Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Kenangi Juga Para Pejuang Kemerdekaan Yang Bukan UMNO

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri. Janganlah kita buta sejarah. Tetapi siapa lagi pejuang-pejuang yang yang gugur serta yang masih di depan mata? Perjuangan Menentang Penjajahan British dan Jepun KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) Ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Presiden : Ibrahim Haji Yaakob Naib : Mustapha Hussein S/Usaha Agung : Hassan Manan S/Usaha : Othman Md Nor Bendahari : Idris Hakim Ahli Jawatankuasa : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) : Onan Siraj : Abdul Karim Rashid : Bahar Abik : Sulong Chik : Abdullah Kamil : Abdul Samad Ahmad : Mohamad Salehuddin : Ahmad Boestamam : Burhanuddin Al Helmy Ditubuhkan atas asas ideologi dan berlandaskan demokratik-sosialisme. Berjuang melawan penjajah, antifeudal dan antielit birokrat Malaya yang berorientasi Barat. Berjuang untuk penyatuan nasional, berperikemanusian, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi, rasa persaudaran atas asas kebenaran dan kesucian. Semasa perang dunia ke-2...

KDN Umum 49 Pertubuhan Haram

Imej
Syabas KDN! Sudah tiba masanya geng kongsi gelap ini di dibenteras habis-habisan! Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan 49 petubuhan haram di bawah Akta Pertubuhan 1966.  Senarai itu dikeluarkan pada Khamis oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mengandungi beberapa kumpulan terkenal seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36. Berikut adalah senarai penuh pertubuhan haram itu: 1) Geng 04 2) Geng 08 3) Double 7 4) Tiga Line 5) Geng 30 6) Geng 38 7) Geng 24 8) Geng 18 9) Geng 36 10) Geng 21 11) Ang Soon Thong 12) Wah Kee 13) Sio Sam Ong 14) PNEH 15) Hong Hong San 16) Hai San 17) Sin Ang Bin 18) New Cell 20 19) Jit It Hai 20) Sio Koon Tong 21) Gee Lam Kor 22) Gee Ah Eng 23) Loh Kuan 24) Tiang Yee Tong 25) Geng Leng Hor 26) Geng 35 27) Geng 303 28) Geng Satu Hati 29) ATAP 30) Hung Ann 31) Sui Yup 32) Otai 33) Borneo Red EMP 34) Ah Ngau 35) Batu Tiga 36) Ah Feng 37) Batu 10 ...

Analisa Calon Berpotensi Menang Dalam Merebut Naib Presiden UMNO

Pemilihan saf kepimnpinan UMNO Oktober akan datang merupakan pertunjuk kepada kecenderungan ahli akar undi terhadap wajah pemimpin masa depan mereka. Semua yang berhak mengundi nanti pastinya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk membuat keputusan siapakah pemimpin yang berupaya membawa UMNO ke era yang lebih mencabar selepas ini. Sememangnya survival politik orang Melayu masih dikuasai UMNO - selagi BN masih dipercayakan menjadi parti yang menguasai pentadbiran negara. Kita akan lihat pemilihan nanti akan menjunamkan masa depan ramai tokoh lama UMNO. Apa boleh buat, masa sudah berubah. Gaya dan sikap ahli akar umbi sudah semakin matang. Pemimpin muda UMNO yang berkeliber akan dipercayakan pada kali ini.  Ikutilah satu ulasan dan analisa menarik bagi topik di atas dari persepsi saudara Shahbudin dalam blog beliau. KLIK UNTUK SUMBER   Naib Presiden UMNO: Zahid Paling Popular Tapi Belum Tentu Menang Bergaya Jawatan Menteri Dalam Negeri benar-benar membawa u...

