Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SISTEM HIDUP ISLAM

Panduan Umum Daripada Nabi Saw Tentang Kesempurnaan Agama

- HADIS TERUNGGUL - Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata: “Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya: Wahai Rasulullah...! Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.” Rasulullah berkata kepadanya: “Tanyalah apa yang engkau kehendaki.” 1.  Arab Baduwi itu berkata:       Aku mahu menjadi orang alim. Baginda menjawab: "Takutlah kepada Allah SWT" 2.   Dia bertanya lagi:        “Aku mahu menjadi orang paling kaya.” Rasulullah menjawab: “Jadilah orang yang yakin pada diri.” 3.  Bertanya lagi Arab Baduwi itu:        “Aku mahu menjadi orang yang adil.” Lalu dijawab oleh Rasulullah: “Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.” 4.  Dia bertanya:       “Aku mahu menjadi orang paling baik.” Baginda menjawab: “Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”  5.  Dia bertanya lagi...

Pelik!! Ramai Yang Membaca Bismillah Sebelum Mengucapkan Salam!!

السلام قبل الكلام "SALAM SEBELUM KALAM ( BERCAKAP)" Akhir-akhir ini kita selalu dapati penceramah atau ustaz-ustazah yang memulakan ucapan mereka dengan menyebut 'Bismilah' terlebih dahulu kemudian baharulah mereka lafazkan ucapan "Assalamualaikum". Niat mereka mungkin baik untuk mendapatkan keberkatan 'Bismilah'. Memang ada hadis yang menyebut mana-mana pekerjaan yang tidak didahulukan dengan 'Bismilah' adalah terputus dari mendapat keberkatan. Bagi mereka yang biasa bermu'asyarah (bergaul) dengan ulama tradisional dan ulama yang Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia, amalan membaca 'bismilah' sebelum mengucap salam adalah suatu yang janggal dan pelik.  Tetapi hari ini, ramai ustaz muda sudah tidak berpengalaman bergaul dengan ulama-ulama lama. Mereka sekadar membaca kitab dan melakukannya dengan 'ijtihad' mereka sendiri.  Jadi tidaklah hairan kenapa di negara kita hampir semua ustaz-ustaz penceramah memul...