Catatan

Orang Sombong Boleh Dikenal Tapi Kena Jauhi, Orang Merendah Diri Kena Dekati Jadikan Kawan Sejati

Sombong adalah sifat terkeji. Wajah yang cantik akan hilang serinya bila ada sikap sombong. Orang pun meluat dan berusaha menjauhi. Rupa paras yang menarik sudah menjadi najis yang busuk dek sombong pada sikap, hati dan tingkah laku. Penyakit sombong mudah dikenali walaupun ramai manusia berusaha menyembunyikannya. Mereka berusaha menampakkan mereka tawadhuk dan merendah diri. Mereka cuba tiru-tiru walhal diri sebenar adalah sombong dan bangga diri.  Untuk dapat mengetahui nilai diri sebenar seseorang manusia ialah melalui pergaulan. Seeloknya dibawa bermusafir. Semakin jauh berjalan dan semakin lama masa berpergian, akan terserlah hakikat manusia yang sombong. Bermusafir itu akan sangat meletihkan. Pura-pura warak atau pura-pura baik sudah tidak mampu bertahan jika badan sudah letih.  Mereka yang berpura-pura akan mudah menyerah kalah bila dalam keadaan letih, mengantuk, lapar dan sukar. Berpura-pura hanya boleh bertahan di waktu senang dan mudah. Melalui perga...

Apa Yang Kita Fikir, Kita Rasa, Kita Cakap Dan Kita Buat Adalah Doa!!!

Imej
Sepanjang hidup, kita akan dapati ramai manusia terbelenggu dengan hal-hal negatif. Pemikiran, perasaan, persepsi, penglihatan, pendengaran, perbuatan dan percakapan semuanya berunsur negatif. Berdepan dengan kelompok sebegini, kita terasa kehidupan di dunia ini jadi sempit, 'panas' dan sulit. Bayangkan kelompok negatif lebih suka mengkritik membuta tuli daripada mengkaji dan menganalisa terlebih dahulu. Sangka baik adalah positif. Ianya akan mendorong untuk tidak cepat menghukum dan tidak cepat melatah.  Orang positif akan tenang dan suka bertolak ansur, bekerjasama dan berlapang dada. Orang negatif memilih untuk buruk sangka, hasad dengki, bertengkar dan bergaduh. Mereka lebih cenderung 'mencari fasal' daripada mencari solusi.  Mereka suka dan terbiasa dengan hal negatif. Semuanya diberi penilaian negatif. Ruang untuk tenang dan rasa lapang dada tidak berlaku. Dan ianya akan terkena pada siapa sahaja yang berada di sekitar diri mereka. Jika ada anak-ana...

Kisah Iktibar - Beruntungnya Insan Yang Membesarkan Al-Quran Walaupun Tidak Pandai Membacanya...

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT. 1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu. 2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. 3. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. 4. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung. 5. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. 6. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu...

Nikmatnya Ada Suami

TERIMA KASIH ALLAH ATAS KURNIAAN MU MEMBERI PINJAM NIKMAT SUAMI Jom belajar berterima kasih kepada insan bergelar suami... 6 ALASAN, MENGAPA REDHA SUAMI ADALAH SYURGA BAGI PARA ISTERI 1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada rasa cintanya kepada ibunya sendiri. 2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah-ibunya hingga dia dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah-ibunya. 3.Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupkan keperluan engkau dan anak-anakmu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa cemburu, ...

Peribadi Tun Dr Mahathir Yang Pemandunya Rasa Malu Dan Segan Padanya

Imej
Ikuti coretan istimewa mengenai peribadi Tun Dr Mahathir yang tidak ramai orang tahu. Catatan berikut daripada blog Dato' Zainuddin Maidin bekas Menteri Penerangan Malaysia yang juga tokoh kewartawanan negara. SIKAP TUN MAHATHIR YANG TIDAK BERUBAH "SAYA SEGAN DAN MALU DENGAN DR. INI" KATA PEMANDUNYA

Rahsia Daya Kepimpinan Tun Hussein Onn Yang Tidak Ramai Orang Tahu

Imej
Tun Hussein Onn mempunyai keistimewaan tersendiri. Hanya mereka yang rapat dengan beliau sahaja yang tahu. Para wartawan kanan akhbar biasanya mempunyai maklumat yang lebih terperinci mengenai seseorang tokoh negara. Mereka tahu jelas tentang watak, minat, sejarah, peristiwa, kelemahan peribadi dan juga kehebatan sahsiah seseorang pemimpin negara seperti Tun Hussein Onn.  Sila baca apa yang dititipkan Zainuddin Maidin dalam blog beliau. . RAHSIA KEKUATAN DATUK HUSSEIN ONN

Fiso Omar - Ikon Usahawan Muda

Imej
Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar adalah pelakon, selebriti, pengacara dan usahawan muda Malaysia yang sudah mempunyai followers sosial media menghampiri 4 juta. Beliau pernah dinobatkan sebagai 'Ikon Belia Malaysia' 2012/2013 dan pernah dilantik sebagai ambassador 'Malaysia Social Media Week' 2014. Beliau juga pernah menerima 'Young Entrepreneur Award' pada tahun 2014. Dengan pengalaman yang ada, beliau juga aktif membantu usahawan lain mengembangkan bisnes mereka melalui medium pengiklanan sosial media. Bermula dengan perniagaan serunding daging, beliau kini giat mengembangkan perniagaan penjualan burger menerusi 'Hot Burger'yang berkonsepkan outlet burger 'kaki lima' dengan slogan "Harga Kaki 5, rasa Bintang 5". 'Hot burger' ditubuhkan pada tahun 2012. Visi syarikat ini adalah untukmemberi peluang kepada usahawan baru untuk menghasilkan pendapatan, dan meningkatkan taraf hidup mereka. Fo...