Social Icons

Khamis, 30 April 2015

Perimgatan Untuk Hati Yang Selalu Alpa

Buat renungan: 

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur  di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan per.ut ular terluka.
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.


Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain. Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

 Sahabat2ku:

           Jangan tertipu 
        dengan usia MUDA 
        karena syarat Mati 
         TIDAK harus TUA.


   Jangan terpedaya dengan 
        tubuh yang SEHAT 
       karena syarat Mati 
       TIDAK mesti SAKIT


   Jangan terperdaya dengan 
        Harta Kekayaaan
                Sebab 
    Si kayapun tidak pernah 
     menyiapkan Kain Kafan 
        buat dirinya 
      meski cuma Selembar.


      Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK, 
   Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun 
TIDAK banyak orang yang mengenalimu 
dan   
Tidak suka dgn Nasihatmu


      Jadilah bagai Jantung 
        yang tidak terlihat, 
     Tetapi terus berdenyut 
     setiap saat hingga kita 
terus dapat hidup, berkarya 
     dan menebar manfaat 
       bagi sekeliling kita 
     sampai diberhentikan 
              oleh NYA

            
Sahabat2ku:
"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga .
      matahari terbenam, 
  'Amalku tidak bertambah 
            sedikitpun, 
  padahal aku tahu saat ini 
       umurku berkurang".
Renung-renungkan lah..

Rabu, 29 April 2015

Yana Samsudin Pula Berhijrah

Jika baru-baru ini, Hanez Suraya mengambil keputusan untuk berhijab selepas dia pulang dari Mekah bersama suami dan anak tirinya, terkini Yana Samsudin pula tampil berhijab. 


Yana tampil dengan imej baru itu melalui rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang disiarkan secara langsung. Malah penghijrahan Yana itu disahkan sendiri oleh suaminya Fadzil Zahari.

Jom tengok gambar yang dikongsikan oleh Yana melalui laman Instagram yang mendapat respon baik daripada peminatnya.

Klik gambar untuk size besar









Read more: http://www.myartis.com/2015/04/4-gambar-lepas-hanez-suraya-kini-yana.html#ixzz3YkCmf8I7

Selasa, 28 April 2015

10 Makanan Paling Menggemukkan Di Malaysia

Ramai orang suka makan. Setiap orang sukakan makanan. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak

Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak(mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai


Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Lari 10 km dulu baru boleh makan lebih sikit!:)

3. Nasi goreng


Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang khasiatnya. Ada kurang situ!

4. Ais krim


Sedapnya dapat ais krim, lagi lagi dengan cuaca di Malaysia ni kan? Tetapi ingat! Ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger


Kaya dengan karbohidrat, protein (patty), lemak. Satu hidangan burger 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari


Hidangan mee dengan sup kari, santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng


Rata rata kebanyakan makanan bergoreng.Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) kadang kadang pakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh elakkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Whole milk


Susu penuh krim ini sememangnya tak elok utk anda! Kandungan lemak sangat tinggi dan walaupun ada memberi anda kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak.

9. Roti


Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Somehow, roti pun high in fat dan karbohidrat. Sekeping pun dah 80 kalori. Boleh cuba roti wholemeal. Satu keping baru 50 kalori.

10. Mayonis


Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori dan 40 gram lemak. Agak tak berapa sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri. Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagaimana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Sumber: Penulis Kevin Zahri dari portal Mylaunchpad
SUMBER; PENPATAH

Bahaya Mengungkit-ngungkit

Mengungkit-ungkit Pemberian Menghapuskan Pahala.Dan Akan Mendapat Dosa.

Apakah hukumnya jika seseorang telah memberikan bantuan kepada seseorang kemudian dia mengungkit-ungkitkan pemberiannya kerana orang tersebut tidak dapat membantunya ketika dia pula susah?

Jawapan :

Salah satu perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah SWT adalah mengungkit-ungkitkan pemberian yang kita telah berikan. Mengungkit-ungkit akan menghapuskan pahala di atas amal soleh yang kita berikan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Tidak akan masuk syurga orang yang memperdaya, orang yang kikir, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan tidak akan masuk syurga iaitu :
Golongan Pertama : Suka memperdaya orang lain (menipu)
Golongan Kedua : Orang yang kikir (bakhil)
Golongan Ketiga : Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.

