Social Icons

Khamis, 26 September 2013

Azizan Abdul Razak Daripada Wikipedia, Ensiklopedia Bebas.

Allahyarham Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Hj. Azizan Abdul Razak


Menteri Besar Kedah ke-10
Tempoh berjawat: 9 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Raja Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Didahului oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid
Digantikan oleh Dato' Paduka Mukhriz Mahathir

Pesuruhjaya PAS Kedah
Tempoh berjawat: 2008 – 2013
Digantikan oleh Mahfuz Omar

Ahli Dewan Undangan Kedah
bagi kawasan N20 Sungai Limau
Tempoh berjawat: 21 Mac 2004 – 26 September 2013
Didahului oleh DUN baharu, menggantikan Sala
Majoriti 2,774 (PRU-13)

Ahli DUN Kedah bagi N20 Sala
Tempoh berjawat: 1995 – 2004
Digantikan oleh DUN dikenali sebagai Sungai Limau

Tarikh lahir 25 Oktober1944
Tempat lahir Alor Setar, Kedah
Meninggal: Alor Setar, Kedah
26 September2013 (umur 68)
Parti politik PAS
Pasangan Faeqah Sheikh Hamzah
Shamsiah Shafie
Anak 14 anak
Pekerjaan: Bekas pensyarah, Ahli politik
Agama Islam

Allahyarham Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak (Tulisan Jawi: استاذ حاج عزيزان عبدالرازق) merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PASKedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah
Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.[1]. Upacara mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah telah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Wisma Darul Aman pada jam 3.40petang (Ahad),bersamaan 9 Mac 2008.
Pada 16 Julai 2008, Ustaz Azizan telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran "Datuk Seri".Pengurniaan darjah ini telah disempurnakan oleh Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit sempena sambutan Jubli Emas baginda.
Pada 1 Jun 2013 beliau merupakan antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.Beliau telah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran "Tan Sri".[2]

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.
 
Kerjaya
Pengalaman kerjaya

Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah), bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Filipina.
 
Pengalaman antarabangsa
 
Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India (1980)
Pembentangan Kertas Kerja di 1st ASEAN Syariah Administration Conference Workshop, Manila (1983)
Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995)
Persidangan Islam Sedunia, Lubnan (2001)
Conference of South East Asia Islamic Law, Manila
 
Penulisan antarabangsa
Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina
Introduction to Islamic New Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Bandar Quezon, Filipina 1986
Syariah, Adat and Command Low Amongst the Maranoas of Southern Philippines : And Exploratory and Comparative Study, Terbitan Southeast Asian Studies Program
NGO
AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah
AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia
Ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)
 
Politik

Beliau mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) mulai 1995 hingga 2013 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.
 
Kontroversi
Didesak undur kerana uzur

Ustaz Azizan memang diketahui mengalami masalah kesihatan. Ini menyebabkan terdapat khabar angin beberapa pihak yang mahu beliau digantikan dengan orang lain.[3] Datuk Mukhriz Mahathir selaku timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah menggesa Azizan digantikan oleh Exco Datuk Amiruddin Hamzah kerana kesihatannya terjejas. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang menjelaskan tiada cadangan itu setakat ini.[4]

Ustaz Azizan Abdul Razak menafikan beliau tidak profesional berbanding Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah.Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tidak hutang dengan kerajaan pusat untuk bayar gaji. Hasil balak sampai RM70 juta setahun. Masa BN cuma RM8 juta. Banyak pula buat projek membazir. BN bagi JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) guna duit pusat. Saya bagi MKK (Majlis Keselamatan Kampung) guna duit kerajaan negeri. Kerajaan PAS Kedah tidak boleh banyak buat pembaharuan kerana hanya menang 16 kerusi (PAS 16 , PKR 3 dan BN 11).Manakala PAS Kelantan mentadbir lebih 30 tahun dengan banyak majoriti.
 
Larangan hiburan pada bulan Ramadan

Larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadan ditarik balik selepas berunding dengan Exco PKR S. Manikumar dan Lim Soo Nee.[5] Sebelum itu, kerajaan mahu melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepenuhnya.Enakmen itu diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan BN tetapi BN sendiri tidak menguatkuasakannya .13 jenis hiburan itu termasuklah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko. MCA dan Gerakan mambantah larangan itu dan Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu membawa larangan itu mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat.[6] Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar perikatan tiga tahun Pakatan Rakyat ekoran isu hiburan itu. Kaum Cina merayakan "Festival Hantu Lapar" pada bulan Ogos.
 
Penyelewengan air

Ustaz Azizan mahu mendedahkan pihak yang menyebabkan Kedah kerugian berjuta-juta ringgit dalam proses rawatan air .Pada 5 Oktober 2010, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad menggesa laporan dibuat kepada SPRM. Sebelum ini PAS dipertikaikan kerana menaikkan tarif air.[7]
 
Kesihatan

Ustaz Azizan diketahui menghidap penyakit kencing manis sejak sekian lama. Beliau juga pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2005.[4] Atas sebab itu, beliau terpaksa selalu ke hospital bagi menjalani pemeriksaan berkala dan mendapatkan rawatan, sehingga pernah mempengerusikan mesyuarat penting di hospital.[3]

Pada Ogos 2011, Ustaz Azizan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membuat pemeriksaan perubatan berkala (susulan) pembedahan lalu. Beliau menjalani imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) dan rawatan menstabilkan tekanan darah tinggi di samping mengawal paras gula.[8][4]

Manakala pada 6 Mei 2013, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah selepas merasa sakit di kakinya. Beliau dipindahkan ke ICU di Hospital Pulau Pinang keesokan harinya, di mana kemudian beliau mengalami koma. Bagi mengelakkan jangkitan merebak, kedua-dua belah kaki beliau terpaksa dipotong di bawah lutut pada 9 Mei.[9]
 
Kematian

Beliau kembali ke rahmatullah pada jam 11:15 pagi bertarikh 26 September 2013 (20 Zulkaedah 1434H) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah akibat kegagalan fungsi organ dalaman dan jangkitan kuman dalam darah.[10][11][12] Turut hadir bagi mengucapkan takziah terakhir buat Allahyarham ialah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun.[13]
KLIK SUMBER 

Juga sila baca tulisan kenangan Sdr Mohd Sayuthi Omar bersama AllahYarham Ustaz Azizan  DI SINI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text