Pentadbiran Pas Di Kelantan - Hakikat Kelemahan Ketara

Imej
Bacalah paparan berikut kerana ianya adalah gambaran lucu bagi sebuah pentadbiran Islam seperti yang dicanang-canangkan!!! KLIK SUMBER Perlantikan Timbalan Exco Songsang? CERITA SABTU Minggu lepas telah berlangsung majlis angkat sumpah 10 orang Adun yang dilantik menjadi timbalan Exco kerajaan Kelantan. Rasanya Kelantan adalah satu-satunya negeri yang mewujudkan jawatan timbalan Exco. Jawatan timbalan Exco ini tidak mempunyai kuasa dan hak bagi mengganti Exco melainkan hanya membantu tugas-tugas Exco diluar 'kerasmian'. Ahmad Yacub   Ertinya mereka tidak boleh mengganti Exco dalam apa-apa urusan rasmi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka juga tidak boleh menjawab soalan sebagai ganti Exco yang tidak ada dalam Dewan. Mereka juga tidak boleh membuat apa-apa keputusan. Sebelum diulas mengenai perlantikan Exco dan majlis angkat sumpah di hadapan MB. Ahmad Yakub itu, suka dijelaskan m...

PAYUNG GERGASI MASJID NABAWI REKAAN "ARKITEK ALLAH"

Imej
Nama Mahmoud Bodo Rasch (70) mungkin agak asing bagi kita yang tinggal di Malaysia tetapi bangunan dan struktur rekaan beliau adalah sangat tidak asing lagi di kalangan penganut Islam seluruh dunia. Mahmoud Bodo Rasch terlibat dalam pelbagai proses rekaan projek mega di Mekah dan Madinah. Sebagai contoh menara jam terbesar di dunia Abraj Al Bait, rekaan kemah kalis api di Mina , kubah bergerak Masjid An Nabawi, mimbar Masjidil Haram, tangga Kaabah dan payung automatik Masjid An Nabawi kesemuanya adalah rekaan beliau. Kerana penglibatan beliau yang extensif dalam pemodenan tempah suci umat Islam beliau diberi jolokan "Arkitek Allah". Mahmoud Bodo Rasch dilahirkan di Jerman pada tahun 1943. Beliau meminati rekaan struktur besar tetapi ringan. Pada tahun 1973 beliau memeluk Islam dan mula mencari jalan untuk memudahkan pengurusan jemaah haji. Pada tahun 1992, 12 payung gergasi boleh lipat beliau dibina di Masjid An Nabawi bersama dengan 27 kubah boleh bergerak. Pada tahun ...

SERIUS - OPERASI MENYELAMAT LELAKI OBESE 610 KILOGRAM DI SAUDI (11 GAMBAR)

Imej
Khalid Mohsen Shaeri (20) ialah seorang pemuda obese dengan berat badan 610 kilogram. Berat badan beliau meningkat kerana masalah kesihatan dan akibatnya beliau terperangkap di dalam rumah beliau selama dua tahun. Semalam beliau diselamatkan dari rumah beliau di Jazan, Arab Saudi untuk mendapat rawatan di King Fahd Medical City di Riyadh.    Sebuah forklift terpaksa digunakan dalam proses menyelamat dan sebuah pesawat kargo Hercules C130 disewa khas untuk menerbangkan beliau. Kesemua kos menyelamat, memindah dan perubatan Khalid Mohsen Shaeri ditanggung sepenuhnya oleh Raja Abdullah.

Esok Kakitangan IHSB Akan Serah Memorandum Kepada MB

Dari Blog MSO.    MAKLUMAT Esok kakitangan Insaniah Holding Sdn. Bhd. (ISHSB) dan anak-anak syarikatnya akan menyerahkan memorandum kepada MB Kedah menuntut gaji dan apa-apa elaun kebajikan kepada mereka yang tidak dibayar. Memorandum itu akan diserah sebelum bermula sidang Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman bertempat di pintu utama masuk ke Wisma Darul Aman. Dalam satu email yang dihantar kepada saya, kakitangan Syarikat Insaniah Holding dan anak-anak syarikatnya diminta datang beramai-ramai. Suami isteri, anak-anak serta keluarga juga minta dikerah sama untuk memberi gambaran betapa pentingnya memorandum berkenaan. Menurut email itu yang mengandungi empat perenggan pihaknya sudah melakukan apa saja untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi tidak berhasil. Mungkin dengan menyerahkan memorandum itu kepada MB, Mukhriz Mahathir ia akan memberi kepedulian terhadap masalah ...