Suka mengungkit-ungkit (pemberiannya) :

Firman Allah yang bermaksud,"Hai orang yang beriman,jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan bertanya kerana riyak kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat" (Surah al-Baqarah ayat 264). 

Mengungkit pemberian terhadap seseorang pasti akan menyinggung perasaan orang yang menerimanya. Perbuatan itu mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang yang diungkitnya.

Dalam sebuah hadis disebutkan, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, iaitu orang yang mengulurkan kainnnya, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Nasai dari Abu Dzar al- Ghifari).

Mengungkit pemberian bukan sekadar menghapus pahala sedekah tetapi berdosa kerana menyakiti hati orang lain.Sesungguhnya, ia bercanggah dengan seruan persaudaraan yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan saudaranya. Lebih besar dosanya apabila seorang anak mengungkit-ungkit pemberiananya kepada kedua ibu bapanya. Anak tersebut menjadi anak derhaka selagi dia tidak bertaubat kepada Allah SWT dan meminta ampun kepada kedua ibu bapanya.

Jika seseorang menyakiti hati kita sekali pun janganlah kita bertindak menyakiti hati orang tersebut di atas amal atau bantuan yang pernah kita berikan. Bantuan yang pernah kita berikan itu sebenarnya adalah hak Allah SWT dan rezeki orang tersebut melalui tangan kita. Jika kita ungkit mengungkit secara otomatik menghapuskan pahala tersebut dan mendapat dosa kerana menyakiti hati orang yg pernah menerima bantuan kita. Jika orang yang pernah kita tolong dan dia tak dapat nak tolong kita maka jangan sekali-kali mengungkitnya dan banyak bersabar dan bertawakal kepaad Allah SWT.

Mudahnya Menjemput Rezeki

Image result for mudahnya menjemput rezeki

Assalamualaikum w.b.t . Semoga memberi menafaat kpd kita..

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah. Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih "Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki"yg dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa. Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak usaha untuk menjemput rezeki.

1. Networking pertama adalah DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah tmbh rakaat..makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2. Tahajjud. 
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.Membaca Al-Quran. 
Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA". 

Contoh, bila tak baca Quran dgn alasan banyak kerja, even duk rumah je pun, kita akan rasa "Eh, dah pukul 12? Cepatnya masa berlalu! Belum masak lagi, belum sidai kain lagi". Sebab tiada keberkatan masa. Seolah kita melakukan sesuatu perkara tu terlalu mengambil masa, terlalu lama. Sedangkan bila kita baca Quran pagi2 tu, kita akan rasa, "Eh baru pukul 8am lagi tadi aku buat kerja sana sini? Laju sangat ke aku buat kerja? Rasanya biasa je, relax je. Hmm"

4. Berzikir..
Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari.

5.Solat Berjemaah.
Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim..
Janganlah kita memecahkan..... silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang lapang dan tenang.

7.Bersedekah. 
Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8.Solatlah di awal waktu. 
Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..

9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.Tawakal dan Usaha.
Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal.Tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki..................... Semoga ada manfaat buat kita...insyaAllah :)

Ada yang Kita Suka Tapi Mungkin Disisi Allah Sebaliknya

Image result for usaha cari rezeki

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.6f
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. 

SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati yang membacanya..

Tazkirah..
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yangğpanjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
-------------
Pinjam 1 minit, baca ayat ni ..
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah.. 
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah" 
...... sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke 7Atas Nabi Muhammad S.A.W ....1

Isnin, 27 April 2015

Latar Belakang Menantu Sultan Brunei Yang Ramai Tidak Tahu


Pada minggu lalu, Brunei menjadi perhatian antarabangsa apabila salah seorang anak kepada Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah iaitu Pengiran Abdul Malik telah melangsungkan perkahwinannya secara gilang gemilang.

Pasangannya, Dayangku Raabi’atul Adawiyah binti Pengiran Haji Bolkiah turut menjadi perbualan ramai apabila tampil mempersona dengan persalinan mewah termasuk sepatu bertatah berlian dan perhiasan dari emas serta permata.



Namun, selain dari kecantikkannya, tak ramai yang tahu bahawa Rabiaatul pernah menyertai pertandingan ratu cantik muslimah dan dinobatkan sebagai qariah terbaik dunia.

