisah Nabi Muhammad S.A.W.
Walaupun dah dikirim dan dibaca sblm ini, tp air mata masih mengalir bila membacanya semula.😭😭😭😭
0 ulasan:
Catat Ulasan