Social Icons

Isnin, 2 September 2013

Kenyataan Mufti Kedah Naikkan Kemarahan Pemimpin PAS


 
Dato' Paduka Syeikh Haji Muhammad Baderuddin Haji Ahmad
(MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN)
 
KLIK SUMBER ISU HANGAT

Umum mengetahui, para pemimpin PAS sentiasa berasa mereka lebih tahu dan lebih pandai dalam ilmu agama berbanding mana-mana orang di Malaysia ini. Mana-mana ulama yang bercakap soal agama tetapi bertentangan dengan kehendak serta mengurangkan keilmuwan ahli-ahli dan pemimpin PAS, maka ulama tersebut akan dicop sebagai ulama tongkol kayu, makan upah dan anjing UMNO. Manakala orang pandai agama yang bercakap dan selari pula dengan PAS, akan ditanggapi sebagai ulama yang muktabar dan adil.

Antara golongan yang kerapkali diperlekeh dan dipertikaikan oleh PAS ialah, golongan mufti. Golongan mufti telah diberikan gambaran sejahil-jahilnya oleh para pemimpin dan penyokong PAS terutama sekali apabila golongan mufti dilihat tidak pernah bersetuju dan selari dengan pendapat agama daripada para pemimpin PAS.

Para pemimpin PAS turut memperlekeh dan memperlecehkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang digambarkan lebih rendah daripada Dewan Ulama PAS. Apa-apa sahaja fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang bertentangan dengan PAS, akan segera disanggah menerusi fatwa oleh Dewan Ulama PAS.

Pendek kata, PAS sentiasa terlebih pandai dalam bab beragama dan fatwa sehinggakan mereka sudah kelihatan seperti PUAK KHAWARIJ kerana sikap penentangan mereka terhadap pihak berkuasa. Mereka sentiasa berasa mereka lebih baik dan lebih berhak dari segi mengeluarkan fatwa-fatwa serta ketetapan-ketetapan agama dengan alasan, di dalam Dewan Ulama PAS, ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai pakar walaupun hakikatnya, kebanyakan daripada mereka sekadar lulus biasa dan tidak mempunyai sebarang keahlian dalam sebarang disiplin ilmu.


Mufti Kedah Setuju Warta Fatwa Anti Syiah
 
Datuk Paduka Syeikh Haji Muhamad Baderudin Haji Ahmad


ALOR SETAR – Majlis Fatwa Negeri Kedah bersetuju dengan cadangan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir untuk mewartakan fatwa anti Syiah. Mufti Kedah. Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad mengalu-alukan langkah itu demi kebaikan masyarakat setempat yang beragama Islam. Beliau berharap ia dapat disegerakan untuk membolehkan tindakan diambil terhadap pihak terbabit.

“Saya setuju sebab kalau kita tidak wartakan sebagai enakmen pentadbiran Syariah, kita tidak dapat berbuat apa-apa tindakan. "Dengan pewartaan sebagai fatwa di negeri ini, hukuman yang setimpal boleh dikenakan kepada orang yang terlibat," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Mengulas hasrat Mukhriz untuk berbincang dengannya mengenai perkara itu, Baderudin bersedia pada bila-bila masa. “Kalau boleh kita mahu perkara ini dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa kerajaan negeri bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat Kebangsaan pada 5 Mei 1996. Mukhriz berkata, langkah itu perlu kerana Kedah juga tidak terkecuali daripada penularan fahaman berkenaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text