Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BLOG JOMJALAN

Cara Kreatif Jika Ingin Bertemu Hantu Bila Menginap Di Hotel-hotel

Imej
Ramai yang takut hantu. Minta simpang Malaikat 44 kata mereka. Hakikatnya hantu itu makhluk halus dari kalangan jin. Macam-macam jenis dan nama mereka. Ada yang mengganggu, ada yang selamba sahaja.  Kalau ada yang minat dan suka hendak bertemu dengan hantu, cubalah cari hotel-hotel yang mempunyai ciri berikut. Baca paparan di bawah yang telah dipaparkan di blog JomJalan . Anda boleh membaca banyak lagi artikel menarik di blog itu DI SINI Hampir semua hotel di dunia ini berhantu. Tetapi beberapa cara mengurangkan peluang anda berjumpa dengan makhluk ini. Bukan apa. Seperti anda, makhluk ini juga perlu katil untuk berbaring, cermin untuk bersolek dan sambungan internet untuk emel. Kalau dulu mereka cuma mengetuk bilik, kini mereka sudah pandai mendail telefon anda pada waktu malam. Apabila anda datang ke bilik mereka dengan 3 anak yang asyik bergaduh, anda yang sebenarnya mengganggu mereka. Gunakan 5 tip hotel di bawah untuk mengurangkan peluang diganggu di hotel sewakt...

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Anda Patut Tahu

Imej
Pak Lang baru dimaklumkan oleh seorang penulis / pemilik blog berikut mengenai blog beliau iaitu jomjalan.com . Menarik sangat blognya. Pak Lang pun ada cita-cita hendak memaparkan cerita atau bahan seperti yang beliau titipkan. Sangat memberi informasi dan kreatif dalam membuka bicara yang mendorong kita klik pada tulisannya.  Pak Lang menghargai keterbukaan beliau membenarkan Pak Lang mengambil dan memaparkan perkongsian beliau untuk dimuatkan di dalam blog suaramuhajirin313 ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati beliau dan kita semua.  Paparan berikut dengan tajuk di atas diambil dari blog beliau. Boleh baca macam-macam perkara yang beliau tuliskan dalam blognya. Alhamdulillah Pak Lang bersyukur kerana Pak Lang dapat rasakan baru bertemu kenalan baru - kenalan alam maya.. Semoga Allah izinkan bertemu dengannya nanti. Anda minum air dari gelas bilik hotel? Eiii … Pengotornya ! Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau...