Social Icons

Khamis, 26 September 2013

Al fatihah - Tan Sri Ustaz Azizan Razak Dalam Kenangan

 
Innalillahi wa Inna ilaihi Raajiun atas pemergian Tan Sri Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Sepanjang hayatnya, umat menyaksikan komitmen beliau yang tinggi dalam perjuangan Islam. Sepanjang hayat tiada istilah rehat bagi beliau, sehinggalah Allah SWT menjemputnya dari ribaan umat.

Pemergian beliau sebagai sahabat, guru dan pemimpin adalah satu kehilangan besar buat kita. Sama-sama kita mengambil ruh semangat YB Dato Seri Azizan yang mendedikasikan hayatnya untuk perjuangan Islam. Mudah-mudahan beliau telah membenarkan janjinya kepada Allah SWT. Semoga segala jihadnya diterima oleh Allah SWT.
 
Ustaz Azizan kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar di sisi ahli keluarganya dan pemimpin PAS Pusat dan negeri, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
 
Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
 
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.
 
Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.
 
Allahyarham meninggalkan dua isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie dengan 14 anak. sumber tranungkite

Turut dihadiri Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah – 
(Sultan Kedah merangkap Yang di-Pertuan Agong)
 
 
 
POKOK SENA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat menziarahi jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak di Dewan Kompleks PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, jam 4.05 petang tadi.

Tengku Bendahara Kedah turut menziarahi jenazah Allahyarham pada jam 3.50 petang.

Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan para pemimpin PAS di semua peringkat.

Orang ramai turut berpusu-pusu memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah disembahyangkan sebaik selesai solat Asar.









Turut dihadiri Tuan Guru Haji Salleh Musa(Mudir Pondok Sik)

Turun dihadiri Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din

Ucapan/Pesanan dari Almarhum sebelum kembali ke Rahmatullah :

“..Dalam perjuangan Islam ini tidak ada persaraan. Perjuangan akan tetap diteruskan sehingga satu masa yang Allah kehendaki untuk kita berhenti. Tetapi kita sebagai amilin yang berjuang, hendaklah berazam untuk teruskan perjuangan..” -Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak Rahimahullah-

Suasana di Kompleks PAS Pokok Sena

SUASANA PERJALANAN TERAKHIR USTAZ AZIZAN RAZAK .
HARI PEMERGIAN USTAZ AZIZAN, PEMIMPIN KESAYANGAN RAKYAT KEDAH .


 
 TUN MAHATHIR TURUT HADIR












TUAN GURU DATO HARON DIN








IRING VAN JENAZAH DARI LANGGAR KE POKOK SENA


TUN MAHATHIR SIRAM AIR MAWAR DI PUSARA UST AZIZAN













 
TANDA KASIH SAYANG TUAN GURU HJ SALLEH MUSA KEPADA 
USTAZ AZIZAN BUKAN SAHAJA MASA UST HIDUP TETAPI 
HINGGA AKHIR HAYAT. KHIDMAT TERAKHIR TN GURU 
HJ SALLEH MERATAKAN TANAH DI PUSARA UST AZIZAN



 
KHIDMAT TERAKHIR TN GURU DATO HARON DIN KEPADA 
SAHABAT SEPENGAJIAN DENGAN BELIAU DI MESIR SATU KETIKA DULU




SOLAT JENAZAH DIPIMPIN OLEH ANAK BELIAU YANG MASIH USIA REMAJA, 
DOA DIBACA OLEH TN GURU HJ SALLEH MUSA DAN DATO MUFTI KEDAH




DATO MUFTI KEDAH
ZIARAH SAHABAT YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text