Social Icons

Isnin, 12 Januari 2015

Nabi Muhammad Menerangkan Bagaimana Orang Baik-Baik Boleh Menyebabkan Islam Dibenci Orang

Hadith 'Menolong Syaitan':

Abu Hurairah melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki peminum arak dibawa ke hadapan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad berkata, “Pukul dia.” Abu Hurairah melaporkan lagi, ada sebahagian orang yang ada di situ memukul lelaki itu dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar, ada yang memukul dengan baju. Apabila hukuman seslesai dijalankan, ada seseorang berkata, “Moga-moga Allah merendahkan kamu!” Mendengar kata-kata itu Nabi Muhammad berkata, “Jangan kata begitu, saudara menolong syaitan menguasai dirinya.” 
- Hadith No. 2159 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari

Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan Nabi Muhammad menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan golongan orang baik-baik boleh menyebabkan Islam dibenci.

Dalam hadith ini ada orang mengutuk seorang lelaki peminum arak yang sedang menjalani hukuman. Dia mengutuk dengan berkata: “Moga-moga Allah merendahkan kamu!” Nabi Muhammad menegur dengan berkata: “Jangan kata begitu, saudara menolong syaitan menguasai dirinya.”

Maksud "Saudara menolong syaitan menguasai dirinya." adalah lelaki yang dikuasai oleh syaitan akan melakukan apa yang disuruh oleh syaitan. Aktiviti syaitan yang paling utama adalah supaya manusia menolak Allah, menolak agama Allah, dan menolak golongan yang menyeru ke jalan Allah, yakni para nabi dan ulamak.

Berdasarkan hadith itu, perkara-perkara menyebabkan syaitan dapat mengusai golongan kurang baik adalah:

1. Apabila ada golongan baik yang suka mengutuk mereka yang tidak sebaik dirinya sendiri.

2. Golongan baik itu mengutuk secara terbuka, yakni dapat didengar oleh orang-orang lain.

3. Golongan tidak baik yang dikutuk itu pula dapat mendengar diri mereka dikutuk. 

4. Golongan tidak baik itu tahu siapa yang mengutuk dirinya.

Hadith ini juga menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad secara terbuka dan serta-merta memarahi golongan baik yang suka mengutuk golongan kurang baik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text