Catatan

Lain Dari Yang Lain - Lihat Bagaimana Nasib Kapal Terbang Lama Di Nigeria

Imej
Pak Lang paparkan pada pagi ini, bagaimana kerajaan Nigeria melupuskan semua kapal terbang yang sudah tidak boleh dibaiki, tidak boleh digunakan dan tidak lagi berharga. Hanya yang sesuai mungkin untuk dikitar semula. Khabarnya disebabkan sistem kewangan yang tidak stabil, kerajaan Nigeria akhirnya melupuskan sendiri  kapal terbang lama dan lusuh ini dengan tenaga buruh manual. Serpihan pesawat ini kemudiannya akan dikitar semula untuk kegunaan dalam negeri. Sedangkan kebiasaannya di negara-negara membangun mahupun negara-negara maju akan menggunakan jentolak dan jengkaut khas dalam proses pelupusan  kapal terbang lama ...... - Pak Lang hanya ingin sekadar berkongsi melihat rakaman foto proses kitar semula tersebut.  Laporan asal Times Union  dan blog Pen Patah

Kisah Seram Penjara Pudu

Imej
Biarlah Pak Lang cerita tentang penjara pula. Ini mungkin berpunca dari sembang-sembang Pak Lang dengan seorang pegawai penjara di utara. Rupa-rupanya banyak perkara di sebalik tembuk penjara yang kita tak tahu. Ambillah iktibar wahai para remaja agar anda tidak terjerumus ke lubang pintu neraka dunia ini.... (Ya Allah - dengan berkat RasulMu yang mulia - lindungilah zuriat keturunan kami daripada gejala yang merosakkan!!) Artikel ini bertujuan bagi mengungkap peristiwa di sebalik kejadian penutupan Penjara Pudu tidak lama dulu. Apakah rahsia sebenar yang berlaku disebalik penutupan nya yang secara tiba-tiba. Walhal, Penjara Pudu sama sekali tidak harus dirobohkan memandangkan ia adalah hasil tinggalan sejarah lama. Tahu kah anda apa kah rahsia atau kejadian yang pernah berlaku sebelum keputusan untuk merobohkan Penjara Pudu di Kuala Lumpur ini di laksanakan? Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Dibili...

Misteri Tali Gantung Dan Kata-kata Terakhir Banduan Yang Dihukum Gantung Sampai Mati

Imej
Pak Lang memaparkan maklumat berkaitan tali gantung yang selama ini dianggap misteri.  Pak Lang berterima kasih kepada bloh Pen Patah. SILA KLIK DI SINI . Diharapkan cerita tentang tali gantung ini  akan menginsafkan anak cucu dan remaja sekelian. Waspadalah dengan kawan dan rakan. Tidak semua mereka sesuai dijadikan kawan. Bahkan ramai yang boleh mempengaruhi dan merosakkan kita.  Di hujung bagi kejahatan demi kejahatan yang dilakukan, biasanya akan berakhir di tali gantung. Malang sungguh nasib mereka yang terlibat. Tetapi percayalah tali gantung juga disiapkan dengan tahap kualiti yang sangat terbaik. Tali gantung akan terus 'berbicara' tentang masalah yang berlaku di dalam masyarakat. Bertaubatlah !!!! Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya.  Bayangkan...

Kemalangan Yang Pelik Tapi Benar

Imej
Ini hanya untuk iktibar dan renungan.....

Kisah Si Tempang Dan Si Buta

Dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir ada dibawa satu cerita...... Ceritanya ialah berkenaan bagaimana pemimpin dan rakyat di bawa di hadapan ALLAH untuk dihitung amalannya, maka di saat mereka telah diputuskan masuk neraka, rakyatpun menyalahkan pemimpin kerana menyesatkan mereka, pemimpin membela diri bahawa mereka bukan menyuruh rakyat mengikut mereka. Kedua-dua pihakpun bertengkaran di hadapan ALLAH......salah menyalah antara satu sama lain. Bagi menyelesaikan pertengkaran mereka itu, ALlah menyuruh Malaikat menyelesaikannya. Lalu Malaikat itupun bercerita kepada pemimpin dan rakyat, bahawa ada seorang buta yang masuk dalam satu kebun bukan miliknya, si buta itu tercium bau buah-buahan yang sedang masak dan berusaha mengambil tetapi tidak mampu, tidak berapa lama masuk pula ke dalam kebun itu seorang yang tempang kakinya. Kata si tempang "hai buta! kenapa kau tak ambil buah-buah yang sedap ni?", kata si buta "kan aku ni buta manalah nak nampak!" Kalau macam tu...

Agungnya Keampunan Tuhan

Suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang tawaf di Ka'bah, Baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah SAW meniru zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah saw yang berada di belakangnya menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu berasa dirinya di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya. Orang itu berkata, “Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku? Apakah kau mengejekku karena aku ini orang badwi? Kalaulah bukan karena ketampanan dan kegagahanmu akan kulaporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah saw.” Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?” tanya Rasulu...

Ajaibnya Nilai Air Mata Takutkan Allah

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab iaitu kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada bulu-bulu matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu." Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai  bulu mata yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai bulu mata." Dalam sebuah kitab lain, iaitu Bidayatul-Hid...