Blog Pelbagai Topik Ilmu Dań Kefahaman Islam Sebagai Sistem Hidup Agar Dapat Jadi Panduan Membaiki Diri, Keluarga Dan Masyarakat Bagi Mencapai Redha Allah SWT....
Cara Guna Kenderaan Paling Efektif Di Seluruh Dunia
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Di negara dunia ketiga kenderaan adalah kemewahan dan penggunaan kenderaan yang paling efektif serta ekonomikal dapat dilihat disini.
Kisah malam pertama yang Pak Lang paparkan pada Rabu, 20 November 2013 disambung kembali. Semoga para remaja sekalian dapat mengambil manfaat dari kisah ini. Sila baca semula dari awal .......... Banyak juga cerita yang Pak Lang dengar tentang remaja yang soleh (yang baik, warak dan beriman). Kisah mereka ini agak lucu. Maklumlah remaja yang tidak terdedah dengan maksiat atau mungkar. Mereka jadi manusia yang tidak pandai dalam hal berkaitan seks atau hubungan suami isteri. Eloklah begitu! Cuma ibu bapa pasangan pengantin sebegini kenalah pandai memahamkan mereka agar bahtera rumah tangga yang dilayari dapat dimulakan dengan penuh indah dan bahagia. Sememangnya tidaklah dinafikan - terutama dalam jemaah islam - adanya remaja yang begitu bersemangat mentaati perintah Allah. Meraka sangat serius dalam menghayati syariat Allah. Jadilah mereka orang yang warak - yang sangat menjaga halal haram dalam segenap sudut kehidupan atau pergaulan. Bila tiba masanya untuk mereka ber...
GEORGE TOWN: Hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan. Beliau berkata statistik kes rogol di negeri ini juga menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol. Katanya, statistik menunjukkan hanya 10 hingga 14 peratus suspek yang terlibat dalam kes rogol tidak dikenali oleh mangsa. "Maksudnya hampir 90 peratus suspek dikenali mangsa seperti ahli keluarga, teman lelaki dan kenalan mangsa. Kajian juga menunjukkan teman lelaki mangsa adalah golongan yang paling banyak terlibat dalam kes ini," katanya semasa merasmikan 'Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat" di sini hari ini yang dihadiri anggota polis, guru, pelajar sekolah dan universiti dan penjawat awam. Seminar sehari itu bertujuan memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang kesan pergaulan seks...
Pak Lang seronok baca tulisan dalam blog matahati..Ya la siri tulisannya tentang poligami dari matahati orang yang berpengalaman. Tentulah menarik dan penuh realiti. KLIK UNTUK KE BLOG MATAHATI . Pak Lang paparkan di sini tulisannya atas tajuk yang Pak Lang ubah suai sikit... Hikmah Poligami (siri-1); Suami bertenaga, isteri bahagia Petang tadi berbual dengan beberapa rakan seperjuangan. Kesemuanya mengamalkan poligami. Ada yang baru 2, 3 dan ada yang sudah cukup empat. Salah seorang bertanya kepada kawan yang sudah penuh korum, empat. Apa perasaan atau apa hikmah yang boleh dikongsikan? Beliau bersikap terbuka untuk berkongsi pengalaman. Antaranya ialah; Keinginan atau gelora gemar kepada wanita semakin tenang. Katanya bila melihat wanita di luar sana, samada yang cantik, muda, cerdik atau apa jua, dia akan terasa, lebih kurang sama saja dengan apa yang dia ada. Menjadikan gelojak nafsunya semakin tenang dan tenteram. Sebab, menurutnya, keempat-empat ister...
Ulasan
Catat Ulasan