Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BLOG SAYANG ISLAM

Tip Mendorong Anak Menyahut Segera Panggilan Ibubapa

Imej
“Ummi…,” seorang anak memanggil saya. “Nanti dulu,” begitulah lazimnya jawapan saya sama ada ketika sedang memasak, menguruskan hal-hal lain, menaip dan melayan tetamu. Ataupun saya menyahutnya lambat. Jika kebetulan saya tidak sibuk sahaja, saya akan segera menyahut dan menyelesaikan urusan mereka.   “Kak Nur, mak Yu pernah tegur Yu supaya segera menyahut panggilan anak,” beritahu sahabat saya, Nurul setelah melihat saya menjawab begitu. “Sikap kita yang menjawab ‘nanti dulu’ atau ‘tunggu dulu’ itu secara tidak langsung melatih anak-anak untuk menjawab dengan lafaz yang sama ketika kita memanggil mereka” “Iya tak iya juga,” saya terfikir ada kebenarannya kata-kata itu. Bukankah anak-anak kecil adalah ‘peniru’ yang terbaik? Mereka belajar berjalan, bercakap dan pelbagai aksi dari insan yang terdekat dengan mereka. Sama ada insan tersebut ibubapa, penjaga, pengasuh, adik beradik, datuk nenek, bibik dan sesiapa sahaja yang sentiasa di samping mereka dalam proses tumbesaran d...