Menurut laporan, pada tahun 2013, Adawiyah pernah menyertai pertandingan ‘Miss World Muslimah’ dan berjaya merangkul gelaran ‘The Best Muslimah Al-Quran Recital’ setelah berjaya memperdengarkan bacaannya dengan lancar.

Ia turut diakui sendiri oleh suaminya, Pengiran Abdul Malik dalam satu luahannya terhadap Adawiyah. Jelasnya lanjut, isterinya itu sememangnya memiliki sifat-sifat wanita yang sangat sopan dan terpuji.

“Yang Mulia Dayangku Raabi’atul Adawiyah binti Pengiran Haji Bolkiah sudah terbiasa dengan didikan keagamaan dan sikap bersopan santun daripada kedua-dua ayahanda dan bonda dalam menjaga akhlak dan juga sikap hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain, bahkan keupayaannya dalam menjaga adinda-adinda ketika keduanya sibuk dengan tugasan merupakan satu kelebihan yang dimilikinya.

“Berkat didikan keagamaan yang begitu kuat daripada sekolah agama lagi serta bimbingan daripada ayahanda dan bonda yang begitu memperhatikan pendidikan agama, lebih-lebih lagi bondanya Pengiran Hajah Noor’aismah binti Pengiran Haji Ismail, seorang guru agama mengajar pelajaran Al-Quran telah memberi inspirasi kepadanya mengikuti beberapa peraduan membaca Al-Quran antaranya mewakili sekolah agama dan menyertai pertandingan tersebut yang diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah pada 2005 dan mengikuti Skil Tilawah Al-Quran remaja pada 2008, di samping pernah mengikuti program Membaca Mandiri Minda di Sekolah Menengah Mengliat pada 2005. Dengan kejayaan ini turut membawanya berjaya mendapat gelaran Pembaca Al-Quran Terbaik Muslimah (Best Muslimah Al-Quran Recital) keseluruhan dari semua aspek pada 2013 apabila berjaya mewakili negara dalam pertandingan Wanita Muslimah di Republik Indonesia yang bersangkut paut dengan aktiviti keagamaan.”

Bahkan, Pengiran Abdul Malik turut mengharapkan agar sikap positif yang dimiliki suri hatinya itu dapat menjadi inspirasi dan teladan kepada kaum hawa di negaranya.

Bukan sahaja menawan dan sedap mata memandang, Dayangku Raabi’atul Adawiyah turut membuktikan dirinya memiliki harta paling berharga iaitu ilmu.

SUMBER; PENPATAH

Ahad, 26 April 2015

Ramai Tidak Sedar Perlunya Enzim Untuk Tubuh

Enzim adalah ‘motivator’ utama segala proses biokimia badan. Enzim-enzim terdapat di dalam semua sel-sel tumbuhan dan haiwan. Makanan dalam bentuk asli yang tidak dimasak mengandungi semua enzim-enzim yang diperlukan untuk menghadamkan mereka.Sayangnya apabila makanan dimasak (bakar, rebus, steam, microwave dan lain-lain) enzim-enzim ini dimusnahkan. Inilah sebabnya kenapa hari terdapat keperluan yang amat ketara bagi mensuplemen enzim-enzim dalam diet.

Vitamin, galian, kabohidrat dan protin adalah nutrien-nutrien yang menyokong pertumbuhan, hayat dan tenaga sel-sel kita. Bagaimanapun, tanpa enzim-enzim nutrien-nutrien ini tidak dapat diambil atau disampaikan kepada sel-sel. Enzim-enzim adalah buruh pembinaan sistem hayat dan nutrient-nutrien adalah bahan-bahan yang digunakan untuk membina badan kita. Tanpa mereka, hayat tidak wujud. Enzim diperlukan bagi setiap tindakbalas kimia dalam badan.

Semua organisma yang hidup didirikan daripada bahan kimia, protin, kabohidrat dan lipid (lemak). ‘Spark’ hayat dijanakan oleh enzim-enzim. Enzim-enzim diperbuat daripada kumpulan-kumpulan asid amino-asid amino yang bertindak sebagai pemangkin-pemangkin yang memerintah kadar (kepantasan) seluruh tindakbalas kimia yang terlibat dalam metabolisma sistem-sistem benda hidup (manusia, haiwan dan tumbuhan).

