Mari Kita Puasa Sunnat Asyura - Bagaimana Puan Ibu Hatijah Aam Membangunkan Jiwa Semua Staf Dan Ahli?
Selaku Pengerusi Eksekutif GISB HOLDING Sdn Bhd merangkap Yang DiPertua YKPPM, Puan Ibu Hatijah Aam sedang mewibawakan semua staf dan ahli dengan pembinaan unsur ruhaniyah di dalam diri mereka. Ini adalah aktiviti utama kedua-dua entiti yang diterajui Puan Ibu Hatijah. Bagi orang yang mengenali beliau, orang akan tahu bahawa kualiti staf di bawahnya adalah kualiti yang berbeza dengan cara penilaian konvensional. Puan Ibu Hatijah Aam suka melakukan sesuatu yang berpijak di bumi nyata. Justeru membina jiwa, semangat, motivasi, kesungguhan, komitmen dan hati setiap individu di dalam GISB dan YKPPM merupakan agenda utama beliau sejak Al-Marhum Abuya masih ada. Tidaklah menghairankan jika seseorang pengarah akan ditanya tentang apa yang dilakukannya jika projek yang dikendalikan pengarah tersebut mengalami masalah. Apa yang ditanyakan bukan soal lahiriah tetapi sebaliknya bagaimana hubungannya dengan Tuhan. Jika baik hubungan hati dan jiwanya dengan Tuhan, pastila...