Berhati-Hati Bila Terima Gaji Awal
Penjawat awam yang menerima gaji dan bonus RM500 pada 25 Jun lalu, dijadualkan menerima gaji awal untuk Julai iaitu pada 9 haribulan, manakala gaji berikutnya pada 25 Ogos. Seorang perunding kewangan dari Great Eastern Takaful Ahmad Humaizi Mat Noor berkata penjawat awam perlu bijak berbelanja semasa Hari Raya. Mereka perlu menetapkan dalam minda masing-masing bahawa gaji yang dibayar pada 9 Julai itu seharusnya digunakan untuk bulan Ogos. "Harus diberi perhatian serius kerana kehidupan anda bergantung kepada gaji tersebut selama 46 hari sebelum akaun kembali terisi dengan gaji bulan berikutnya," katanya. Dalam temu bual dengan Bernama, beliau mengajukan beberapa saranan kepada penjawat awam dalam merancang perbelanjaan. Bencana Buat Penjawat Awam? Ahmad Humaizi berkata bajet untuk keperluan Aidilfitri, yang dijangka disambut pada 17 Julai, harus dibuat berdasarkan gaji diterima pada 25 Jun berserta bonus RM500 yang diberikan kerajaan. Pendapata...