Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PUASA SUNAT ASYURA

Kelebihan Puasa Sunnat 9 Dan 10 Muharram

Imej
Berikut dipaparkan panduan puasa Sunnat Asyura pada tarikh 9 Muharram 1435 (Esok - Rabu 13 November 2013) dan 10 Muharram 1435 (Lusa - Khamis 14 November 1435) Puasa selain merupakan ibadah yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mengandungi banyak manfaat yang lain. Ianya menjadikan kita prihatin dan sensitif dengan maslah orang lain. Melalui puasa, Tuhan memaksa kita untuk sedar kita perlu meihat keperluan orang lain berbanding diri kita. Itulah kemuncak kasih sayang yang akan melahirkan perpaduan di tengah masyarakat. Dengan berpuasa seseorang juga dapat mengendalikan syahwat dan hawa nafsunya sehingga dapat menjadi perisai dari api neraka. Bahkan puasa yang benar-benar ikhlas dan diterima Tuhan dapat menghapus dosa-dosa dan memberi syafaat di hari kiamat. Sebenarnya Hari Asyura juga digelar sebagai Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada ZatNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang ha...