Kes Lima Penjenayah Ditembak Mati di Pulau Pinang - Timbalan Menteri JPM Sepatutnya Menyokong Tindakan Pihak Polis

Imej
Ada situasi yang membahayakan sedang bernyala di negara kita jika ianya tidak ditangani secara tegas, berhikmah dan tuntas. Isu ini dimainkan pihak pembangkang terhadap tindakan pihak polis menembak mati lima penjenayah bersenjata api di Pulau Pinang. Dalam kejadian tersebut, polis tidak ada pilihan setelah mereka ditembak terlebih dahulu. Polis bertindak menembak balas dalam situasi yang dibenarkan oleh Standard Operating Procedure (SOP).  Isu tersebut sepatutnya melegakan orang ramai yang semakin bimbangkan keselamatan diri dan keluarga masing-masing apabila meningkatnya kes tembak curi oleh para pembunuh upahan. Tindakan polis menubuhkan satu pasukan gerak khas menjejaki para pembunuh upahan ini akhirnya membawa kepada penemuan rumah lima orang penjenayah yang dicari itu bersembunyi. Kecekapan pasukan tersebut mengepung rumah berkenaan menjadikan operasi berkenaan dapat ditamatkan dalam waktu yang singkat. Risiko peluru sesat - hasil tembak-menembak - yang berkemungkin aka...

Kes Bunuh Diri di Singapura Catat Tertinggi

Imej
  Ini yang dikatakan apabila materialistik menjadi ukuran maka nyawa senang dibuang begitu sahaja. Inilah yang dibanggakan menjadi Singapura, negara maju tapi stresss terlalu tinggi apabila duit prioriti utama. Dan menyedihkan sikap sosial dan moral yang semakin rendah meninggikan kadar bunuh diri di Singapura. Pernah tak baca berita pada masa Tsunami, apabila kerajaan mereka minta menderma baju. Rakyat mereka derma baju yang tak layak dipakai lagi...berkoyak-koyak!!! Inilah nilai moral rakyat Singapura, so tak hairan kalau mereka mendapat tempat pertama membunuh diri.. Kejadian bunuh diri mencatat angka tertinggi pada tahun lalu dengan 487 kes berikutan semakin ramai orang muda mengalami tekanan dan gagal dalam perhubungan yang menyebabkan mereka bertindak menamatkan nyawa sendiri. Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 29 peratus berbanding tahun 2011. Ia turut menyaksikan peningkatan sebanyak 80 peratus ke atas mangsa berusia 20 hingga 29 tahun, jelas sebuah badan buka...

Luar Biasanya Nilaian Seorang Wanita Solehah!!!

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH. "Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat-empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menderhakai suaminya". Ath-Thabrani. "Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh, isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya...

Gambar Bas Jatuh Gaung di Genting Highland

Imej
 Semalam seluruh negara digemparkan dengan berita kemalangan mengerikan. Sebuah bas  terhumban ke dalam gaung ketika menuruni Genting Highlands kira-kira jam 2.45 petang semalam (21 Ogos 2013) . Seramai 37 orang terkorban dalam nahas bas terburuk di negara ini apabila bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.6 Jalan Genting Highlands. Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) (lima), Hospital Sungai Buloh (dua) dan Hospital Bentong (satu).    Kemalangan itu berlaku ketika bas berkenaan yang  menawarkan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kotA.  Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas bas itu ditamatkan 9.30 malam tadi dan ia diumu...