Social Icons

Isnin, 6 April 2015

Inilah Sebabnya Jangan Ada Televisyen Di Rumah Kita

Artikel berikut ditulis oleh Zulzaidi bin Mahmud

Ditulis oleh : Zulzaidi bin Mahmud 

Media elektronik dan media bercetak merupakan medium kepada manusia untuk mengetahui banyak perkara, secara tidak langsung menambahkan ilmu pengetahuaan. 

Media elektronik iaitu televisyen merupakan media yang menjadi “favourite” semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan warga tua. Televisyen memaparkan banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial, sukan dan hiburan.

Kanak-kanak merupakan antara golongan yang teramai dan terbanyak menonton televisyen. Perkara yang menjadi tontonan kepada kanak-kanak adalah berhubung dengan hiburan, seperti rancangan kartun dan nyanyian. 

Hiburan boleh mendatangkan ketenangan, menghilangkan kekecewan, dan mengatasi masalah emosi, tetapi hiburan kartun yang ada di televesyen adalah berorientasikan hiburan yang patut dijauhi oleh kanak-kanak kerana ia bukan mematangkan mereka tetapi menjadikan mereka berfikiran negatif. 

Kartun adalah rancangan paling diminati oleh kanak-kanak ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi sehingga ada rancangan kartun seakan-akan berbentuk “realiti” yang dipanggil 3D.

Setiap hari kartun diibarat seperti makanan yang wajib dimakan untuk hidup, tidak lengkap hidup kanak-kanak tanpa menonton kartun. 

Pihak-pihak penyiaran telah mencuri “Golden Time” kanak-kanak untuk mempertontonkan rancangan-rancangan kartun yang menarik seperti Doraemon, Detektif Conan, Sinchan, Spongebob dan lain-lain lagi. 

“Golden Time” itu sepatutnya menjadi waktu yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mematangkan mereka seperti membaca, bermain bersama ibu dan bapa. Rancangan penonton-penonton cilik ini khasnya kartun disiarkan tanpa mengisa masa, ada juga kanak-kanak menyatakan kepada ibu bapa “sabtu dan ahad hari abang tau”. 

Bermula dari jam 9 pagi kanak-kanak sudah terpacak di hadapan televisyen untuk menonton rancangan yang kononnya memberikan manfaat kepada mereka secara total. Sebenarnya tanpa kita sedari bahawa televisyen yang telah mendidik kanak-kanak bukan ibu bapa. 

Penulis berkata demikiaan kerana televesyen telah melayani kanak-kanak dengan tekun dan memberi layanan yang memuaskan hati mereka tanpa mereka rasa gusar dan bosan walaupun sesaat. Belaian dan kasih sayang yang sepatutnya diberikan oleh ibu dan bapa telah beralih kepada televisyen, dan perkara ini amat menyedihkan. 

Cuba bayangkan kasìh sayang seorang ibu kepada anaknya telah dirampas orang ketiga tanpa disedari. Setiap ibu bapa harus sedar bahawa orang ketiga itu adalah “Prof Dr. Televesyen” yang bisa mengajar kanak-kanak apa sahaja.

Ungkapan yang dijadikan asas kepada sicilik untuk menonton televesyen adalah “sesuai untuk semua lapisan masyarakat” ditambah lagi dengan perkataan “U” bagi UMUM. Rancangan-rancangan yang ditonton tidak semuanya sesuai untuk kanak-kanak kerana ada juga yang berunsur negatif yang patut dijauhi. 

Bukan hanya cerita kartun sahaja yang patut dijauhi, tetapi televesyen itu sendiri mesti dijauhi agar keseimbangan emosi kanak-kanak terjaga tanpa ada noda-noda negatif. Jauh di sini bermaksud jika sicilik yang ingin menonton televisyen ia mestilah dipantau secara total kerana ditakuti dipengaruhi unsur-unsur negatif dalam fikiran mereka.

“Akademi Pediatrik Amerika (APP) telah menyarakan supaya televesyen diharamkan bagi kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Ini disebabkan dalam tempoh dua tahun pertama bayi memerlukan sentuhan manusia bukan didikan imej di televesyen” [petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang]. 

Terdapat begitu banyak kesan kanak-kanak menonton televesyen, bukan hanya terhadap fizikal menurut sains tetapi juga terhadap emosi dan tingkahlaku yang akan diterangkan selepas ini.

SUMBER; ZULZAIDI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text