Sehingga kini saintis telah mengenalpasti lebih 700 enzim-enzim. Enzim-enzim dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut aktiviti mereka. Contohnya, enzim yang membantu oksidasi dikenali sebagai oksidase sementara enzim yang terlibat membuang oksigen atau mendermakan elektron dikenali sebagai reduktase. Enzim tersangatlah cekap. Kuantiti yang amat kecil mampu bertugas, seperti reagen yang amat kuat pada suhu tersangat tinggi, dengan cara tindakbalas kimia biasa. Contohnya 1 auns pepsin mampu menghadamkan 4000 pauns telur putih dalam beberapa jam sahaja.

Terdapat 3 klasifikasi enzim: enzim metabilok, digestif dan enzim makanan.

enzim metabolik – enzim ini dibuat oleh setiap sel badan dan bertugas melakukan beberapa reaksi biokimia khas dalam tisu dan organ badan.

enzim digestif – enzim-enzim ini dibuat dan dikeluarkan oleh badan digunakan spesifik untuk menghadamkan makanan yang diambil.

enzim makanan – enzim-enzim ini tidak dibuat oleh badan. Mereka terdapat dalam makanan mentah dan di buat semasa makanan mentah dihadamkan.

Apabila bertambah tua, badan dan fungsi-fungsi utamanya menjadi kurang cekap. Untuk membantu memperlahankan proses penuaan ini, kita perlu mengganti bekalan nutrien dan bahan biologikal kita.Kita boleh membantu menggantikan bekalan enzim dengan memakan buah dan sayur-ulam segar yang kaya dengan enzim-enzim dan dengan mengambil suplemen yang terdapat dalam pasaran.

Apabila kita memakan makanan yang telah dimasak, enzim penting yang boleh digunakan untuk penyembuhan ditukarkan dan dihantar ke sistem penghadaman untuk menghadam makanan. Apabila kita makan makanan mentah, mereka telah sedia mengandungi enzim untuk penghadaman yang membantu menghadamkan makanan. Makanan yang telah dimasak tidak memiliki enzim-enzim ini, dengan itu badan akan menggunakan enzim dari stor simpanannya. Selepas penghadaman enzim-enzim terlibat akan dikumuhkan sebagai buangan badan. Apabila kita mengeluarkan enzim dari badan, dari proses penghadaman, system-sistem organ mula bersaing untuk enzim yang masih baki.

Sekiranya kita tidak mengembalikan bekalan enzim, kita akan menjadi kekurangan enzim; akibatnya kapasiti pengimbangan semula dan penyembuhan kita diturunkan dengan serius. Bila kita defisien enzim, hanya dengan memakan makanan mentah tidak dapat mengembalikan stok enzim dalam badan. Kebanyakan buah, ulam dan sayur memiliki hanya cukup enzim untuk menghadamkan mereka sendiri dan tidak tiada lebihan untuk mengembalikan enzim bagi badan yang telah dikurangkan akibat memakan makanan yang telah dimasak.

Ambillah tambahan enzim untuk mencukupkan enzim badan secara harian untuk mengimbangkan semula diet yang kekurangan enzim daripada makanan yang telah dimasak. Dan jangan lupa menambah banyak buah, ulam dan sayur ke dalam diet.

Tahukah anda apakah bahan semula jadi yang mengandungi banyak enzim? Tidak lain tidak bukan, jawapannya ialah madu lebah terutama madu lebah hutan. 

Sila baca tentang khasiat madu lebah hutan DI SINI

10 Tips Membeli Ikan Segar Di Pasar


Let’s face it. Jika anda tidak tahu beza ikan pelata dengan ikan cencaru, besar kemungkinan tidak akan mengotorkan tangan anda untuk memilih ikan dari timbunan banyak-banyak ikan di meja peniaga ikan. Anda akan bagitahu ikan apa yang anda mahu, berapa kilo, bayar dan terus beredar. Before you know it, isteri/ibu/kawan anda akan bersumpah tidak akan membenarkan anda membeli ikan untuknya lagi kerana anda baru sahaja membeli ikan yang tidak segar.

Tahukah anda ikan goreng yang dibeli segar rasanya sangat-sangat berbeza sedapnya berbanding ikan goreng yang anda makan di dewan makan sekolah berasrama anda dahulu?

