Social Icons

Sabtu, 22 Mac 2014

Tuhan Ada Cara Lahirkan Bayi Ini Ke Dunia!!

Kuasa Tuhan maha ajaib. Apa yang ada di sekeliling kita juga sudah sedia ajaib. Cuma kita saja tidak rasa ajaib kerana kita sudah terbiasa dengan keadaan tersebut. Tidak ada satu pun ciptaan Tuhan yang mampu ditandingi manusia. Manusia tidak boleh sombong dengan Tuhan. Dia maha berkehendak atas apa jua. Setiap yang dikehendakiNya pasti berlaku. 
 
Bacalah berita menakjubkan ini yang Tuhan lakukan ke atas bayi ini. Dia masih di dalam kandungan ibunya apabila keduanya terlibat kemalangan mengerikan. Ketika itulah bayi ini dilahirkan ke dunia dengan cara ibu bapanya serentak di gilis lori dan dia terluah keluar lalu tercampak sejauh 3 meter!! Maha agung kuasaMu ya Allah!!



[HM] Xiamen: Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori.

Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori. Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menyebabkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak sejauh tiga meter.

Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China. Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu hanya calar-balar.

Jurucakap polis, Chan Chien berkata: “Ada saksi yang berkata wanita itu sempat melahirkan anaknya sebelum mati selepas dilanggar lori berkenaan manakala yang lain berkata, impak daripada perlanggaran itu menyebabkan bayi seberat 4.2 kilogram itu terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak sejauh tiga meter.

Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dan suaminya membuat keputusan untuk tidak menunggu ambulans. Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki motosikal.

Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan. Polis mengesahkan mereka menahan pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan.

Kejadian yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi tajuk utama akhbar di China dan Badan Kebajikan Xiamen menyumbangkan 5,000 yuan (RM 2,658) untuk penjagaan bayi terbabit. Orang ramai yang mengetahui berita itu turut melawatnya di hospital dengan membawa pelbagai hadiah untuk bayi berkenaan. - Agensi/22/3/14

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text