Social Icons

Rabu, 4 Jun 2014

Kisah Seseorang Yang Baru Bertemu Puan Ibu Hatijah Aam

Pak Lang dapat jumpa Blogger DD. Rupanya orang Kodiang. Walaupun tak sempat sembang lama (sebab yang sedang mengerumuninya), Pak Lang suka membaca tulisannya tentang bagaimana dia akhirnya bertemu dengan Puan Ibu Hatijah Aam - Pengerusi Ekskutif GISB HOLDINGS Sdn Bhd. Bacalah (Klik Untuk Ke Blog Ceroboh Lagi)
 AKHIRNYA BERTEMU JUGA DENGAN UMMU JAH BAHAGIAN 1

Dimulai dengan

 
Tajuk itu adalah kesimpulan kejadian yang berlaku kepada aku hari Sabtu baru2 nie yang mana seawal pukul 11 pagi aku keluar rumah untuk bertemu dengan Tuan Haji Salleh, Anjang Muor dan rakan2 termasuk anak ke-10 Abuya, Muhammad Inaam.

Kali kedua aku jumpa Haji Salleh dan Inaam (kali pertama di Tanah Suci) dan kali pertama juga aku bertembung muka dengan Anjang yang kemudian naik kereta bersama ku menuju ke Fried Chicken House (FCH) untuk pekena ayam dan nasi mandy (nasi arab kambing).

Bersembang macam2 sambil mulut mengunyah. Aku cakap pada Haji Salleh hari nie aku free sampai malam. Maka bermulalah musafir kelana aku ke tempat sahabat2 jemaah GISB yang tak pernah aku sampai dan singgah.

Selepas makan2 di FCH aku berkereta dengan Haji Salleh dan Anjang menuju ke Rawang Country Homes. Tak ingat dah aku pukui berapa sampai tapi agak2 dalam pukoi 2 lebih sebab aku bagitau Haji Salleh dan Anjang, kena solat dulu. Kita blum solat zohor lagi. Maka Haji Salleh dan Anjang ajak solat dalam ruang belakang pejabat Imarah Travel Sdn Bhd.

Lepas solat, aku dah mula perasan berita Dayan Dayak akan datang ke Country Homes sudah tersebar. Dalam duduk rehat2 dalam Imarah Travel dan dekat kafeteria pun ada yang mula datang salam dan diperkenalkan oleh Haji Salleh dan Anjang bahawa aku nie Dayan Dayak yang 'paling dikehendaki' oleh jemaah GISB. (hehehe perasan)

 
Shah Alam ke Rawang dekat saja, jadi aku tak perlu jamak/qasar. Aku jadi imam (ok tak pa).

Lepas rehat2 dan ronda2 di lot2 kedai milik GISB. Memang aku kagum giler. Tabik spring kat korang. Macam berada di bandar Islam. Memang patut ada pihak yang cemburu atau dalam bahasa kasar 'dengki' pada korang. Boleh kata semua ada. Kalau haus lapar ada kafetaria Ikhwan, nak cuci baju ada dobi Ikhwan, nak tido ada homestay Ikhwan, nak melancong ada Imarah Travel, sakit gigi ada klinik gigi Ikhwan, demam atau sakit yang lain ada Klinik Ikhwan, nak beranak ada Klinik Bersalin Ikhwan, kereta rosak ada bengkel Ikhwan dan macam2 lagi.

Wa respek lu orang la. Dan wa cakap lu orang tak perlu takut untuk berjuang dalam dunia perniagaan ini. Wa bukan pandai tapi pendapatan daripada perniagaan menjana lebih keuntungan.


Hai Anjang nak naik ambulans ka?
Lepas jalan2 dan keluar masuk premis aku, Haji Salleh, Anjang, Inaam dan sorang lagi yang aku lupa nama dia buat keputusan nak makan satay di Tanjung Malim.

Tapi sebelum bertolak kena solat Asar dulu. Kali nie Muhammad Inaam jadi imam. Oleh kerana Shah Alam nak ke Tanjung Malim jauh maka aku kena musafir dan aku kena qasar Asar sebab awal tadi aku solat zuhur tak perlu jamak/qasar.

Lepas tu kami pun bertolak ke Tanjung Malim. Lebih kurang 45km dari Rawang. Macam2 juga kami sembang termasuklah aku tanya kehidupan Haji Salleh, Anjang dan Inaam bersama anak2 dan isteri2 mereka. Ooooo makkkkkk...bila dengar cerita...terlopong aku. Jumlah isteri ok lagi, tapi jumlah anak..WOW. Ini betul2 nak memperbanyakkan umat Muhammad SAW. TAHNIAHHHH...

Sampai di Tanjung Malim..apa lagi...bedal la satay.


Boleh tahan satay di sini..tapi dengar kata ada yang lagi special iaitu mi kari ketam? Oooo habis. Ok la..satay pun satay. Masuk waktu Maghrib kami solat di tingkat dua rumah kedai. Semuanya tiga tingkat yang disewa oleh GISB. Anjang dan Haji Salleh tolak aku jadi imam (ok tak pa). Aku kata aku jamak/qasar Maghrib/Isyak. Ok dan ada la jemaah yang lain (pekerja satay house dan butik Siti Khadijah). Lepas solat kami pun bersiap untuk bertolak ke RCH semula sebab Ummu Jah nak jumpa.

Ok..dalam perjalanan pulang ke RCH sembang punya sembang terkeluar la cerita bagaimana Haji Salleh dan Anjang mula2 dulu nak masuk Arqam. Termasuk lah kisah pendidikan yang diterima oleh Haji Salleh, Anjang dan Inaam. Perghhhhhhhhhh tingginya pendidikan agama diorang. Boleh jadi penasihat agama sultan, boleh jadi Imam Besar Masjid Negara.

Waaaaa... aku ni manusia kerdil ditolak menjadi imam solat Zohor, Maghrib, Isyak sedangkan yang lagi hebat daripada aku menjadi makmum? Kena aku...suara pun bukan merdu sangat (tapi boleh la buat lagu baca quran..tambah lagi dulu2 memang kaki karaoke hehehe)...Tapi malu la juga sebab ada yang lagi hebat. Kan Haji Saleh kan? Anjang dan Inaam pun apa kurang..hebat2 belaka belajar di Jordan dan Mesir dalam bidang al-Quran.

Dalam sembang2 tu..sampailah kami ke RCH dan terus dibawa ke bangunan utama untuk bertemu Ummu Jah. Aku dan Haji Salleh serta Anjang naik tangga ke tingkat satu...aku buka kasut untuk masuk ke dalam sebuah bilik..pintu dibuka...JENG JENG JENG (bersambung hehehe)

 
Gambar kenangan bersama rakan jemaah GISB dari Malaysia dan Indonesia. Gambar di bawah pula haha hebatnya gambar kami sudah disiarkan di luar negara????



KAT SKYCRAPER MANA NIH? 


BACA BAHAGIAN 11 DI SINI 

BACA BAHAGIAN AKHIR DI SINI
 



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text