Persoalannya bagaimana untuk memilih ikan yang tersegar dan terbaik dari lambakan ikan yang dilonggok di pasar? Di sini, kami ingin berkongsi tips Oleh Chef Jamie Oliver - bagaimana memilih ikan ketika di pasar.

Gunakan deria penglihatan anda

1. Badan ikan segar mempunyai kulit yang licin dan berkilat.


2. Ikan bersisik yang segar mempunyai sisik yang masih kukuh di badannya. Ikan yang tidak segar mempunyai sisik yang sudah mula tertanggal.

3. Ikan segar mempunyai mata yang cerah. Crstal clear.


Bukannya berwarna merah….
….atau kabur seperti ini.


4. Ikan segar mempunyai insang yang berwarna merah pekat….
….seperti warna darah.

Jika insang ikan tersebut sudah dibuang atau berwarna selain merah pekat, itu adalah petanda terbesar ikan tersebut adalah ikan lama. Yuck!

Guna deria bau anda

1. Ikan segar tidak pernah berbau hanyir. Ia berbau seperti bau laut.

2. Jika anda tidak suka dengan bau ikan tersebut (bau busuk), jangan beli ikan tersebut. Trust your instinct.

3. Jangan membeli jika anda terbau ammonia/formaldehyde (bau bahan kimia yang tajam) dari kedai peniaga ikan tertentu. Ikan mereka mungkin nampak berkilat dan tidak banyak lalat, tetapi ikan-ikan mereka telah disembur dengan larutan ammonia hidroksida cair/formaldehyde.


Guna deria sentuhan anda

1. Sentuh kulit ikan yang anda mahu beli. Kulit ikan yang segar licin dan basah, seperti baru keluar dari air.

2. Picit daging ikan itu sedikit. Daging ikan segar lebih anjal.

3. Jika daging ikan itu tidak anjal dan kering, ikan tersebut tidak layak berada di dapur anda.


10 Tips Membeli Ikan Segar Di Pasar Oleh Chef Jamie OliverPerkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

Read more: 

Jom Tonton TV IKHWAN (Streaming) Malam Ini.

Alhamdulillah, TV IKHWAN akan bersiaran pada hari ini..!

Mari sama-sama kita saksikan tayangan TV IKHWAN pada malam ini dengan pelbagai rancangan dan filem-filem pendek yang pastinya menarik dan menghiburkan..! dan yang paling penting Insya Allah mendidik jiwa kita...

Teruskan menonton TV IKHWAN!!!

Tarikh : 26 & 27hb April 2015, Jam 9.00 malam (waktu Malaysia)

Sila layari : streaming.tvikhwan.tv ,
Link mobile : rtsp://173.244.212.219/nurmuham-x/myStream

Sabtu, 25 April 2015

Rahsia Teknik Memasak Yang Sangat Berkat

Adab2 Memasak

Memasak ni sangat penting sahabat2. Tok2 guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun sebut bab ini

Saya dapat khidmat sebagai penyedia makanan dan memasak untuk para jemaah yang keluar di jalan Allah

Saya nak kongsi adab2 memasak dari mudzakarah masturat. Sangat2 hebat mereka para2 isteri para jemaah menjaga adab masakan pada suami dan anak2

1. Berwuduk dan solat 2 rakaat

2. Baca doa masuk dapur surah alkahfi ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa
yang di sisi Allah adalah kekal

4. Doa cuci beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi
kami makanan yang lebih baik darinya

5. Doa letak beras dalam periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar

6. Doa letak air dalam beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

7. Doa mengacau sayur ke arah kanan dan ikut arah jarum jam
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu
selain Allah

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

9. Doa cuci sayur
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

10. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3

Kalau tak mampu buat macam ni cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan alquran, zikir dan JANGAN bercakap hal2 dunia semasa memasak. InsyaAllah

Sila amalkan untuk mendapatkn redha dan berkat dalam keluarga. InsyaAllah.. Supaya beroleh keluarga dan anak2 yang soleh dan solehah. Pentingnya siapa yang memasak untuk kita. Ingat!!! Air tangan orang yang memasak.....akan jadi penawar penyakit lahir batin ATAU jadi punca terhimpunnya virus yang mengdatangkan bermacam-macam penyakit......

Didiklah Anak-Anak Dengan Kesusahan, Binalah Rasa Hati Mereka Supaya Kuat Dengan Tuhan

Image result for mawaDDAH

Tulisan oleh Makngah Zainab@Khaulah Ashaari

Aku kisahkan perihal ibu ayahku itu bukan kerana mereka itu ibu ayah yang melahirkanku,
tapi kerana aku tahu ibu ayahku itu juga aku kongsi bersama dengan ribuan lagi anak-anak yang tidak mereka lahirkan yang turut merindu..

Mendengar cerita bagaimana Abuya mampu menyusahkan anaknya sedemikian rupa pasti mengundang ngeri dihati. 

Boleh ke? 
Tak kesian ke anak? 
Takde hati perut ke? 
Anak-anak tak cukup kasih sayang nanti!

Aku paling pantang kalau ada antara adik beradik aku yang cakap kami tak cukup kasih sayang. Aku rasa nak jentik mulut. Eh! Cukup kasih sayang tu macamana sebenarnya? Makan bersuap,tidur bertepuk,duduk beriba ke? Ewah.. Sampai bila kau nak jadi baby Suap nestum sampai darjah 6 kang baru tau!

Dengar sini wahai adik-adikku yang comel dan comot, antara banyak mak ayah kat dunia ni kan, sedar tak sebenarnya mak ayah kita yang paling mewahkan kita dengan kasih sayang. Tau tak sebab apa? 

Sebab mak ayah kita bagi TUHAN. Tuhan tu lebih besar lebih kaya lebih sayang kita melebihi seisi dunia. Kalau kita betul mengambil Tuhan yang mak ayah kita pusakakan tu, konfem kita jadi anak yang terlebih-lebih kasih sayang hinggakan kita juga turut mampu memberi kasih sayang pada orang lain yang lebih memerlukan. 

Tapi kalau kita buat tak peduli je dengan Tuhan tu, itu yang merapu-rapu cakap tak cukup kasih sayanglah, apelah!

Kepada ibu bapa, jangan pernah takut untuk memberi kesusahan kepada anak-anak. Sesungguhnya kesusahan itu bagai menyemai benih yang sudahnya kita dapat menuai hasilnya. Berbaloi-baloi. 

Tapi biarlah kesusahan yang diberikan itu bersama Tuhan. Sebab Tuhan tu penyelesai segala masalah. Semua benda kena bersama Tuhan. Jangan pandai-pandai rasa kau mampu setelkan anak-anak tanpa Tuhan.

Ok.. 
Aku sebenarnya heran tau kenapa melancong ke Eropah itu bagi kebanyakan orang ialah sesuatu yang exclusive. Sebab pengalaman aku berapa kali dah kesana tak pernah pun rasa gempak. Rasa lawak adalah. 

Kat Eropahlah aku belajar untuk hidup jauh lebih susah dari biasa. 
Ok ceritanya macamni. 

Biasanya show yang betul-betul confirm dari pihak penganjur tu hanya sekali show sahaja. 
Memang takde undangan lain. Tapi melampaulah kalau pergi Eropah tiket mahal pastu duduk 2 hari jekan? Jadi biasanya Tuhan buat lepas show yang pertama tu akan ada undangan show yang berderet-deret. 

Kerana prinsip kita tak minta bayaran, maka pihak yang menjemput untuk show seterusnya itu kadang setuju untuk siapkan tempat tinggal dan sedikit kos perjalanan. Itu saja. Duit belanja,royalti,duit poket,duit jajan,apetah lagi duit raya memang tiada ye. 

Sila jangan tertipu dengan gambar kami diEiffel Tower itu sebagai sedang kaya raya. Itu hanya lakonan semata-mata.

Maka untuk mengorek duit belanja buat sekumpulan adik beradik yang tak pernah kenyang itu bagaimana? Belanja yang kami maksudkan ialah teringin roti,keropok,kebab,jus dan lain-lain yang dijual distesen minyak ye. Atau sesekali akan beli stokin,tshirt dan pakaian yang berharga 5euro kebawah. 

Atau juga untuk beli ole-ole keychain untuk kawan-kawan yang bernilai 1 euro ke bawah. 
Harap faham definisi belanja kami!  Hehe.. 
Minta dengan Abuya Ummu? 
Ewah cantik muka kau! 

Ummu akan menidak pedulikan permohonan itu ye. 
Sebelum mohon pun dah tau dah jawapan. Jadi aku akan pakat sesama adik-adik yang agak boleh berfikir (sebab ada adik yang tak suka fikir) untuk cari modal beli barang untuk dijual disana. Dalam masa yang sama kami memang akan sentiasa bawak cd/vcd yang dihasilkan selalunya last minute sebelum keberangkatan. 

Dari hasil jualan cd tu akan sangat membantu kos perjalanan selama 3 bulan di Eropah. Manakala jualan barang yang kami bawa pula adalah sebagai sok sek sok sek keperluan selama disana. 

Dan biasanya Tuhan buatkan ada saja pihak yang akan bermurah hati tumpangkan rumah,belanja makan,belanja pakai dan lain-lain. Walaupun begitu tetaplah kami pernah melalui pengalaman tidur dalam kereta ditempat rehat sebab tiada rumah untuk ditumpangi,pernah juga tidur diruang tamu rumah orang yang sempit seramai 13orang. 

Dan biasa juga tidur tersengguk disofa rumah orang. Sekarang ni dah mudah. GISB dah ada rumah dan premis di Eropah. Jadi sapa nak kesana sekarang ni dah tak risau nak kena tidur dalam kereta. Huhu..

Hikmah besar dari semua ini ialah, satu hari tu sorang simpati lama Abuya di Kent (UK) mengajak kami kerumahnya. Rumahnya jauh dari London. Kira kampung jugalah. Konsep rumahnya pula ialah cerita seram. Pokok merimbun yang menutupi sebahagian besar rumahnya itu memang meremangkan, dibelakang rumah pula ada pokok yang jenis boleh tarik kaki orang tu tahape nama dia. Memang seram. 

Image result for rumah seram

Tuan rumah tinggal dengan anak lelaki bujangnya. Kedua-dua mereka itu juga menyeramkan. Bila sampai waktu tidur, tuan rumah dan anaknya mohon izin untuk masuk tidur dan meninggalkan kami terpinga-pinga nak tidur mana. Seram kan? 

Kami seramai 8orang pun ambil keputusan untuk layan jelah ruang tamu tu. Aku merengkot atas sofa diruang makan, Fatim bawah meja makan, Fah tergolek tepi pasu, adik-adik laki diruang tamu berhimpit-himpitan. Dah penat sangat. 

Esok paginya tuan rumah dan anak pun turun solat subuh jemaah dengan kami. Lepas solat tu dia menangis. Hish makcik jangan buat hal! Dia cakap selama ni dari lama dulu aku selalu dengar orang tuduh Abuya mewahkan anak-anak. 

Tapi bila aku tengok kamu semua sanggup tidur dalam keadaan serba kurang diruang tamu rumah aku ni,jelaslah bahawa segala tuduhan itu tidak benar sama sekali. Hah! Makcik ni memang pandai menyeramkan kami!

Abuya memang betul nak pastikan bahawa kami ke Eropah tu dapat kekalkan rasa hamba. 
Jangan berangan macam pelancong pergi Eropah nak borong handbag ye. Sedar diri sikit kau tu pergi berjuang. Bukan bersenang lenang. Pernah kami hadapi satu kesusahan yang tak mampu ditanggung lagi lalu kami call Ummu untuk mengadu. Wahh..seronok kau dapat mengadu ye. 

Sekali tu Ummu boleh relaks je cakap,Allah.. Nikmat dapat ke Eropah tu dah besar sangat. 
Setakat ujian kecik ni apalah nak diberatkan. Ha padan muka! Macamlah kau tak kenal Ummu nya. Iyah dulu selalu ngadu cikgu rotan,hasilnya Ummu akan rotan Iyah lagi teruk dari cikgu. Hahah.

Jadi itulah yang Abuya maksudkan dengan memberi kesusahan kepada anak. Supaya kelak mereka tahu untuk jadi miskin dalam kaya dan boleh kaya dalam miskin. Selagi Tuhan tidak ditinggalkan, insyAllah semuanya dapat diatasi.

Abuya.. Terima kasih..
 

Sample text

Sample Text

Sample Text